Prestasi Kelas Pembelajaran Muallaf Dalam Talian: Pengaruh Efikasi Diri Dan Norma Subjektif

Online Mode of Teaching in Revert Studies: Student’s Self Efficacy and Performance

Authors

  • Mohd Afandi Mat Rani Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.442

Keywords:

Muallaf, Pembelajaran dalam talian, Pendidikan, Fardhu Ain, Selangor

Abstract

Dalam era digital revolusi masa kini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital dalam pelbagai lapisan usia dan peringkat. Pada hakikatnya, pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju yang dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para muallaf dalam pendidikan Fardhu Ain di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmanakah prestasi para pelajar yang mengikuti subjek Akidah dan Feqah secara atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat kajian daripada responden. Seramai 159 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar muallaf pelbagai etnik di daerah Klang Selangor. Set soal selidik telah diedarkan kepada responden sekitar umur 15 hingga 70 tahun dan ke atas. Pemilihan responden adalah berdasarkan ciri-ciri dan kriteria yang telah ditetapkan mengikut kehendak kajian. Hasil dapatan kajian di analisis menggunakan perisian SPSS versi 26 bagi mendapatkan data demografi responden dan pandangan responden peserta kelas pengajian saudara baru di Pusat Pendidikan Muallaf daerah Klang Selangor dengan menganalisis data berbentuk deskriptif. Hasil kajian ini mendapati secara keseluruhan penerimaan responden bagi subjek Akidah dan Fekah secara online ini adalah berada pada tahap yang baik. Para pelajar boleh menerima dan mengadaptasi kaedah pengajaran secara online walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam menghadapi bentuk pendidikan norma baru. Namun demikian, pelajar mengatakan pembelajaran secara bersemuka lebih baik berbanding secara online. Dalam hal ini disebabkan keterbatasan masalah Covid-19, kaedah online ini telah dipilih agar pembelajaran dan penyampaian ilmu kepada pelajar tetap berlangsung dan tidak ketinggalan. Pelajar, guru dan pihak pengurusan pendidikan muallaf  telah bersedia dengan pembelajaran secara online sejajar dengan arus pembangunan pendidikan era digital IR 4.0.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ashraf Ismail et. al. 2020. Cabaran Dan Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemic Covid-19, Bicara Dakwah Kali Ke 21: Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik

Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat. 2016. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar di Institut, Jurnal Penyelidikan IPGK BL Tahun 2016

Abdul Rashid Abdul Aziz et. al. 2020. Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri Bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Pandemik, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

Bond, T., dan Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model – Fundamental Measurement in the Human Sciences. London: Lawrence Erlbaum Associates Publisher.

Intan Nur Syuhada Hamzah. 2021. Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)

Mohd Fairuz Jafar et. al. 2020. Kesediaan Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19, Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan

Mohd Koharudin Bin Mohd Balwi. 2004. Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaan E-Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004

Muhammad Izzat bin Mailis et. al. 2020. Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19, Jurnal Kesidang Vol 5

Muhamad Alif Redzuan Abdullah & Sanimah Hussin. 2019. Sikap dan Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Jepun, Jurnal Linguistik, Vol 23

Munirah Salleh et. al. 2021. Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 3

Nur Hazirah Hairia’an dan Masayu Dzainudin. 2020. Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. 2019. Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-2, Proceeding of The International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Norfarahi Zulkifli et. al .2020. Isu dan Cabaran Penggunaan MOOC Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Journal of Research, Policy & Practice of Teachers Education, Vol No 10

Noormalina Adenan dan Yusmarwati Yusof (2019) Penggunaan Internet Dalam Kalangan Kolej Vokasional di Johor ke Arah Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, International Journal of Heritage, Art and Multimedia, Vol 2

Nur Aidawati Abdillah & Mazidah Musa. 2021. Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baru, International Journal of Modern Education

Nik Md Saiful Nik Abdullah. 2020. Norma Baharu: Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Pasca Covid-19, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia

Rahayu Ahamad Bahtiar et. al. 2020. Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan Dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, Institut Aminuddin Baki

Sekaran, U. 2009. Research Method for Business: A Skill Building Approach. 4th Edition, Wiley India, New Delhi

Siti Azura Abu Hassan et. al. 2021. Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) terhadap pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat, International Journal of Humanities Technology and Civilization, IJHTC Issue 10, Vol 2

Siti Nur Baizura Che Azizan & Norfaradila Mohamad Nasri. 2020. Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran Melalui Pendekatan Home Based Learning (HBL) Semasa Tempoh Pandemik, Journal of Malay Language, Education and Literature

Sarina Aini Tengku Kasim et. al. 2020. Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam Di Malaysia, International Journal of Education Psychology and counseling (IJEPC), Vol 5

Siti Hajar Halili et. al. 2011. Keberkesanan Proses Pembelajaran Menggunakan Teknologi Sidang Video, Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 55-65

Shah Rulbani Zakaria et. al. 2017. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam Politeknik Zon Selatan, TAMU Tinta Artikulasi Membina Ummah, Vol 3

Sylviano Bin Abu Bakar & Hasmadi Bin Hassan. 2019. Tahap Kepengetahuan Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Teknologi Mudah Alih Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, International Journal of Humanities Technology and Civilization

Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Normal. 2021. Kemahiran Teknologi Dan Kesediaan Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemic Dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil, Jurnal Dunia Pendidikan

Zakaria Bin Saad et. al. 2021. Kesediaan Penggunaan Google Meet Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Proceedings of Teacher Education Tuanku Bainun Campus Penang, Malaysia

Published

2022-01-31

How to Cite

Mat Rani, M. A. . (2022). Prestasi Kelas Pembelajaran Muallaf Dalam Talian: Pengaruh Efikasi Diri Dan Norma Subjektif: Online Mode of Teaching in Revert Studies: Student’s Self Efficacy and Performance. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2), 89–106. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.442

Most read articles by the same author(s)