Kelestarian Ijtihad dan Fatwa Bagi Menyantuni Isu Sumbangan Tidak Langsung Dalam Tuntutan Harta Sepencarian:Satu Penilaian Kritis Fiqh Harta

Sustainability of Ijtihad and Fatwa to Respond The Issue of Indirect Contributions in Matrimonial Property Claim:A Critical Assesment Fiqh of Property

Authors

  • Mus'ab Yusoff UniSHAMS
  • Nur Sarah Tajul Urus UniSHAMS
  • 'Umair Yusoff UniSHAMS
  • Mohamad Fauzi Md Thahir UniSHAMS
  • Siti Nurul Husna Othman UniSHAMS
  • Masyitah Mohd Zainon UniSHAMS

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.354

Keywords:

Ijtihad, Fatwa, Sumbangan tidak langsung, harta sepencarian, fiqh harta

Abstract

The issue of sustainability of ijtihad and fatwas to elaborate on polemics of indirect contributions in matrimonial property claims has become an important issue today. The selection of the right ijtihad and fatwa will ensure that critical discussions in this matter can be photographed to a knowledgeable society. There are many findings of jurisprudence writing that stated the main methods in ijtihad and fatwas used by fuqahak of the past and contemporary to draw interesting discussions on this issue, but in the context of indirect contributions in matrimonial property claims, there is still much to be clarified. The main objective of this study is to find out the method of ijtihad and fatwa in the book of fiqh applied by the jurists in this issue. This study is qualitative in which a total of 20 books of turath have been researched and understood descriptively. The main collection methods used were in-depth reading and analysis and narrative evaluation was used to analyze the findings obtained. The results of the analysis prove that the indirect contribution related to housework and outdoor work, can be done Akad al-Ijarah for the wife is eligible to take a certain wage according to the jumhur view. It relates to the limited amount that is still pending payment and is included in the matrimonial property. The study also found that indirect contributions related to outdoor work as well, can be done Akad Syarikat al-Abdan according to the view of the school of al-Hanafiyyah and can be associated with the amount of profits that grow and put into matrimonial property. In addition, the Islamic Family Law Enactment also does not specify in detail the conditions of property ownership as determined by Islamic law. This study suggests that a guideline can be translated into the minds of the Muslim community in Malaysia continuously to ensure that this polemic can be clarified and the benefits to be fought for can be maintained.

Abstrak

Isu kelestarian ijtihad dan fatwa untuk merungkai polemik dan menyantuni permasalahan sumbangan tidak langsung dalam tuntutan harta sepencarian telah menjadi isu penting pada hari ini. Pemilihan ijtihad dan fatwa yang tepat akan memastikan perbincangan secara kritis dalam hal ini dapat dipotretkan kepada masyarakat yang cakna ilmu. Terdapat banyak dapatan penulisan ilmu fiqah yang menyatakan kaedah utama dalam ijtihad dan fatwa yang digunakan fuqahak zaman silam dan kontemporari untuk melakar perbincangan yang menarik dalam isu yang diketengahkan ini, namun begitu dalam konteks sumbangan tidak langsung dalam tuntutan harta sepencarian, masih banyak yang perlu diperjelaskan. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui kaedah ijtihad dan fatwa di dalam kitab fiqah yang diaplikasikan oleh para fuqahak dalam isu ini. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana sejumlah 20 buah kitab turath telah diteliti dan difahami secara deskriptif. Kaedah pengumpulan utama yang digunakan ialah pembacaan dan analisis mendalam dan penilaian naratif telah digunakan untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Hasil analisis membuktikan bahawa sumbangan tak langsung yang berkait dengan hal ehwal rumah dan diluarnya, boleh dilakukan Akad al-Ijarah untuk si isteri layak mengambil upah tertentu mengikut pandangan jumhur. Ia berkaitan dengan jumlah terhad yang masih tertangguh pembayarannya dan dimasukkan ke dalam harta sepencarian. Kajian juga mendapati bahawa sumbangan tak langsung yang berkait dengan kerja luar rumah juga, boleh dilakukan Akad Syarikat al-Abdan mengikut pandangan mazhab al-Hanafiyyah dan boleh dikaitkan dengan jumlah keuntungan yang berkembang dan dimasukkan ke dalam harta sepencarian. Selain itu, Enakman Undang-Undang Keluarga Islam juga tidak mengkhususkan secara terperinci syarat-syarat pemilikan harta yang ditentukan oleh hukum syarak. Kajian ini mencadangkan supaya satu garis panduan dapat diterjemahkan dalam minda masyarakat Islam di Malaysia secara berterusan untuk memastikan polemik yang berkecamuk ini dapat diperjelaskan dan terjaga kemaslahatan yang ingin diperjuangkan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

- ‘Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Qudamah, al-Mughni, Maktabah al-Kaherah, 1968.

