Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor

Authors

  • Khairani Ishak Pelajar Sarjana Ekonomi Islam
  • Ima Mardhiyah Dawi Cahyono Pelajar  Sarjana Ekonomi Islam
  • Hairunnizam Wahid Pensyarah Kanan
  • Sanep Ahmad Prof Madya

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol7no1.62

Abstract

The prison recovery programs involving vocational training program is expected to change the attitude of prisoners towards a more positive and encourage them to become entrepreneurs. Therefore, this study suggests zakat capital support by Lembaga Zakat Selangor (LZS) to prisoners through vocational training programs in prisons and also to ex-convicts who wish to become an entrepreneurs after getting out of prison. Hence this study will examine to what extent this has changed the attitude of the prisoner after undergoing training in prisons and allow them to receive zakah contribution and continuous monitoring to be a good entrepreneur after coming out of prison. The study focused on inmates in two types of vocational workshops namely (1) Bengkel Amanah (skilled inmates) and (2) Bengkel Perusahaan (training inmates) in prison. The data was based on 68 respondents which represent the total number of 152 participants in vocational section from Penjara Wanita Kajang including the views from a prison officer  from Vocational and Industrial Section. Data were analysed using factor analysis to establish the construct and analysis of variance. The study found a significant positive changes in attitude within the prisoners, and majority of respondents from Bengkel Amanah is keen to start their own businesses with the help of zakat capital support, and expects continuous guidance from the LZS. This study is expected to be helpful to the LZS in diversifying the forms of distribution of Zakat and indirectly expect the blessing of charity towards the process of educating the soul of this group become more useful, trustworthy, responsible and able to survive while adapting to society. Some implications are discussed in this study.

Keywords: Al-Riqab, Changes of prisoners’s attitude, zakah contribution

Abstrak

Program pemulihan di penjara yang melibatkan program vokasional dijangka dapat mengubah sikap banduan ke arah yang lebih positif dan menarik minat mereka untuk menjadi usahawan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bantuan modal zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada banduan melalui program latihan vokasional di penjara dan juga kepada bekas banduan yang berminat menjadi usahawan setelah keluar daripada penjara. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah banduan ini telah berubah sikap setelah menjalani latihan di penjara dan memungkinkan mereka mendapat bantuan modal zakat dan pemantauan secara berterusan untuk menjadi usahawan yang baik setelah dibebaskan. Kajian memfokuskan kepada banduan dalam dua jenis bengkel vokasional iaitu (1) bengkel amanah (banduan mahir) dan (2) bengkel perusahaan (banduan pelatih) di penjara. Data kajian berdasarkan responden seramai 68 responden yang mewakili 152 orang jumlah keseluruhan peserta bengkel vokasional dari Penjara Wanita Kajang Selangor termasuklah pandangan daripada seorang pegawai penjara di Seksyen Vokasional dan Industri. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis faktor untuk membentuk beberapa konstruk serta analisis varian. Hasil kajian mendapati wujud perubahan sikap yang positif di dalam diri tahanan dan kajian juga mendapati majoriti responden daripada bengkel Amanah amat berminat untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan modal zakat dan mengharapkan bimbingan berterusan daripada pihak LZS. Kajian ini dilihat amat bermanfaat kepada LZS di dalam mempelbagaikan bentuk pengagihan dana zakat dan secara tidak langsung mengharapkan keberkatan zakat terhadap proses mendidik jiwa golongan ini menjadi insan yang lebih berguna, amanah dan bertanggungjawab serta dapat meneruskan kehidupan disamping menyesuaikan diri dengan masyarakat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata Kunci: Asnaf al-riqab, Perubahan sikap banduan, bantuan modal zakat

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Khairani Ishak, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM

Ima Mardhiyah Dawi Cahyono, Pelajar  Sarjana Ekonomi Islam

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) ,UKM

Hairunnizam Wahid, Pensyarah Kanan

Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM

Sanep Ahmad, Prof Madya

Pusat  Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM

References

Rujukan

A. Halim A. Bakar, Hairunnizam Wahid, & Sanep Ahmad. (2014). Pembayaran Zakat Perniagaan Dan Imej Korporat Usahawan Muslim: Satu Kajian Awal Di Daerah Sepang, Selangor. Proceedings Of SMEKI 2014, International Conference Muamalat, Economics & Islamic Finance. pp 220-240.
Ab. Mumin Ab Ghani & Suhaili Sarif (2005). Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam masyarakat Islam. Seminar Keusahawan Islam Peringkat Kebangsaan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Aziz, Y.,& Jasemin. (2011). Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah laku Di Taman Seri Putri Batu Gajah Dan Kompleks Dar-Assa’adah. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli (2004). Psikologi Sosial. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Bahagian Teknik dan Vokasional. (1988). Kurikulum Sekolah Menengah Vokasional. Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur.
Azman Ab Rahman et. al. (2014). Keberkesanan Program Usahawan Asnaf oleh Institusi Zakat Dalam Menginterpretasikan Keharmonian Ummah. Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic. Kuala Lumpur.
Buerah,& Hussin. (2012). Pengaruh Faktor-Faktor Demografi Terhadap Budaya Niaga Usahawan Bumiputera Muslim. Jurnal Kemanusiaan. Bil. 20.
Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali (2011). Ke Arah Penyeragaman Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan Zakat Di Malaysia. Kertas Kerja yang Dibentangkan di The World Universities 1st Zakat Conference IKAZ (2011) PWTC Pada 22-24 November 2011.
Fauzilah, Noryati,& Mazuri. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jualan Peniaga Pasar Malam. Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.
Hair, Jr., J.F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E., Tatham, R.L., 2006. Multivariate data analysis (6th Ed.), Pearson-Prentice Hall, Upper Saddle River, NJ.
Hairunnizam W., Sanep A.,& Radiah A.K. (2009). Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap Kualiti Hidup Individu: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin.
Hairunnizam W.,& Radiah A.K. (2010). Localization of Malaysian Zakat Distribution: Perceptions of Amil and Zakat Recipients. Abdul Ghafar et.al (edt.) Proceedings of Seventh International Conference. The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy. pp. 461-484.
Jabatan Mufti Negeri Selangor diakses pada 3 Oktober 2015 daripada daripada www.muftiselangor.gov.my
Krejcie, RV., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.
Kusnin, K. (1978). Majalah Penjara. Diterbitkan oleh Jabatan Pegawai- Pegawai Penjara Semenanjung Malaysia.
Mahadi Mohammad & Wan Mohamad Khairul Firdaus Wan Khairuldin (2013). Falsafah pengagihan Zakat Menurut Islam diambil pada 1 April 2015 daripada http:www.unisza.edu.my/.
Muhd, R.,& Muhd, F. (2011). Pengharapan Pelatih Pusat Serenti Terhadap Latihan Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor. Journal Of Education And Counselling Volume 2. Pages 209-243.
PKP Wan Ramzan bin Wan Ahmad, Bahagian Pengurusan Banduan, Seksyen Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Temubual pada 24 April 2015.
Rosbi Abd Rahman, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid (2008). Perlaksanaan Bantuan Modal Zakat: Analisis Perbandingan. Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia. Bangi
Sanep Ahmad (2009). Agihan Zakat Merentasi Asnaf: Ke Arah Memperkasa Institusi Zakat. Prosiding PERKEM IV. Kuantan Pahang.
Siti, S. (2008). Tahap Keyakinan Banduan Yang Menjalani Program Perusahaan Dan Vokasional Di Penjara Kajang Untuk Hidup Berdikari Selepas Dibebaskan. Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Mara.
Siti, Z. (2007). Keberkesanan Program Pemulihan Latihan Kemahiran Vokasional Ke Atas Banduan-Banduan Sabitan Di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Mara.
Wan, R.,& Najibah. (2011). Isu Dalam Penahanan Dan Pemulihan Banduan Di Malaysia. Kajian Yang Meliputi Temu Bual Dan Pemerhatian Dilakukan Pada 28 Mac Hingga 1 April 2011 Di Kompleks Penjara Wanita Kajang.
Zaidatol, A.L.P.,& Habibah. (1997). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zainuddin Abu Bakar & Farhana Salwa Salihuddin (2008). Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di Kompleks Penjara Kluang, Johor.

Published

2018-07-18

How to Cite

Ishak, K., Dawi Cahyono, I. M., Wahid, H., & Ahmad, S. (2018). Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 7(1), 95–116. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol7no1.62

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)