Konsep Halalan Tayiban (HT) dan Aplikasinya Dalam Program Pelatihan di Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM)
The Concept of Halal Tayiban (HT) and Its Application in The Training Program at Halal Product Research Institute (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM)
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no1.337Keywords:
Konsep Halalan Tayiban, program pelatihan, industri halal, IPPH UPM, penyelidikan.Abstract
Konsep Halalan Tayiban (HT) amat diperlukan bagi kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu, konsep HT ini perlu diaplikasikan ke mana-mana bidang bagi menjaga kehidupan dalam keadaan selamat dan sihat secara menyeluruh. Industri halal pada masa kini amat memerlukan konsep HT sama ada melalui pendekatan penyelidikan dan pengajaran yang dapat menjamin kehalalan produk yang dikeluarkan. Pelbagai strategi telahpun dicadang dan dirancang melalui program pelatihan yang berasaskan kepada pembelajaran dan pengajaran bagi memberi pendedahan dalam konsep ini. Oleh itu, perlu kepada program pelatihan yang boleh membawa kefahaman Halalan Tayiban dengan benar. Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah sebuah institusi yang bergerak dalam bidang penyelidikan dan mempunyai perkhidmatan yang progresif dan innovatif dalam membangunkan konsep HT. Objektif kajian ini menjelaskan konsep HT menurut Syariah. Juga mendedahkan sejarah penubuhan IPPH dan perkhidmatan serta program pelatihan yang ditawarkan serta peranan institut dalam industri halal. Untuk mendapati hasil kajian yang diinginkan, maka kajian ini menggunakan metod kualitatif deskriptif melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan bersumber kepada al-Quran dan a.-Sunnah, serta artikel penulisan ilmiah yang berkaitan, manakala kajian lapangan pula dengan menemubual pihak IPPH dan website institut. Setelah semua data didapat, maka kajian ini mendapati bahawa IPPH UPM mempunyai peranan penting dalam usaha membangunkan industri HT di Malaysia melalui program pelatihan. Implikasi kajian ini memberi kesedaran orang ramai dan pemain indutri halal yang berminat menceburi bidang HT untuk menyertai program IPPH UPM dan memahami konsep dengan benar mengikut kepiawaian syariah.
Downloads
References
Al-Quran al-Karim.
al-Bukhāri, Mohd ibn Ismāil Abū Abd Allah al-Jucfi. (1407H/1987). Sahih al-Bukhāri. Ed. ke-3. Beirut: Dār Ibn Kathir al-Yamāmah.
Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya ibn Sharaf. (2003). Raudah al-Talibin. Beirut: Dar ‘Alim al-Kutub.
Al-Qardawi, Yusuf. (2007). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Mesir: Maktabah Publisher.
Draman, W. Rahimah. (2009). “IPPH Teras Produk Halal Negara”. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm. Accessed : 21 September 2020
https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%B7%D9%8A%D8%A8%D8%A7/
https://halal.upm.edu.my/services/training/halal_awareness_course-1036?L=bm
JAKIM. (2009). Malaysia Standard. 2009. Halal Food-Production, Preparation, Handling and Storage – General Guidelines (Second Revision). Malaysian Standard 1500:2009. Section 3.1.1.
Kamus Dewan. (2005). Ed. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Bahasa Melaysia. (2015). Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka.
Muslim, Abū Husayn ibn al-Hujjāj al-Qushayri al-Nisābūri. (t.th). Sahih Muslim. Beirut: Dār Ihyā’ al-Turāth.
Norizan, M & Syuhaida Idha, A. R. (2019). Pendidikan Kesedaran Halal Melalui Kurikulum Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Di Malaysia. Global Journal Al Thaqafah. November, Special Issue, 133-144.
Rodziah Atan. (2016). Services Product in Connection with the Principle Ujrah Halal Product Research Institute (IPPH) UPM. Temubual, 9 December.
Setiyawan Gunardi. (2018). Halal dari Perspektif Syariah. Dlm. Mohd Sukri Hassan (Editor). Forensik Halal Perspektif Sains, Syariah & Perniagaan. hlm. 76-98. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Setiyawan Gunardi
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.