Isu Dan Cabaran Pelajar Plus Tahfiz Dalam Mengekalkan Hafazan Al-Quran Di UiTM

The Issues and Challenges of Plus Tahfiz Students in Maintaining the Memorisation of The Quran in UiTM

Authors

  • Mohd Razlan Ahmad Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Sumaiyah Bahri Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Muhammad Syukri Ashmir Wong Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Ahmad Thaqif Ismail Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.435

Keywords:

Hafazan al-Quran, Plus Tahfiz, kaedah tasmik, pelajar tahfiz, kaedah hafazan

Abstract

Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya memperkenalkan satu program Plus Tahfiz UiTM yang memberi peluang kepada pelajar yang berlatarbelakang pendidiakn tahfiz mendapat sijil hafazan al-Quran yang memperuntukan 30 juzu hafazan bagi 5 semester pengajian. Program ini dibawah seliaan unit kokurikulum dan dijalankan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) sebagai urusetia pusat yang hanya memperuntukan satu jam kredit bagi pelajar-pelajar yang layak melalui tapisan saringan dokumentasi  sebelum diterima untuk menyertai program ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi pelajar dalam menguruskan masa antara menghafaz dan meyelesaikan tugasan akademik yang lain. Pelbagai kekangan dan cabaran yang didapati terutamanya ketika penilaian yang dibuat secara bersemuka dan ketika secara atas talian. Kajian yang akan dilakukan ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini akan menggunakan kaedah kutipan data dan sampel kajian. Kaedah persampelan digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada 67 orang pelajar Program Plus Tahfiz UiTM melalui 12 jenis cabaran yang disenaraikan. Hasil kajian mendapati cabaran yang paling besar kepada ialah jadual harian akademik yang padat dengan jumlah sebanyak 44 (65.7%) disebabkan program Plus Tahfiz ini adalah sebahagian daripada subjek kokurikulum yang memerlukan komitmen yang tinggi dan tugasan 6 juzu’ setiap semester yang membebankan 2 (3.0%) serta tenaga pengajar yang kurang berdedikasi iaitu 2 (3.0%) merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Hafiz bin Abdullah & Norhanan Binti Abdul Rahman, (2009). Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Tangkak, Johor

Ashraf Ismail, Khazri Osman, Nurul Hudaa Hassan, (2021). Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Tasmik Hafazan al-Quran Secara atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Bicara Dakwah kali ke 21: Dakwah dalam Talian Semasa Pandemik

Azmil Hashim (2010). Penilaian perlaksanaan kurikulum Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM dan Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Azmil Hashim dan Ab Halim Tamuri, (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education.4(2), 1-10.

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali, (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1 (1): 28-39.

Berita Harian Online, (2016). Kerajaan Rangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara-PM. Ruangan Nasional. Lihat pada 20 April 2021.

Mohamad Marzuqi Abd Rahim, (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Hisham Md Nawi et all, (2014). Matlamat dan Hala Tuju Sistem Pengajian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan Awal, 4th International Conference and Exhibition on Islamic Educationdi Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 31Mei - 2 Jun.

Wan Muhammad A. Aziz, (2003). Pengurusan Ma’ahad Tahfiz al-Quran; Pengalaman Darul Quran, Jurnal Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bil.3, Jun 1997.

T.n. (2017). Peraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda UiTM, Pindaan 2017 (Bilangan 1), Penerbitan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM

T.n. (2018). Pekeliling Pemakluman Penawaran Lima Kursus Kokurikulum Baharu 2018 Program Plus Tahfiz, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, 17 Disember 2018.

Published

2022-01-31

How to Cite

Ahmad, M. R., Bahri, S. ., Ashmir Wong, M. S. ., & Ismail, A. T. . (2022). Isu Dan Cabaran Pelajar Plus Tahfiz Dalam Mengekalkan Hafazan Al-Quran Di UiTM: The Issues and Challenges of Plus Tahfiz Students in Maintaining the Memorisation of The Quran in UiTM. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2), 27–36. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.435