EVOLUSI KONSEP ISTIḤĀLAH DALAM FATWA MALAYSIA (2000-2025): ANALISIS KANDUNGAN FATWA HALAL DAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM PRODUK FARMASEUTIKAL
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol31no3.909Keywords:
Istiḥālah, Fatwa Malaysia, Halal, Farmaseutikal, Transformasi Bahan NajisAbstract
Konsep istiḥālah, iaitu transformasi bahan najis atau haram menjadi suatu bahan baharu yang suci melalui perubahan sifat fiziko-kimia, merupakan salah satu instrumen fiqh klasik yang semakin signifikan dalam konteks industri halal moden. Malaysia, sebagai peneraju global dalam ekosistem pensijilan halal, telah mengeluarkan pelbagai fatwa yang melibatkan aplikasi konsep istiḥālah sepanjang tempoh 2000 hingga 2025, merangkumi sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, dan bahan gunaan harian. Namun demikian, belum terdapat kajian sistematik yang menganalisis evolusi pemahaman dan aplikasi konsep ini dalam fatwa-fatwa Malaysia secara longitudinal. Kajian ini bertujuan untuk: (i) mengenal pasti dan menganalisis fatwa-fatwa Malaysia di peringkat kebangsaan dan negeri yang melibatkan konsep istiḥālah dalam tempoh 25 tahun; (ii) mengkaji evolusi definisi, kriteria, dan aplikasi istiḥālah dalam keputusan fatwa tersebut; (iii) membandingkan pendekatan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan fatwa negeri-negeri terpilih; dan (iv) menilai implikasi evolusi konsep ini terhadap industri halal dan perundangan Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan kualitatif terhadap dokumen fatwa yang diperoleh daripada portal e-Fatwa JAKIM, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, serta fatwa-fatwa negeri yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat evolusi yang signifikan dalam pemahaman dan aplikasi istiḥālah di Malaysia, daripada pendekatan konservatif yang ketat berpegang kepada mazhab Syāfiʿī pada awal dekad 2000-an, kepada pendekatan yang lebih akomodatif dengan merujuk pandangan mazhab Ḥanafī dan Mālikī pada dekad 2010-an dan seterusnya, terutamanya dalam konteks alkohol, gelatin, dan bahan farmaseutikal. Evolusi ini dipacu oleh keperluan industri halal global, perkembangan teknologi pemprosesan, dan pendekatan maqāṣid al-syarīʿah yang semakin diterima dalam metodologi fatwa Malaysia.
Downloads
References
Ab Latiff, J., Zakaria, Z., & Man, S. (2024). Advancing halal vaccine certification in Malaysia: Exploring the legal status criteria of Islamic principles through fiqh rules. Journal of Ifta and Islamic Heritage, 3(1), 1–24.
Ab. Halim, M. A., Mohd Salleh, M. M., Mohd Kashim, M. I. A., Ahmad, A. A., & Nordin, N. (2014). Halal pharmaceuticals: Legal, Shari’ah issues and fatwa of drug, gelatine and alcohol. International Journal of Asian Social Science, 4(12), 1176–1190.
Ab. Latiff, J. (2017). Implementasi Malaysian Standard (MS) 2424:2012 Halal Pharmaceuticals – General Guidelines kesan kepada pensijilan halal Malaysia. International Journal of Social Policy and Society, 13, 87–99.
Abubakar, A., Ridwan, N., Ibrahim, B., & Mahdi, S. (2023). The integration of fiqh and science. Samarah: Jurnal Hukum Keluarga dan Hukum Islam, 9(3), 1680–1705.
Ahmad, K., Hasan, A., & Mohd Kashim, M. I. A. (2017). Pengurusan fatwa di Malaysia: Cabaran dan penambahbaikan. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 10(1), 1–18.
Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27–40.
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.Halim, M. A. A., & Salleh, M. M. M. (2012). The possibility of uniformity on halal standards in Organization of Islamic Countries (OIC) country. World Applied Sciences Journal, 17(Special Issue), 6–10.
