Pengurusan Fatwa Dalam Krisis Di Malaysia: Strategi Dan Cabaran Semasa Pandemik Covid-19

Crisis Fatwa Management In Malaysia: Strategies And Challenges During The Covid-19 Pandemic

Authors

  • Muhammad Zaki Ramle Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor https://orcid.org/0009-0009-6441-7028
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
  • Nor Fahimah Mohd Razif Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
  • Mohd Harifadilah Rosidi Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol30no3.720

Keywords:

Strategi Fatwa, Pandemik, COVID-19

Abstract

Tahun 2020 menjadi detik hitam dalam sejarah dunia apabila pandemik COVID-19 mengubah norma sosial, ekonomi, dan keagamaan. Dalam konteks ini, institusi fatwa di Malaysia memainkan peranan penting dalam memberikan panduan keagamaan yang selari dengan norma baharu dan peraturan kesihatan awam. Namun, fatwa yang dikeluarkan sepanjang tempoh ini menghadapi tentangan, mencetuskan keresahan dalam masyarakat apabila aktiviti keagamaan perlu diubah atau dihadkan bagi mematuhi sekatan pandemik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi dan kaedah yang digunakan oleh institusi fatwa dalam menyampaikan maklumat fatwa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan fasa pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen dan temu bual mendalam. Temu bual dijalankan dengan informan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai strategi yang dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman, penerimaan, dan kepatuhan masyarakat terhadap fatwa yang dikeluarkan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa institusi fatwa telah mengadaptasi pelbagai strategi dalam mengoptimumkan penyebaran fatwa kepada masyarakat, termasuk pengeluaran fatwa berkaitan COVID-19, penggunaan platform digital dan media sosial, penerbitan penulisan ilmiah, serta penyampaian melalui khutbah Jumaat. Kajian ini menyumbang kepada wacana pengurusan fatwa dengan memberikan gambaran tentang keberkesanan strategi penyampaian fatwa dalam situasi krisis. Penemuan ini diharapkan dapat membantu institusi fatwa dalam merangka strategi yang lebih berkesan bagi menghadapi cabaran pemfatwaan pada masa hadapan serta meningkatkan penglibatan masyarakat terhadap pematuhan fatwa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab Rahmani, M. F., Thaidi, H. A. A., & Ab Rahmani, A. (2020). Cabaran institusi fatwa di Malaysia dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Abdullah, A. H. (2005). Tradisi pemerintahan Islam dan kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.

Ahmad Hidayat Buang. (2016). Memperkukuhkan kredibiliti institusi fatwa dalam menghadapi cabaran semasa di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Isu-Isu Kefatwaan Kontemporari 2016: Fiqh Kontemporari Dalam Menepani Realiti Semasa Masyarakat Malaysia pada 10 Mac 2016. Institute of Advanced Islamic Studies, Kuala Lumpur.

Ashaari, M. F., Rasit, R. M., Ismail, Z., & Ramzy, M. I. (2020). Wacana Islam di Facebook Jabatan-Jabatan Mufti Malaysia. International Journal of Islamic Thought, 17, 66-77.

Awang, N. H. (2010). Buku vs e-buku: Transformasi era digital. Jurnal Persatuan Pustakawan Malaysia, 4, 49-56.

Buang, A. H. (2016). Memperkukuhkan kredibiliti institusi fatwa dalam menghadapi cabaran semasa di Malaysia. Paper presented at Seminar Isu-Isu Kefatwaan Kontemporari: Fiqh Kontemporari Dalam Mendepani Realiti Semasa Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Retrieved from https://iais.org.my

Darusalam, G., & Hussin, S. (2021). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, (2003).

Hamid, A. A. (2021). Selangor kekal catat kes baharu harian tertinggi COVID-19. My Metro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/680991/selangor-kekalcatat-kes-baharu-harian-tertinggi-covid-19

Hamid, S. A., Ahmad, K., & Dato, M. A. (2018). Kedinamikan penyampaian fatwa negeri-negeri di Malaysia: Penilaian adaptasi berdasarkan “Kirkpatrick Model of Evaluation.” MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 27, 73-a.

Hussain, A., Ahmad, M. K., & Muhammad, M. Z. (2020). Strategi memperkasakan institusi fatwa melalui TV: Analisis pengamalan di TV AlHijrah. Persatuan Ulama' Malaysia (PUM): Pemerkasaan Institusi Islam di Malaysia—Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan. Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN: 978-983-2306-43-6.

Ibrahim, A., Ibrahim, A., Jelani, A. B., & Noor, S. A. M. (2019). Pelaksanaan ijtihad kolektif di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 2(2), 58-69.

