Daripada Susu Ibu Kepada Kultur Probiotik: Analisis Saintifik Dan Perundangan Terhadap Bakteria Terasing Serta Implikasi Syariah

From Mother’s Milk to Probiotic Cultures: A Scientific and Regulatory Analysis of Isolated Bacteria with Shariah Implications

Authors

  • Nur Farhani Zarmani MY Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA https://orcid.org/0000-0002-8086-417X
  • Mohd Hapiz Mahaiyadin MY Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA https://orcid.org/0000-0003-3327-1942
  • Farrah Payyadhah Borhan MY Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA https://orcid.org/0000-0001-7636-0166
  • Nurulaina Saidin MY Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
  • Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong MY Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA https://orcid.org/0000-0002-5650-6575
  • Lam Lee Yein MY Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor, MALAYSIA
  • Aidarafidah Amran MY Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol31no2.811

Keywords:

bakteria terasing, Lactobacillus fermentum, susu ibu, Peraturan Makanan 1985, fatwa

Abstract

Artikel ini meneliti kedudukan bakteria Lactobacillus fermentum CECT5716 yang dikenal pasti dalam susu ibu daripada perspektif saintifik, perundangan makanan dan hukum Syariah. Dalam konteks peraturan di Malaysia, penggunaan strain probiotik dalam produk makanan tertakluk kepada keperluan penyenaraian di bawah Peraturan Makanan 1985. Walau bagaimanapun, L. fermentum CECT5716 masih belum disenaraikan secara khusus, sekaligus menimbulkan keperluan penilaian lanjut sebelum sebarang pertimbangan pendaftaran atau penyenaraian dibuat. Isu ini menjadi lebih sensitif apabila asal penemuan bakteria tersebut dikaitkan dengan susu ibu, sedangkan bahan daripada sumber manusia secara prinsipnya memerlukan penelitian Shariah yang khusus dalam konteks pensijilan halal Malaysia. Kajian ini bertujuan menghuraikan asal penemuan, ciri saintifik dan proses pengasingan L. fermentum yang dijumpai dalam susu ibu bagi menentukan sama ada bakteria tersebut boleh diklasifikasikan sebagai mikrob bebas atau masih membawa implikasi sumber asal manusia. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis literatur saintifik, penelitian peruntukan Peraturan Makanan Malaysia, serta penilaian prinsip Shariah dan keputusan fatwa berkaitan penggunaan susu ibu. Dapatan menunjukkan bahawa L. fermentum yang diasingkan dan dikultur secara terkawal tidak lagi bergantung kepada medium asal serta tidak menzahirkan ciri bahan yang boleh diklasifikasikan sebagai sumber manusia. Berdasarkan integrasi fakta saintifik, kerangka perundangan dan prinsip Syariah, artikel ini mengemukakan bahawa penilaian terhadap kultur bakteria terasing tersebut cenderung untuk diletakkan dalam kategori mikrob bebas, tertakluk kepada pembuktian keselamatan, pematuhan kawal selia, dan pertimbangan pihak berautoriti. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada wacana fatwa kontemporari serta menjadi rujukan sokongan dalam proses penilaian hukum dan pertimbangan penyenaraian strain probiotik di bawah Peraturan Makanan 1985.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nur Farhani Zarmani, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

    Nur Farhani binti Zarmani terlibat dalam bidang kajian pengurusan halal, sepert peranti perubatan, farmaseutikal , kosmetik dan analisis isu halal kontemporari berasaskan pendekatan Syariah dan perundangan.

     

  • Mohd Hapiz Mahaiyadin , Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

    Mohd Hapiz Mahaiyadin merupakan penyelidik dalam bidang pengajian Islam dengan fokus terhadap analisis fiqh, fatwa dan aplikasi prinsip Syariah dalam isu-isu moden berkaitan makanan dan kesihatan.

  • Farrah Payyadhah Borhan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

    Farrah Payyadhah Borhan ialah pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bidang kepakaran beliau merangkumi sains gunaan, biokimia, kosmetik halal dan analisis isu halal kontemporari berasaskan pendekatan maqasid Syariah.

  • Nurulaina Saidin, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

    Nurulaina terlibat dalam bidang pengajian Syariah dan halal, khususnya dalam kajian berkaitan fatwa, pengurusan halal dan isu fiqh semasa yang melibatkan sains dan teknologi.

  • Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong , Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

    Syukri merupakan penyelidik dalam bidang pengajian Islam dan isu halal kontemporari, dengan tumpuan terhadap analisis hukum, dasar halal dan aplikasi fatwa dalam konteks semasa.

  • Lam Lee Yein , Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor, MALAYSIA

    Lam Lee Yein merupakan wakil industri dari Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd., dengan pengalaman dalam bidang sains makanan, pembangunan produk dan pematuhan keperluan kualiti serta keselamatan makanan. Penglibatan beliau merangkumi aplikasi bahan berfungsi dan penyelesaian berasaskan sains dalam industri makanan dan nutraseutikal.

  • Aidarafidah Amran , Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor, MALAYSIA

    Aidarafidah Amran terlibat secara aktif dalam bidang pengurusan halal dan pembangunan industri makanan, khususnya berkaitan pematuhan piawaian, kesedaran halal dan latihan industri. Pengalaman beliau merangkumi kerjasama industri serta penglibatan dalam inisiatif pendidikan dan pematuhan halal.

References

Al-Attas, S. M. N. (2018). Islam and the Philosophy of Science. Kuala Lumpur: Ta’dib International.

Al-Hattab, Muhammad ibn Muhammad al-Ru`ayni. (1995) Mawāhib al-Jalīl fī Sharḥ Mukhtaṣar Khalīl. Tahqīq oleh Zakariyyā ʿUmayrāt (Takhrij). Edisi ke 1. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Kharashi, Muhammad ibn Abdullah (t.t.). Sharh Mukhtasar Khalil li al-Kharashi (Jil. 1). Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Kāsānī, ʿAlāʾ al-Dīn Abū Bakr ibn Masʿūd. (2003). Badāʾiʿ al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Sharāʾiʿ. Tahqiq oleh `Ali Muhammad Mu`awwad & ʿĀdil Aḥmad ʿAbd al-Mawjūd. Edisi ke 2. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Mirdāwī, ʿAlāʾ al-Dīn Abū al-Ḥasan ʿAlī ibn Sulaymān. (1988). Al-Inṣāf fī Maʿrifat al-Rājiḥ min al-Khilāf ʿalā Madhhab al-Imām Aḥmad ibn Ḥanbal. Edisi ke-1. Beirut: Dār Iḥyāʾ al-Turāth al-ʿArabī.

Al-Nawawī, Muḥyī al-Dīn Yaḥyā ibn Sharaf. (t.t.). Al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab. Beirut: Dār al-Fikr.

Al-Qayrawani, Abu Muhammad Ibn Abi Zayd. (1999). Al-Nawādir wa al-Ziyādāt ʿalā mā fī al-Mudawwanah wa ghayrihā min al-Ummahāt. Edisi ke-1. Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmī.

Al-Qurṭubī, Abū ʿAbd Allāh Muḥammad ibn Aḥmad. (2006). Al-Jāmiʿ li Aḥkām al-Qurʾān (Jil. 3). Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Sarakhsī, Shams al-Dīn Muḥammad ibn Abī Sahl. (2000). Al-Mabsūṭ. Tahqīq oleh Khalīl Muḥyī al-Dīn al-Mayyis. Edisi ke-4. Beirut: Dār al-Fikr.

Al-Shirbīnī, Shams al-Dīn Muḥammad al-Khaṭīb. (1994). Mughnī al-Muḥtāj ilā Maʿrifat Maʿānī Alfāẓ al-Minhāj. Tahqīq oleh ʿAlī Muḥammad Muʿawwaḍ & ʿĀdil Aḥmad al-Mawjūd. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Andres, S. F., Scottoline, B., & Good, M. (2023). Shaping infant development from the inside out: Bioactive factors in human milk. Seminars in Perinatology, 47(1), 151690. https://doi.org/10.1016/j.semperi.2022.151690

Boehm, G., & Stahl, B. (2007). Oligosaccharides from milk. The Journal of Nutrition, 137(3), 847S-849S. https://doi.org/10.1093/jn/137.3.847S.

Darul Ifta Birmingham (2017). Probiotics. https://daruliftabirmingham.co.uk/home/probiotics/

Fernández, L., Pannaraj, P. S., Rautava, S., and Rodríguez, J. M. (2020). The microbiota of the human mammary ecosystem. Frontiers in Cellular and Infection Microbiology, 10:586667. doi:10.3389/fcimb.2020.586667

Ibn Kathīr, Ismāʿīl ibn ʿUmar. (1999). Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm (Jil. 1). Riyadh: Dār Ṭayyibah.

