Penerimaan Penggunaan Istilah Mualaf dalam Kalangan Mualaf di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol6no1.76Abstract
The difference of thinking leads to diversity of the use of the term for particular issue. There is a wide term used to the new convert to Islam as convert Muslim, new brothers and sisters, a brother Muslim, reverted Muslim and mualaf. However, the question arises regarding the most appropriate term to use for this group either in everyday conversation or even in terms of its use in academic and legal. Therefore, this article will discuss the concept of the mualaf and use of the term for the new converts to Islam in Malaysia. The main objective of this article is to review the new brother’s acceptance of the use of the term mualaf and the call duration limit in accordance with the decision of the Council of Islamic Religion in each country in Malaysia as well as to propose an appropriate period for the use of the term. This article uses the method of qualitative focus groups as a mechanism to get the information and necessary data. A total of 9 individuals from a variety of backgrounds and ages was chosen as informants. Each informant interviewed for 10 minutes and asked the same question. These interviews using semi- structured questions for opening space to the informant to share their opinions and experiences. The article found that most converts never showed any negative response to the use of the term mualaf, but they are prefer being called Muslim brothers because the terms itself does not indicate any gap between the same religious.
Keywords: Converts, Convert terms, Limitation of converts, Islam, Malaysia.
Abstrak
Perbezaan pemikiran membawa kepada kepelbagaian penggunaan istilah bagi sesuatu perkara. Dalam konteks panggilan untuk golongan yang baru memeluk Islam, terdapat pelbagai istilah yang digunakan seperti saudara baru, saudara Muslim, saudara kita dan mualaf. Namun, persoalan timbul berkaitan istilah mana yang paling sesuai digunakan bagi golongan tersebut sama ada dalam perbualan seharian mahupun dari sudut penggunaannya secara akademik dan juga perundangan. Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang konsep mualaf dan penggunaan istilah mualaf bagi golongan yang baru memeluk agama Islam di Malaysia. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengkaji penerimaan mualaf terhadap penggunaan istilah mualaf dan penetapan had tempoh panggilan tersebut mengikut keputusan Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia serta mencadangkan tempoh yang sesuai bagi penggunaan istilah tersebut. Artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan kumpulan fokus sebagai mekanisma untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Seramai 9 orang individu daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur dipilih sebagai informan. Setiap informan ditemu bual selama 10 minit dan diajukan soalan yang sama. Temu bual ini menggunakan soalan separa struktur bagi membuka ruang kepada informan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka dengan lebih selesa. Artikel mendapati bahawa kebanyakan mualaf tidak menunjukkan sebarang respon yang negatif dengan penggunaan istilah mualaf, namun mereka lebih selesa dipanggil saudara Muslim kerana istilah tersebut dirasakan lebih mesra dipanggil dan tidak menunjukkan jarak yang terlalu jauh di antara saudara seagama yang lain.
Kata kunci: Mualaf, Istilah Mualaf, Had Tempoh Mualaf, Agama Islam, Malaysia.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.