Pemerkasaan Institusi Masjid Sebagai Pusat Bantuan Ekonomi Lokal Di Malaysia
Empowering Mosque Institutions as Local Economic Aid Centers in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no2.584Keywords:
Institusi Masjid, Pengurusan Masjid, Bantuan Ekonomi, LokalisasiAbstract
Masjid merupakan institusi penting dan sinonim dengan kehidupan Muslim. Masjid mempunyai peranan yang mapan dalam pembinaan sosial, agama dan termasuklah melestarikan ekonomi umat Islam. Namun begitu, peranan masjid dalam menjaga kemaslahatan ekonomi umat Islam sering dipolemikkan dari sudut bentuk serta peranan bantuan-bantuan tersebut terhadap ekonomi umat Islam. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji bentuk-bentuk bantuan ekonomi di sebahagian masjid di Malaysia. Kajian ini juga akan mengkaji impak-impak bantuan yang telah dikenal pasti serta kesannya kepada ekonomi umat Islam. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen di samping berlandaskan dapatan temu bual yang dijalankan bersama beberapa orang pihak berautoriti tempatan. Kajian ini mendapati bahawa institusi masjid di Malaysia ada mengaplikasikan beberapa mekanisme dalam membantu pertumbuhan ekonomi umat Islam seperti melalui zakat, wakaf dan pemberian-pemberian lain. Kajian ini dilihat mampu memberikan pencerahan kepada para pembaca, institusi masjid, institusi agama Islam negeri serta keseluruhan umat Islam akan kepentingan masjid dalam memacu dan membantu kebajikan ekonomi umat Islam di Malaysia. Kajian mencadangkan agar kuasa masjid diperluaskan dengan mengimplementasi model mini pengurusan zakat di masjid-masjid tempatan.
Downloads
References
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2022. Statistik Masjid di Malaysia.
https://masjid.islam.gov.my/. Diakses pada 19 Ogos 2022. Perlembagaan Persekutuan
Sinar Harian. “Masjid Temerloh Jaya terima Anugerah Masjid Malaysia 2020”. https://www.sinarharian.com.my/article/128877/EDISI/Masjid-Temerloh-Jaya-terima-Anugerah-Masjid-Malaysia-2020. Diakses pada 23 Ogos 2022.
Nor Azamir bin Haji Alias. Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengurusan Dan Program Dakwah. 27 Julai 2022. Seminar Antarabangsa Tadbir Urus Masjid 2022.
Ibn Kathir, I. U. K. (t.t.). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath
al-‘Arabi.
Solahuddin Abdul Hamid et. al. 2021. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED). “Pengalaman Pengurusan Pentadbiran Masjid-Masjid Terbaik Di Selangor”.
Mohd Yahya, M. H., Fidlizan, M., Mohamad, H., Azila, A. R., & Nurul Fadly, H. (2015). Aplikasi teknologi sistem perakaunan untuk penjanaan ekonomi masjid. Journal of Society and Space 11(2) . Diakses daripada: http://www.reseachgate.net/publication/274568847.
Abg Azemi, A. M. H. dan Hafizul. (2018). Kesedaran Jawatankuasa Masjid Terhadap Fungsi Masjid Sebagai Pusat Pengembangan Ilmu: Kajian di Masjid al-Mujahidin, Maludam, Sarawak. Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke 11, 2018, pp: 111-116.
Kessler, K. (2015). Conceptualizing Mosque Tourism: A Central Feature of Islamic and Religious Tourism. International Journal of Religious Tourism and Pilgrimage. Vol. 3, Issue 2, article 2. pp: 11-32.
Mohamed, Roslan. (2008). Pemerkasaan Masjid Melalui Pengurusan Profesional. Dalam Mohd Ismail Mustari dan Kamarul Azmi JAsmi (Eds.). Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Abdullah Ismail. Pengerusi Masjid Temerloh Jaya, Pahang. Pengurusan Dan Program Dakwah 27 Julai 2022. Seminar Antarabangsa Tadbir Urus Masjid 2022.
Lutfi Fauzi Haji Sabari. Timbalan Pengarah 2, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM, Masjid UiTM Shah Alam. Pengurusan Dan Program Dakwah 27 Julai 2022. Seminar Antarabangsa Tadbir Urus Masjid 2022.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Muhammad Najib Abd Wakil, Professor Dr Azman Ab Rahman, Dr Ahmad Syukran Baharuddin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.