Hashim, P., Mohd Kashim, M. I. A., & Othman, M. N. (2016). Istiḥālah dan implikasinya terhadap industri halal di Malaysia. Jurnal Syariah, 24(1), 45–68.
Al-Hisni, A. B. M. (1991). Kifāyat al-Akhyār fī Ḥall Ghāyat al-Ikhtiṣār (A. b. Abdul Hamid & W. Sulaiman, Eds.). Dār al-Khayr.
https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%AD%D8%A7%D9%84%D8%A9/ (2026).
Ibn ʿĀbidīn, M. A. (1992). Rādd al-Muḥtār ʿalā al-Durr al-Mukhtār (Jil. 1-9). Dār al-Fikr.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, M. A. B. A. (1991). Iʿlām al-Muwaqqiʿīn ʿan Rabb al-ʿĀlamīn (Jil. 1-4). Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Ibn Rushd, M. A. (1995). Bidāyat al-Mujtahid wa Nihāyat al-Muqtaṣid (Jil. 1-2). Dār al-Hadīth.
Jamaludin, R., Radzi, W. M., Hashim, F., & Said, N. (2011). Persepsi industri terhadap standard halal dalam makanan. Malaysian Journal of Business and Economics, 18(2), 123–138.
Al-Kāsānī, A. B. M. (1986). Badāʾiʿ al-ṣanāʾiʿ fī tartīb al-syarāʾiʿ (Jil. 1-7). Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Krippendorff, K. (2018). Content Analysis: An Introduction to Its Methodology (4th ed.). SAGE Publications.
Mohamad, N. M., Ibrahim, B., & Asni, F. (2023). Fatwa alkohol dalam pemakanan di Malaysia: Suatu sorotan. Jamalullail Journal, 2(1), 31–41.
Mustapa, A., Hashim, N., Sulong, M. R., Matusin, S. N. I., Dollah, N. F. H., Matzin, N. S., & Aslan, N. E. (2025). Investigating the halal status of animal bones and ethanol in conventional food products: A preliminary study. Journal of Fatwa Management and Research, 30(1), 23–37.
Al-Nawawī, Y. S. (t.t.). Al-Majmūʿ syarḥ al-Muhadhdhab (Jil. 1-20). Dār al-Fikr.
Al-Qaraḍāwī, Y. (2004). Al-Ḥalāl wa al-ḥarām fī al-Islām. Maktabah Wahbah.
Ramli, N., Salleh, F., & Azmi, S. M. N. (2012). Halal pharmaceuticals: A review on Malaysian Standard, MS 2424:2012 (P). Journal of Arts and Humanities, 1(1), 137–142.
Wizārat al-Awqāf wa al-Shuʾūn al-Islāmiyyah. (1983). Al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah (Jil. 1-45). Dhāt al-Salāsil.
Yusof, Z. A. M., Subri, I. M., & Zainal, N. Z. (2022). Istihalah and istihlak: Analysis on the manufacture processes of porcine base medicine (Low Molecular Weight Heparin (LMWH)). Journal of Fatwa Management and Research, 27(4), 1–14.
Yusof, Z. A. M., Zainal, N. Z., & Subri, I. M. (2022). Fatwa analysis between national and international fatwa institutions on Low Molecular Weight Heparin (LMWH) as thromboprophylaxis during pregnancy following COVID-19 diagnosis. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 27(2), 228–245.
Zuhaili, W. (1985). Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuh (Jil. 1-11). Dār al-Fikr.
Zulfaqar Mamat. (2019). Pemakaian kaedah istihlak dan istihalah dalam penentuan produk halal di Malaysia berdasarkan bidangkuasa perundangan dan keputusan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 15(1), 22–43.
Zulfaqar Mamat. (2021). Istihalah in Malaysian fatwa. Journal of Fiqhiyyat, 1(1), 30–38
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Muhammad Adib Samsudin, Mohd Nasran Mohamad, Muhammad Zaini Yahaya, Anwar Fakhri Omar, Muhammad Aliif Fadzilah, Jarudin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.











