KOMPAUN SEBAGAI INSTRUMEN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH: ANALISIS PELAKSANAAN TERHADAP KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI PERLIS
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol31no3.833Keywords:
Kompaun, kesalahan, jenayah syariah, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Negeri PerlisAbstract
Perlaksanaan kompaun dalam penguatkuasaan undang-undang kesalahan syariah adalah merupakan antara perkara baharu di bawah undang-undang Islam di Malaysia. Walaupun sistem kompaun dapat mempercepat proses penyelesaian kes tanpa melibatkan prosiding mahkamah, namun ia juga berisiko disalah guna jika tiada pemantauan yang telus. Peningkatan kesalahan berulang dan birokrasi dalam penguatkuasaan memberi cabaran besar kepada penguatkuasaan undang-undang kesalahan syariah di negara ini. Artikel ini bertujuan menganalisis perkembangan pelaksanaan kompaun bagi kesalahan syariah di negeri Perlis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual, analisis dokumen dan rujukan undang-undang yang berkaitan pelaksanaan kompaun kesalahan syariah di Malaysia. Data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti isu dan cabaran serta cadangan penambahbaikan. Skop kajian difokuskan kepada pewujudan kuasa kompaun di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006 dan pelaksanaannya melalui Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam (Pemkompaunan Kesalahan) Negeri Perlis 2024. Kajian mendapati bahawa kewujudan kuasa kompaun di dalam enakmen dan pelaksanaannya melalui undang-undang subsidiari iaitu kaedah telah memberi nilai tambah yang amat signifikan kepada perkembangan undang-undang syariah di negeri Perlis. Sinergi antara agensi pendakwaan yang mempunyai kuasa untuk mendakwa dan penguatkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan telah menjadi tonggak penting dalam memastikan undang-undang syariah dapat dilaksanakan secara adil, berkesan dan diterima masyarakat.
Downloads
References
Ahmad Ibrahim (1993). Undang-Undang Keluarga Islam, Jurnal Hukum. 8(2): 1414.
Ahmad Ibrahim. (1993). Undang-Undang Keluarga Islam. Jurnal Hukum, 3(2) 9-13.
Alias Azhar. (2018). Integrasi Hisbah dan Dakwah Dalam Prosedur Penguatkuasaan Undang-Undang Kesalahan Maksiat dan Jenayah Khalwat di Malaysia. SYARIAH: Jurnal Hukum dan Pemikiran, 18(1)119-138.
Aqilah Junaidi, Siti Aisyah Samudin. (2022). Penetapan Hukuman Bagi Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Perbandingan Mengikut Undang-Undang Dan Fiqh. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 23(2)324-346.
Azman Ab Rahman, Muhammad Najib Abd Wakil, Syed Mohd Najib Syed Omar, Hasnizam Hashim, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri, Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap. (2019). Kutipan Zakat Di Negeri Lain Oleh Ejen Dan Amil Tidak Bertauliah Menurut Syarak. Journal of Fatwa Management and Research Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, SeFPIA 2018 SPECIAL EDITION 16-30.
Bahagian Rekod dan Dokumentasi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis, 2025.
Cabutan Minit Mesyuarat MMKN Bil. 34/2023.
Cabutan Minit MMKN 197/2024 bertarikh 4 september 2024.
Cabutan Minit Persidangan Mesyuarat MAIPs Bil. 5/2023
Creswell, J. W. (2013). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches (3rd ed.). SAGE Publications.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2006 Negeri Perlis.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2006.
JAKIM. (2007). Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (Garis Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah).
Kertas Siasatan JAIPs No. 2601-L0109-721-0022.
Mahkamah Rendah Syariah Kangar Perlis, No. kes 2504-L0209-714-0025
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, (1997). Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Mahmud Saedon. (1990). Bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, 7(1)17-22.
Mohd Na’im Hj Mokhtar, (2023, Februari 4). Hukuman Alternatif Kesalahan Jenayah Syariah Perlu Dikaji. Berita Harian, hlmn.21
Othman Ishak. (1980). Ijtihad Dalam Perundangan Islam. Jurnal Hukum, 1(II)12-16.
Paizah Haji Ismail. (2007). Kedudukan Mazhab Syafi’i Dalam Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia. Jurnal Fiqh, (4)237-250.
Pendakwa Raya lwn Perdeep Singh (1999) 3 SLR 116
Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Rashid, T.A, & Abdul Aziz, T.N.R. (2019). Persediaan Pendakwaan dan Peranan Ketua Pendakwa Syarie di Mahkamah Syariah. Jurnah Maw’izah, 2:86-93.
Mohamad Ridhuan Mohd Zawawi, Wafaa’ Yusof, Zaini Nasohah & Anwar Fakhri Omar. (2016). Pembaharuan Fatwa dan Institusinya Dalam Mengintegrasi Keadilan Restoratif Bagi Menangani Ajaran Sesat di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research| Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, Jan. 2026, Vol. 31, No.1:239-260.
Muhammad Safwan Harun, Luqman Haji Abdullah& Muhamad Ikhlas Rosele. (2018). Nilai Universal Dan Hubungannya Dalam Syariat Menurut Perspektif Maqasid Al-Shari’ah. Journal of Fatwa Management and Research Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, SeFPIA 2018 SPECIAL EDITION 128-138.
Road Transport Act 1987 s.120
Rohayu Abdul Ghani & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2007). Pengantar undang-undang jenayah syariah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Rubiah Omar. (2021, Oktober 31). Takut Isteri Tahu Dimadu Alasan Tak Daftar Semula Nikah Sempadan. Sinar Harian.
Seksyen 2, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2006 Negeri Perlis
Siti Aishah Borhanuddin, Mahamatuyiding Samah, Mohd Norhusairi Mat Hussin. (2025). Mekanisme Penguatkuasaan Kesalahan Matrimoni Perkahwinan Tanpa Kebenaran Bagi Orang Islam di Negeri Johor. Malaysian Juornal of Syariah and Law, 13(1), 18-34.
Siti Zubaidah Ismail. (2008). Dasar Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jenayah Syariah di Malaysia: Satu Analisis. Jurnal Syariah, 16:537-554
Siti Zubaidah Ismail. (2013). Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia: Isu dan Cabaran. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Subseksyen 78 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006
Sumber Bahagian Rekod dan Dokumentasi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis.
Surat JAIPs kepada Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Arau bertarikh 23 November 2023.
Surat Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis bertarikh 4 Disember 2023.
Warta Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 28 November 2024.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Mohd Husni Za’im Mohd Said, Jasni Sulong, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.