- ‘Abd Rahman Ibn Ali al-Jauzi, Zaad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, Beirut: al-Maktab al-Islamiyy & Dar Ibn Hazm, 2002.

- ‘Abd Rahman Ibn Muhammad Ba’lawiy, Bughyah al-Mustarshidin, Jeddah: Dar al-Minhaj, 2018.

- Abdul Walid Abu Hasan, Hak-Hak Wanita Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: UIM, 2016.

- Abu Bakr Ibn Mas’ud al-Kasani, Badai’ al-Sanai’, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1986.

- ‘Ali Ibn ‘Ali al-Shabramallisiyy, Hashiah Nihayah al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Fikr, 1984.

- Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah. Al-Kuwait; Wazarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah, 2007.

- Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Kedah Darul Aman, 2008.

- Husain Ibrahim al-Maghribi, Qurratul ‘Ain bifatawa Ulama al-Haramain, Mesir: Matba’ah Moustafa Muhammad, 1937.

- Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Himpunan Fatwa Dua (2) Negeri Kedah.

- Jabatan Bantuan Guaman, Hal Ehwal Undang-Undang. Harta Sepencarian.

- Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Dalam Perkara Tuntutan Harta Sepencarian.

- Muhammad Ibn ‘Abd Allah al-Hakim, al-Mustadrak, Kaherah: Dar al-Tasil, 2014.

- Muhammad Ibn Ahmad al-Qurtubiy, Tafsir al-Qurtubiy, Kaherah: Dar al-Hadith, 2007.

- Muhammad Ibn Abi al-‘Abbas al-Ramliy, Nihayah al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Fikr, 1984.

- Muhammad Ibn Ahmad al-Samarqandi, Tuhfah al-Fuqaha. Beirut; Dar al-Fikr, 2002.

- Muhammad Ibn Ahmad al-Sarakhsiyy, al-Mabsut, Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1993.

- Muhammad Ibn Idris al-Syafi’i, Al-Umm, Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1990.

- Mustafa Ahmad al-Zarqa, Sharh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Dimashq: Dar al-Qalam, 1989.

- Muhammad Amin Ibn Umar Ibn ‘Abd ‘Aziz‘Abidin, Hashiah Ibn ‘Abidin, Beirut: Dar al-Fikr, 1992.

- Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahid (Ibn al-Humam), Sharh Fath al-Qadir ‘Ala al-Hidayah. Beirut; Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003.

- Norazlina Abd Aziz, Irini Ibrahim dan Mohd Norhusairi Mat Hussin, Harta Sepencarian/Aset Perkahwinan Bagi Pembubaran Perkahwinan Di Bawah Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Serta Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Perseketuan) 1984. Journal Of Shariah Law Research, 2019.

- Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabiy, 1977.

- Sunan Ibn Majah, Beirut: Dar al-Fikr.

- Taufiq Musaddad Bin Hj Ahmad, Harta Sepencarian Menurut Perspektif Islam. E-muamalat, Kertas Ilmiah (JAKIM).

- ‘Uthman Ibn Muhammad Shatta Al-Bakriyy, Hashiah I’anah al-Talibin. Dimashq; Dar al-Faiha & Dar al-Manhal, 2006.

- Wahbah Mustafa al-Zuhailiyy, al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, Dimashq: Dar al-Fikr.

- Yahya Ibn Abi Khair al-‘Imrani, al-Bayan Fi Mazhab al-Imam al-Syafi’i; Dar al-Minhaj, 2000.

Penafian

Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.

Published

2021-04-30

How to Cite

Yusoff, M., Tajul Urus, N. S., Yusoff, ’Umair, Md Thahir, M. F., Othman, S. N. H., & Mohd Zainon, M. (2021). Kelestarian Ijtihad dan Fatwa Bagi Menyantuni Isu Sumbangan Tidak Langsung Dalam Tuntutan Harta Sepencarian:Satu Penilaian Kritis Fiqh Harta: Sustainability of Ijtihad and Fatwa to Respond The Issue of Indirect Contributions in Matrimonial Property Claim:A Critical Assesment Fiqh of Property. Journal of Fatwa Management and Research, 24(2), 156–192. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.354

Issue

Section

Seminar Papers

Most read articles by the same author(s)