Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)

Education Zakat Education Management: A Case Study in Zakat Penang (ZPP)

Authors

  • Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki Calon Phd, USM
  • Azman Ab Rahman Timbalan Pengarah INFAD, iFFAH, USIM

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.279

Keywords:

Pengurusan, agihan, zakat pendidikan, Zakat Pulau Pinang

Abstract

Zakat is a mechanism of worship to help those in need. In education sector, among the issues faced by the asnaf is that there are still many students who are belong to fakir and miskin group. At the same time, the number of those who are left out from receiving zakat assistance are still happening. In addition, the lack of effective asnaf data recording has becoming the problem in the distribution of aid. Based on these problems, the purpose of this study aims to identify the definition of asnaf who are eligible to receive zakat education aid as well as the form of aid offered by ZPP as zakat institution in distributing zakat education fund to asnaf each year. Furthermore, this study also discusses the steps taken by the ZPP in carrying out the obligation to distribute education’s zakat funds to the asnaf in a fair and transparent manner. The data was analyzed using a qualitative research methodology that collects data through library research and field research using unstructured interview methods. The finding shows that the distribution of zakat education aid was among the largest distributions in the ZPP. There are two forms of education zakat aid distributed by ZPP, which is distribution to institutions and individuals. In order to realize that aspiration, ZPP has made various transformation and diversification in the distribution of zakat education aid such as the use of website, the establishment of asnaf track squad and joint venture programs with other agencies, especially for fields which is required by Muslims such as engineering and accounting. The improvement on this distribution system is important to ensure the role of zakat in education is achieved in line with the objective of zakat ordainment to the Muslims.

Abstrak

Zakat merupakan satu mekanisma ibadah bagi membantu golongan yang memerlukan. Menerusi bidang pendidikan, antara isu yang dihadapi oleh golongan asnaf adalah masih ramai pelajar yang tergolong dalam kalangan fakir dan miskin. Pada masa yang sama jumlah mereka yang masih tercicir daripada menerima bantuan zakat juga tetap berlaku. Selain itu, perekodan data golongan asnaf yang kurang efisien juga menjadi antara masalah yang dihadapi dalam penyaluran bantuan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendefinisian asnaf yang layak untuk menerima zakat pendidikan serta bentuk-betuk bantuan yang ditawarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) selaku institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf setiap tahun. Kajian ini turut membincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh ZPP dalam menjalankan kewajipan mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf secara adil dan telus. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati agihan zakat pendidikan merupakan antara agihan terbesar di ZPP. Terdapat dua bentuk agihan zakat pendidikan yang dilakukan oleh ZPP iaitu agihan kepada institusi dan individu. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ZPP telah melakukan pelbagai transformasi dan kepelbagaian dalam agihan zakat pendidikan antaranya seperti penggunaan laman sesawang, penubuhan skuad jejak asnaf dan program usahasama bersama agensi lain terutama bagi bidang yang diperlukan oleh umat Islam seperti kejuruteraan dan perakaunan. Penambahbaikan dalam sistem agihan ini adalah penting bagi memastikan peranan zakat pendidikan tercapai selari dengan objektif pensyariatan zakat kepada umat Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Ghafar Baba, (2011). Asnaf Mualaf, dlm Fiqh Zakat Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA.

Ahmad Shahir, M. (2007). Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai ke Arah kemajuan Ekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Cukai dan Zakat Kebangsaan, Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, 23 Mei. Malaysia: Kuala Lumpur.

Aidit, G. (1989). Fenomenon pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi - Satu analisis empirik. Dalam Mohd Ali Hj. Baharum (Ed.), Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan taksiran (pp. 1-27). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam.

Anssar Nasrun dan Aza Shahnaz Azman. (2015). Hubungan Antara Keberkesanan Agihan Terhadap Kualiti Hidup Asnaf. E-Prosiding Seminar Zakat Peringkat Kebangsaan 2015 Isu Kontemporari Agihan Zakat Di Malaysia. Penerbit Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur h. 6-14.

Azman Ab Rahman dan Ahmad Wifaq Makhtar. (2011). Kelayakan dan Kedudukan Pelajar sebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Jawhar. Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri.

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar. (2014). Zakat pendidikan kepada golongan asnaf di Malaysia Peranan dan cabarannya pada masa kini . Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014)1-2 Disember. Malaysia: Kuala Lumpur hlm. 25-30.

Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri, Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar (2017). Keperluan Kepada Skim Bantuan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning untuk Fakir Miskin Menerusi Zakat. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017. Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia and Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand.

Bernama. Oktober 26. “Peruntukan Besar Bukti Pendidikan Sandaran Utama Bangunkan Negara”. 2013. http://web10.bernama.com/budget2014/index.php?lang=my&sid=newsdetail&id=988622

Dato’ Abdul Malik Abul Kassim. (2018) diakses daripada https://www.menara.my/keputusan-upkk-pulau-pinang-terbaik/

Ensiklopedia Pengurusan Zakat Di Malaysia (Siri 1). Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-negeri (SPZN) & Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 2016. Universiti Sains Islam Malaysia.

Farah Aida Ahmad Nadzri, Rashidah Abd Rahma dan Normah Omar (2012). Zakat and Poverty Alleviation: Roles of Zakat Institutions in Malaysia, International Journal of Arts and Commerce, Vo.1, No.7, Disember, ms. 61-72.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. In Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan.

Hasan Bahrom (2012). Asnaf Ghorimin dan Asnaf Mualaf, dlm Fiqh Zakat Malaysia, Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ). Shah Alam; Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA.

Hasanah Abd. Khafidz (2017) Pentafsiran asnaf zakat di Malaysia mengikut masa dan tempat. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia

Hasanah Abd. Khafildz, (2011). Fil Sabilillah Sebagai Medium Zakat Produktif, dlm Transfromasi Zakat: Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif. dlm Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif, suntingan Muhammad Syukri Salleh, Mohamad Salleh Abdullah & Zahri Hamat, Pulau Pinang: Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam(ISDEV), Univerisiti Sains Malaysia

Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sadir.

Ibrahim, Yusof. (2009). Komuniti Pembangunan dan Transformasi. Bangi. Penerbit UKM

Iman, Salleh dan Sanep Ahmad. (2011). Indeks Keyakinan Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS): kajian Kes Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding PERKEM 2OI1

Jasni Sulong & Anwar Mohd Ali. (2012). Kajian Perbandingan Dalam Pentadbiran Undang-undang Kutipan Zakat Di Provinsi Aceh dan Negeri Kedah. Jurnal Kajian Malaysia. 30, 107-108.

Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (2019) Diakses daripada: http://www1.treasury.gov.my/perbelanjaan.html

Laporan Kutipan dan Agihan Zakat. (2013). Info Zakat, Lembaga Zakat Selangor.

Laporan Pengurusan Zakat Selangor. (2008). Lembaga Zakat Selangor

Laporan Pengurusan Zakat Selangor. (2008). Lembaga Zakat Selangor. www.e-zakat.com.my

Lembaga Zakat Selangor, 2014. Jenis Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan-umum/ (diakses pada).

Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Manual Pengurusan Agihan Zakat. (2008). Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Md Hairi Md Hussain (2012). “Ketelusan Dalam Tadbir Urus Institusi Zakat”. Prosising Seminar Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia, anjuran Pusat Islam Universiti Utara Malaysia pada 25-27 November 2012.

Mohamed Dahan Abdul Latif. (1998). Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mohamed Izam, M. Y. (2010). Pengurusan Zakat di Negeri Selangor: Mengorak Langkah Meneraju Perubahan. Zakat Transformation: From Subsistence to Productive. Kertas kerja dibentangkan di International Development Management Conference (IDMAC 2010), Universiti Sains Malaysia, 22 Disember. Malaysia: Penang.

Mohd Asri, Z. A. (2009). Agama bukan candu untuk mengkhayalkan orang miskin. Diakses pada Julai 15, 2010, daripada http://drmaza.com/home/?p=808

Mohd Asri, Z. A. (2010). Zakat berbaki atau kita kurang bijak membahagi. Diakses pada September 22, 2010, daripada http://drmaza.com/home/?p=1228

Mohd Fadly, S. (2010, Mac 12). Lebih proaktif bantu si miskin, Harian Metro, hlm. v4.

Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani. 2011. Zakat dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Harzrul, A. (2010, Mac 4). Institusi agama tercabar, Harian Metro, p. 9.

Muhammad Sulaiman Zahlan, 2011. Asnaf Fi Sabilillah, dlm Fiqh Zakat Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA (254- 269).

Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Zakat: Satu Cabaran Teoritis. dlm. Abdul Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir (Eds.), Zakat: Pengsyariatan, Pengekonomian dan Perundangan. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nawawi, Abu Zakariyya Muhyy al-Din Yahya bin Sharaf al-Din al- (T.T.), al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab, 23 j. (t.t.), (t.t.p.).

Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM.

Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2015). Efficiency of zakat institutions and its determinants. Access to Finance and Human Development— Essays on Zakah, Awqaf and Microfinance, 33.

Norfariza Mohd Radzi & Nur Aliza Ahmad. (2017). Peranan Zakat dalam Meningkatkan Ekuiti dalam Pendidikan Anak-Anak Miskin Bandar di Malaysia. dlm Jurmal kepimpinan pendidikan bil 4.

Normala Rabu. (2011). Asnaf Fakir dan Miskin, dlm dlm Fiqh Zakat Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA

Othman, A. dan Noor, A.H.M. (2012). Role of Zakat in Minimizing Economic Inequalities Among Muslim: A Preliminary Study on Non-Recipients of Zakat Fund (NRZF), 3rd International Conference on Business and Economic Research (3rd ICBER 2012) Proceeding, Golden Flower Hotel, Bandung, Indonesia.

Patmawati Ibrahim (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, Jil. 6, Bil. 2.

Qardhawi, Y. (2007). Hukum zakat (Salman Harun, Didin Hafidhuddin & Hasanuddin, Terjm. 10 ed.). Bogor: Pustaka Litera AntarNusa

Radiah, S. (2011, Oktober 28). Amil lesapkan wang zakat diburu, Kosmo, hlm. 2.

Sadeq, AHM. (1995). Ethioco-eco-Institution of Zakah: An Instrument of Self-Reliance and Sustainable Grass-Root Development (Mimeograph)

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13(2): 179.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid. (2005). Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, Jil. 39, hlm. 57.

Siti Martiah Anwar, Azman Ab Rahman, Nor Asiah Yaakub & Mohd Faez Abu Bakar. (2014). Bantuan Zakat Pendidikan Kepada Golongan Asnaf:Kajian Perbandingan Antara Negeri Sembilan Dan Negeri Selangor. Universiti Sains Islam Malaysia

Utusan Online. (2001, Disember 3). Institusi zakat dipertikai. Diakses pada Mei 25, 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1203&pub=Ut usan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Wahbah Zuhaili, (1994). Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid II. Penterj. Md Akhir Hj Yaacob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.

Yusuf Qardawi, (2011). Hukum Zakat: Studi komparatif Mengenai Status dan Fillsafat Zakat Berdasarkan Qur’an dan Hadis (terjemahan: Salman Harun, Didin Hafildhuddin & Hasanuddin), Jakarta: PT. Mitra Kerjaya Indonesia (cetakan ke 12).

Zainal Abidin (2001) Cara pengagihan Dana Zakat: Pengalaman Wilayah persekutuan. Dalam

Zakaria Bahri. (2014). Peranan Zakat Dalam Pendidikan Masyarakat Islam: Ulasan Kasus Zakat Pulau Pinang. Media Syariah, Vol XV1 No 1 Jun 2014.

Zakat Pulau Pinang (2019) https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/info-zpp/sejarah-penubuhan.

Zakat Pulau Pinang (2019) http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/majlis-menandatangani-perjanjian-diantara-zpp-dan-mypac.

Temu Bual

Temu bual bersama Tuan Mohd Rusdan Mohamad, Pegawai Kanan Zakat Pulau Pinang, pada 20 Februari 2018 bertempat di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda Seberang Perai, Pulau Pinang jam 2.10 petang.

Temu bual bersama Sahibus Samahah Datuk Seri Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pada 11 Februari 2019 bertempat di Jabatan Mufti Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) jam 3.00 petang.

Temu bual bersama Tuan Ruslan Harun, Ketua Bahagian Pendidikan Zakat Pulau Pinang, pada 20 Jun 2019 bertempat di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda Seberang Perai, Pulau Pinang jam 2.30 petang.

Published

2019-09-30

How to Cite

Mohamad Zaki, M. M., & Ab Rahman, A. (2019). Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP): Education Zakat Education Management: A Case Study in Zakat Penang (ZPP). Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 141–184. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.279

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>