Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan

Localization of Higher Education Institutions Zakat Unit As Model ‘One Stop Center’ for Zakat Distribution Education

Authors

  • Muhammad Rizal Jalil Pelajar sarjana ekonomi Islam
  • Hairunnizam Wahid Pensyarah kanan
  • Sanep Ahmad Profesor Madya

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol10no1.28

Keywords:

Lokalisasi Zakat, Agihan Pendidikan, Pelajar Miskin

Abstract

The issue of decentralization and localization of zakat administration is essential in improving the efficiency of the distribution of zakat in Malaysia. This study was motivated by the hypothesis that the implementation of the localization of zakat administration is expected to provide a significant and positive impact as a 'One Stop Center' to asnaf students poor (fakir) and needy (miskin). This study attempts to solve the problem and identify the needs of students in line with the principles outlined zakat distribution of isti’ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah and fauran.The question is whether this concept is well received by the recipient charity services which are the students who are classified as recipients, especially in terms of education and development of human capital is an important element in the category of asnaf fisabilillah. Hence this study aims to propose a model of the distribution of zakat administration in institutions of higher learning (IPT) which is based on the localization concept and the concept of decentralization of power in terms of collection and distribution of zakat. This study used a stratified random sampling technique involves students who receive educational assistance under the category of poor (fakir) and needy (miskin) recipients of zakat in Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. The study found that the majority of respondents agree and accept this concept implemented in educational institutions. Some policy implications and recommendations are discussed in this study.

Keywords : Zakat Localization, Zakat Distribution for Education, Poor and Needy Students

Abstrak

Isu desentralisasi kuasa serta lokalisasi pentadbiran zakat adalah penting dalam meningkatkan keefisienan pengagihan zakat di Malaysia. Kajian ini didorong oleh satu hipotesis dimana perlaksanaan lokalisasi pentadbiran agihan zakat dijangkakan mampu memberikan impak yang signifikan dan positif sebagai ‘One Stop Center’ kepada pelajar asnaf fakir miskin. Kajian ini berupaya menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan iaitu isti’ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran. Persoalannya adakah konsep ini diterima dengan baik oleh penerima perkhidmatan zakat iaitu para pelajar yang digolongkan sebagai asnaf terutamanya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan yang merupakan elemen penting dalam kategori asnaf fisabilillah. Justeru kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan konsep lokalisasi serta konsep disentralisasi kuasa dalam aspek kutipan dan agihan zakat. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata melibatkan responden para pelajar yang menerima bantuan pendidikan di bawah kategori asnaf fakir dan miskin zakat di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dan menerima konsep ini dilaksanakan di institusi pendidikan. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci : Lokalisasi Zakat, Agihan Pendidikan, Pelajar Miskin

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Muhammad Rizal Jalil, Pelajar sarjana ekonomi Islam

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

Hairunnizam Wahid, Pensyarah kanan

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

Sanep Ahmad, Profesor Madya

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

References

Buku
Adibah Abdul Wahab dan Joni Tamkin Borhan, (2014). Impak Zakat dalam Membangunkan Sosioekonomi di Malaysia: Penilaian Teori dan Praktis, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.

Baharuddin Sayin, Ahmad Zaki Abdullah Latiff dan Mohd Afandi Mat Rani, (2014). Agihan Zakat di Universiti Teknologi Mara, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.

Dziauddin Syarif. (2003). Sistem Pungutan dan Agihan Zakat Fitrah. Kajian di Baitul Mal Negeri Sembilan, Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor, (2004), Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin, The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 1 (1). 151-166

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Penerimaan Amil dan Asnaf Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia. 46(1)(2012):39-51

Kahf, M. (1999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International conference on Islamic economics towards the 21st Century, Kuala Lumpur, April 26-30, 1999.

Muhammad Sykuri Salleh et.al, (2000). Pengurusan Kemiskinan dalam Muhammad Sykuri Salleh et.al Pengurusan Pembangunan Islam: Prosiding Seminar, Pulau Pinang, Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. h.1.

Muhamad Rahimi Osman dan Ghafarullahhuddin Din,(2014). Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.

Muhammad Syukri Salleh, (2002). Lokalisasi Zakat: Satu Cadangan Teoritis, Muzakarah Pakar Zakat, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh, (2014). Pembasmian Kemiskinan Melalui Pemerkasaan Pendidikan Ummah, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.

Muhammad Syukri Salleh, Osman Md. Yusoff dan Zakaria Bahari, (1996). Persepsi Orang-Orang Miskin Terhadap Kemiskinan - Laporan Akhir, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia dan Kota Bharu, Kelantan: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Oktober.

Nor Aini Idris. (2006). Isu dan Masalah Kemiskinan di Malaysia”, dalam Ishak Yusoff et.al (penyunting), Ekonomi Malaysia ke Arah Pascaindustri, Bangi, Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia, h.150

Noraini Idris, (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.h.116

Paimuzi Yahya. (1996). Pengagihan Zakat Di Malaysia, Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13 (2), 175-196.

Sanep Ahmad. (2009). Agihan Zakat Merentasi Asnaf: Ke Arah Memperkasa Institusi Zakat. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV), Jilid 2.

Yusuf al-Qardhawi. (2006). Fiqh al-Zakah, Cairo: Maktabah Wahbah.

Published

2018-07-10

How to Cite

Jalil, M. R., Wahid, H., & Ahmad, S. (2018). Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan: Localization of Higher Education Institutions Zakat Unit As Model ‘One Stop Center’ for Zakat Distribution Education. Journal of Fatwa Management and Research, 10(1), 51–72. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol10no1.28

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)