Kepatuhan Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayaran Zakat Fitrah di Terengganu

Authors

  • Siti Saufirah Mohd Tahir Participant of
  • Hairunnizam Wahid Pusat Pengajian Ekonomi
  • Sanep Ahmad Mantan Pensyarah

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol7no1.61

Abstract

The amount collected in the state showed a large increase every year, but is there a reduction  in the payment of          zakat fitrah leakages in  the state every year. Hence, the introduction of three levels of the zakah fitrah in the state  will reduce the  amount of leakage is assumed as payers have the option to pay via three different payment rates. Thus, this study aims to identify and analyze the amount of leakage zakah fitrah collection in Terengganu. By using a data rate of  the zakah fitrah, zakah fitrah collection and the number of Muslims in the state of Terengganu, the study found that leakage does not occur at the rate of minimum otherwise leakage at a rate of zakah middle and maximum. Significant leakage is not caused by the implementation of the three levels of zakah, but because of, the possibility of distrust individuals to make payments to the formal institutions. Hence, there is the question of the effectiveness of the implementation of the three levels of the payers while a  significant percentage of leakage is increasing every year except for the obligatory minimum rate. Individu more focused on the content of the payers of the minimum rate compared with the rate of zakat middle and maximum. Thus, the study on the understanding and compliance of the people on zakah fitrah payments should  be carried out so that any problems that exist can be overcome easily. Zakah institutions should also set eligibility requirements based on an individual level to enable them to make payments at the rate appropriate to the qualifications themselves by rice eaten.

Keywords: zakah fitrah, leakage, zakah fitrah collection, Terengganu

Abstrak

Jumlah kutipan zakat di negeri Terengganu menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun wujudkah pengurangan ketirisan pembayaran zakat fitrah di negeri Terengganu setiap tahun. Justeru itu, pengenalan tiga kadar zakat fitrah di negeri Terengganu diandaikan akan mengurangkan jumlah ketirisan memandangkan pembayar mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui tiga kadar bayaran yang berbeza. Lantaran itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jumlah ketirisan kutipan zakat fitrah di Terengganu. Dengan menggunakan data kadar zakat fitrah, jumlah kutipan zakat fitrah dan jumlah  penduduk Islam di negeri Terengganu, kajian mendapati ketirisan tidak berlaku pada kadar zakat minimum sebaliknya berlaku ketirisan pada kadar zakat pertengahan dan maksimum. Ketirisan yang wujud bukan disebabkan oleh pelaksanaan tiga kadar zakat, sebaliknya disebabkan oleh, kemungkinan berlaku ketidakpercayaan individu untuk membuat pembayaran kepada institusi formal. Justeru itu, wujud persoalan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan tiga kadar  zakat fitrah sedangkan peratusan ketirisan yang wujud semakin meningkat setiap tahun kecuali pada kadar zakat minimum. Individu lebih tertumpu kepada satu kadar zakat fitrah iaitu kadar minimum berbanding kadar zakat pertengahan dan maksimum. Oleh itu, kajian mengenai kefahaman serta kepatuhan masyarakat tentang        pembayaran zakat fitrah mengikut tiga kadar perlu dijalankan agar segala masalah yang wujud dapat diatasi dengan mudah. Pihak institusi zakat juga perlu meletakkan syarat-syarat kelayakan berdasarkan kadar ke atas individu bagi membolehkan mereka membuat pembayaran mengikut kadar yang sesuai dengan kelayakan diri mereka berdasarkan beras yang dimakan.