Majid, M. Z. H. A. (2016). Aplikasi fiqh kontemporari dalam menangani persoalan hukum baru kefatwaan. International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Retrieved from https://iais.org.my

Moidunny, K. (2012). Pengurusan strategik: Konsep dan aplikasinya dalam organisasi pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 21(1), 47-66.

Novianto, E. (2019). Manajemen strategis (Cetakan pertama). Yogyakarta: Penerbit Deepublish.

Omar, S. N. A. C., & Hussin, M. N. M. (2020). Pemakaian kaedah-kaedah fekah dalam institusi fatwa di Wilayah Persekutuan dari tahun 2010-2014: The application of legal maxims in fatwa institutions in Federal Territory from 2010-2014. Online Journal of Research in Islamic Studies, 7(2), 55-85.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2020). Peranan PMWP dalam mengharungi cabaran hukum Islam semasa. ISBN: 978-967-19797-0-9.

Ramle, M. Z., & Ramli, M. A. (2022). Isu penerimaan dan penolakan fatwa berkaitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia. Paradigma Ilmu Islam dan Realiti Semasa. UiTM Cawangan Perak 2022. eISBN: 978-967-2776-07-9.

Ramle, M. Z., Ramli, M. A., & Mohd Razif, N. F. (2023). Analisis Perubahan Hukum Dari Fasa Pandemik Kepada Fasa Endemik COVID-19 Di Malaysia. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 24(1), 51-75.

Rosidi, M. H., Mokhtar, A. W., & Abdul Majid, M. N. (2021a). Profesionalisme mufti dan ahli-ahli jawatankuasa fatwa negeri: Analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Pahang dan Terengganu. Journal of Fatwa Management and Research, 71-98.

Rosidi, M. H., Mokhtar, A. W., & Abdul Majid, M. N. (2021b). Pemerkasaan profesionalisme mufti dan ahli-ahli jawatankuasa fatwa negeri: Analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. In Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021.

Rosidi, M. H., Mokhtar, A. W., & Abdul Majid, M. N. (2022). Penggunaan media dalam talian menurut perspektif Maqāṣid al-Shari‘ah: The use of online media in the perspective of Maqāṣid al-Shari‘ah. Journal of Fatwa Management and Research, 27(3), 78-105.

Saifuddin, S., Salleh, M. K. M., Tajuddin, H. H. A., Kontemporari, A. P. I., & Sembilan, U. C. N. (2023). Kepentingan pewartaan fatwa dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia: Satu analisis. International Virtual Conference on Islamic Studies, Education, Social Sciences and Law (Ico-Sol3-2023), 1-17.

Salleh, M. K. M., Bahori, A., Manaf, M. F. A., Zhaffar, N. M., & Suhaimee, S. (2021). Impak pandemik COVID-19 terhadap penyeragaman dan penyelarasan fatwa di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 33(2), 269-286.

Shah, M. F. M., & Pauzi, N. (2018). Metodologi pengeluaran fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor: Fatwa production methods in Johor State Fatwa Committee. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 70-88.

Wan, W. M. K. F. B., Embong, A. H., Hassan, S. A., Yasin, M. F. M., & Anas, W. N. I. W. N. (2019). Strategic management in fatwa-making process. Academy of Strategic Management Journal, 18(4), 1-6.

Wheelen, T. L., Hunger, J. D., Hoffman, A. N., & Bamfort, C. E. (2015). Strategic management and business policy: Globalization, innovation and sustainability (14th ed.). Pearson Education Limited. ISBN: 978-1-292-06794-0.

Yaakub, N. W. S., Chekima, B., Ansar, R., & Lada, S. (2022). The relationship between strategic management planning and leadership skills. Journal of the Asian Academy of Applied Business (JAAAB), 7, 138-159.

Zain, A. M., Ahmad, K., Rahman, M. N. A., Hamid, S. A., Dahaman, M. A. D., Paidi, Z., & Hamzah, M. H. (2019). Ulama dan media sosial: Bentuk dan dokumentasi penyebaran maklumat fatwa di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3.

Published

30-09-2025

How to Cite

Pengurusan Fatwa Dalam Krisis Di Malaysia: Strategi Dan Cabaran Semasa Pandemik Covid-19: Crisis Fatwa Management In Malaysia: Strategies And Challenges During The Covid-19 Pandemic. (2025). Journal of Fatwa Management and Research, 30(3), 172-195. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol30no3.720

Similar Articles

131-140 of 160

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>