Ibn Nujaym, Zayn al-Dīn ibn Ibrāhīm. (t.t). Al-Baḥr al-Rāʾiq Sharḥ Kanz al-Daqāʾiq. Beirut: Dār al-Maʿrifah.

Ibn Qudāmah, Abū Muḥammad ʿAbd Allāh ibn Aḥmad. (t.t). Al-Mughnī. Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan (2018). Fatwa mengenai hukum penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) menggunakan mikroorganisma. https://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/warta52.pdf

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (2015). Hukum penggunaan mikroorganisma terubah suai dalam penghasilan Monosodium Glutamat (MSG). https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/hukum-penggunaan-mikro-organisma-terubah-suai-dalam-penghasilan-monosodium-glutamat-msg/

Jiménez, E., Langa, S., Martín, V., Arroyo, R., Martín, R., Fernández, L., & Rodríguez, J. M. (2010). Complete genome sequence of Lactobacillus fermentum CECT 5716, a probiotic strain isolated from human milk. Journal of Bacteriology, 192(19), 4800-4801.

Karapetyan, A. O. (2019). Lactobacillus fermentum CECT5716 - prevention and treatment of lactational mastitis. Meditsinskiy Sovet, 2019(12), 90-96.

Lara-Villoslada, F., Sierra, S., Díaz-Ropero, M. P., Rodríguez, J. M., Xaus, J., & Olivares, M. (2009). Safety assessment of Lactobacillus fermentum CECT5716, a probiotic strain isolated from human milk. Journal of Dairy Research, 76(2), 216-221.

López-Huertas, E. (2015). Safety and efficacy of human breast milk Lactobacillus fermentum CECT5716: A mini-review of studies with infant formulae. Beneficial Microbes, 6(2), 219-224.

Mahfudz, M. S. (2022). Hukum jual beli air susu ibu: Analisis pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Al-Mazaahib: Jurnal Perbandingan Hukum, 10(2), 201-222. https://doi.org/10.14421/al-mazaahib.v10i2.2777

Mahmood Zuhdi, A. R. (2014). Fiqh kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) (2010). Penggunaan mikroba dan produk mikrobial dalam produk pangan. https://mui.or.id/baca/fatwa/penggunaan-mikroba-dan-produk-mikrobial-dalam-produk-pangan

Maldonado-Lobón, J. A., Gil-Campos, M., Maldonado, J., López-Huertas, E., Flores-Rojas, K., Valero, A. D., & Olivares, M. (2015). Long-term safety of early consumption of Lactobacillus fermentum CECT5716: A 3-year follow-up of a randomized controlled trial. Pharmacological Research, 95-96, 12-19.

Martín, R., Langa, S., Reviriego, C., Jiménez, E., Marín, M. L., Xaus, J., Fernández, L., & Rodríguez, J. M. (2003). Human milk is a source of lactic acid bacteria for the infant gut. The Journal of Pediatrics, 143(6), 754-758. https://doi.org/10.1067/S0022-3476(03)00517-1

Martín, R., Olivares, M., Marín, M. L., Fernández, L., Xaus, J., & Rodríguez, J. M. (2005). Probiotic potential of 3 Lactobacilli strains isolated from breast milk. Journal of Human Lactation, 21(1), 8-17. https://doi.org/10.1177/0890334404272391

Meng, L., Xie, H., Li, Z., Tye, K. D., Fan, G., Huang, T., Yan, H., Tang, X., Luo, H., & Xiao, X. (2025). Gut-mammary pathway: Breast milk microbiota as a mediator of maternal gut microbiota transfer to the infant gut. Journal of Functional Foods, 106620. https://doi.org/10.1016/j.jff.2024.106620

Mohd Isa, R., Nordin, F. N. M., Man, S., & Abdul Rahman, N. N. (2023). Pertimbangan antara mudarat dan manfaat dalam penggunaan produk kecantikan. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 123-152.

Molina-Tijeras, J. A., Diez-Echave, P., Vezza, T., Hidalgo-García, L., Ruiz-Malagón, A. J., Rodríguez-Sojo, M. J., & Gálvez, J. (2021). Lactobacillus fermentum CECT5716 ameliorates high-fat diet-induced obesity in mice through modulation of gut microbiota dysbiosis. Pharmacological Research, 167, 105-545.