Kata kunci: zakat fitrah, ketirisan, kutipan zakat fitrah, Terengganu

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Siti Saufirah Mohd Tahir, Participant of

Khazanah Nasional SL1M- Green (Batch 3) Programme

Hairunnizam Wahid, Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sanep Ahmad, Mantan Pensyarah

Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Rujukan

Ahmad Hidayat Buang. 2006. “Dilema perundangan zakat di Malaysia: Antara Penguatkuasaan dan Strategi Pujukan/Galakan/Intensif Membayar Zakat” dalam Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. (suntingan) Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. Bangi, Penerbit UKM.
Aidit, Ghazali. 1998. Zakat- satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.
Al-Dahlawi. 2004. Hujjarullah al-balighah, Kaherah: Matba’ah al- Manar (t.t). Jld. 2,
Al-Sayuti. 2005. ‘Sunan al-nasa’i al-musamma bi al-mujtabi bi syarh al-hafiz Jalal al-Din al-Sayuti’. Beirut: Dar al-Fikr. iii. no hadis. 2431-2765.
Al-Zuhayli, Wahbah. 2011. Fiqih Islam wa adillatuhu. Terj. Abdul Hayyie al-Kattani, dkk; Jakarta: Darul Fikir, iii. 346.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 1422H/2001M Syeksyen 20 (b).
Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak & Salwa Amirah Awang. 2015. Ketirisan bayaran zakat fitrah terhadap institusi formal di Malaysia, Sains Humanika, 5 (1): 27- 32.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad &Radiah Andul Kader 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?, Jurnal Syariah, 17(1): 89-112.
Kamil Md. Idris. 2006. Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji, dalam Zakat: Pensyariatan ,perekonomian dan Perundangan (suntingan) Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. Bangi, Penerbit UKM.
Kamil Md. Idris. 2006. Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji, Journal of ethics, legal and governance 2: 32-41.
Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2003. Pengurusan zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mashitoh Mahamood. 2007. Sistem perundangan zakat di Malaysia: Antara reality dan Harapan, Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan 2007, PWTC, 22 Mei,1-21.
Md Zyadi Tahir & Mariani Majid 1999. Prestasi kutipan dan agihan zakat di Malaysia, Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 293-306.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad & Mohamad Ali Roshidi Ahmad. (2013). Kepatuhan membayar zakat: Analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di Selangor, Jurnal Syariah 21(2): 191-206.
Muhammad Ramzi Omar. 2004. Zakat menurut empat mazhab. Terj. Selangor: Pustaka Ilmi.
Mustapha Hassan. 1987. ‘Zakat in Malaysia – Present and future status, Journal of Islamic Economics, 1(1): 47-75.
Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & NahidIsmail. 2001. Can privatization improve performance? Evidence from zakat collection institutions, Kertas Kerja Bengkel Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ram al Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris dan Md Hairi Md Hussain. 2010. Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat perniagaan, Jurnal Pengurusan 30: 49-61.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia, International Journal of Management Studies,13(2): 175-196.
Ummi Farahin Yasin, Noor Naemah Abdul Rahman & Mohd Faez Mohd Shah. 2013. Pengambilkiraan reality semasa dalam berfatwa: Analisis terhadap fatwa zakat di Selangor, Jurnal Fiqh, 10: 91-118.
Yusof al-Qaradhawi. 1973. Fiqh al-zakah. Kaherah: Muassasah al- Risalah.
Yusuf Qardawi. 1996. Hukum zakat studi komparatif mengenai status dan filsafat zakat berdasarkan Qur’an dan hadis, terj. Salman Harun, Didin Hafidhuddin dan Hasanuddin, cet. ke-3, Jakarta: Pustaka Utera Antar Nusa.
Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda & Mohd Azmi Ab Rahman. 2010. Tanggapan usahawan terhadap zakat perniagaan berbanding cukai pendapatan perniagaan di Terengganu, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 3: 97-113.
Zainol Bidin dan Kamil MD. Idris. 2009. Sikap norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap terhadap niat gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji, IJMS 16 (1): 31-55.
Zamzuri Zakariya. 2006. Zakat galian: Sumber yang diitifaq dan diikhtilaf, dalam Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, Ed. Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. Bangi: Penerbit UKM.
Zubaedi M.Ag. & M.Pd. 2008. Zakat produktif dalam perspektif hukum Islam, Ed. Semak. Bengkulu: Penerbit Pustaka Pelajar.

Published

2018-07-18

How to Cite

Mohd Tahir, S. S., Wahid, H., & Ahmad, S. (2018). Kepatuhan Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayaran Zakat Fitrah di Terengganu. Journal of Fatwa Management and Research, 7(1), 75–94. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol7no1.61

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)