Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Serta Latihan kepada Eksekutif Halal

The Effectiveness of Global Halal Game (GHG) Gamification in Teaching & Learning and Training to Halal Executives

Authors

  • Azman Ab Rahman Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Nasiruddin Asman Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol17no1.5

Keywords:

Gamifikasi, Global Halal Game (GHG), Eksekutif Halal

Abstract

The development of halal industry today requires awareness and understanding of the concept of halal and the certification of halal among Muslim societies in Malaysia including students and halal executives. Various methods are used in teaching and learning as well as training in the study of halal knowledge. One of the latest methods used is gamification. Therefore, the objective of this study is to measure the effectiveness of Global Halal Game (GHG) gamification in teaching and learning as well as training to Halal Executives. This quantitative study uses the method of survey form distributed to 43 respondents participating in the Professional Halal Training Programme – Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018 held in Islamic Science University of Malaysia (USIM). The findings of the study show that the effectiveness of GHG gamification in teaching and learning as well as training of Halal Executive is at a good level. Designers for gamification-specific innovation can use the result of the study as a benchmark in order to make improvements in the future production of innovation.

ABSTRAK

Perkembangan industri halal pada masa kini memerlukan kesedaran dan kefahaman tentang konsep halal dan persijilan halal dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia termasuk pelajar dan eksekutif halal. Pelbagai kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta latihan dalam mempelajari ilmu halal. Salah satu kaedah terkini yang digunapakai adalah berkonsepkan gamifikasi. Justeru, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam pengajaran dan pembelajaran serta latihan kepada Eksekutif Halal. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah borang kaji selidik yang diedarkan kepada empat puluh tiga (43) orang responden yang mengambil bahagian dalam Professional Halal Training Programme – Certificae of Professional Halal Executive (PHEP) 2018 yang dilaksanakan di Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan gamifikasi GHG dalam P&P dan latihan Eksekutif Halal adalah di tahap yang baik. Hasil kajian yang diperolehi juga boleh dijadikan penanda aras bagi pereka produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan penambahbaikkan dalam penghasilan produk inovasi pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-07-29

How to Cite

Ab Rahman, A., & Asman, M. N. (2019). Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Serta Latihan kepada Eksekutif Halal: The Effectiveness of Global Halal Game (GHG) Gamification in Teaching & Learning and Training to Halal Executives. Journal of Fatwa Management and Research, 16(1), 55-70. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol17no1.5

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >> 

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.