Muscariello, L., De Siena, B., & Marasco, R. (2020). Lactobacillus cell surface proteins involved in interaction with mucus and extracellular matrix components. Current Microbiology, 77, 2714-2723.

Mustapha, A. M. & Junoh, N. (2022). Analisis pandangan hukum menurut ulama kontemporari dalam isu kepenggunaan berkaitan kosmetik. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2), 166-182.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI (2004). Hukum menggunakan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam yogurt. https://i-fiqh.islam.gov.my/portal/view.php?id=10255

Naghmouchi, K., Belguesmia, Y., Bendali, F., Spano, G., Seal, B. S., & Drider, D. (2020). Lactobacillus fermentum: A bacterial species with potential for food preservation and biomedical applications. Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 60(5), 1-24.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). (2022). Garis Panduan untuk Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Ministry of Health Malaysia.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016, 1 Disember). Irsyad Hukum Ke-153: Hukum menjual susu ibu. Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-hukum/umum/1407-irsyad-al-fatwa-ke-153-hukum-menjual-susu-ibu

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2020, 20 Februari). Irsyad Hukum Ke-377: Hukum membuat sabun dengan susu ibu. Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/4043-irsyad-al-fatwa-siri-ke-377-membuat-sabun-dengan-susu-ibu

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2024). Irsyad Hukum Ke-827: Hukum penggunaan susu ibu dalam produk makanan. Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/5841-irsyad-hukum-siri-ke-827-hukum-penggunaan-susu-ibu-dalam-produk-makanan

Rasip, Z. M., Kadri, R., Ramlee, Y., & Yahi, M. (2024). Exclusive breastfeeding: Its benefits from Islamic and scientific perspective. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 14(12). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v14-i12/23763

Rastogi, S., & Singh, A. (2022). Gut microbiome and human health: Exploring how the probiotic genus Lactobacillus modulates immune responses. Frontiers in Pharmacology, 13, 1-12.

Rodríguez-Sojo, M. J., Garcia-Garcia, J., Ruiz-Malagón, A. J., de la Fuente-Fernández, M., Martín-Sánchez, A., Sánchez, A.,. & Gálvez, J. (2023). Beneficial effects of Limosilactobacillus fermentum in the DCA experimental model of irritable bowel syndrome in rats. Nutrients, 15(2), 1-16.

Salleh, S. F., Daud N. & Man S. (2014) Amalan pengambilan ibu susuan: Satu kajian sorotan terhadap dokumentasi bukti penyusuan. Journal of Fatwa Management and Research, 4(1), 113-134.

Shamsudin, S. N., Abu Bakar, E., Osman, S., & Mohd Dali, N. R. S. (2023). Konsep halalan tayyiban bagi produk nutraseutikal. Journal of Fatwa Management and Research, 28(1), 1-16.

Subudhi S, Sriraman N. (2021). Islamic beliefs about milk kinship and donor human milk in the United States. Pediatrics, 147(2), e20200441.

Warman, A. B. (2022). Ketentuan dalam Islam mengenai pemberian air susu ibu (asi) hasil induksi laktasi untuk menjadikan anak angkat sebagai mahram. El `Ailaah: Jurnal Kajian Hukum Keluarga, 1(2), 17. https://doi.org/10.59270/aailah.v1i2.112

World Health Organization. (2023). Infant and young child feeding: Breastfeeding. https://www.who.int/health-topics/breastfeeding

Zhao, Y., Zhang, C., Yu, L., Chen, Y., Duan, E., Zhai, Q., & Yu, H. (2022). Phylogenetic and comparative genomic analysis of Lactobacillus fermentum strains and the key genes related to their intestinal anti-inflammatory effects. Engineering, 18, 120-130.

Published

26-05-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Daripada Susu Ibu Kepada Kultur Probiotik: Analisis Saintifik Dan Perundangan Terhadap Bakteria Terasing Serta Implikasi Syariah: From Mother’s Milk to Probiotic Cultures: A Scientific and Regulatory Analysis of Isolated Bacteria with Shariah Implications. (2026). Journal of Fatwa Management and Research, 31(2), 420-448. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol31no2.811

Similar Articles

41-50 of 152

You may also start an advanced similarity search for this article.