Nilai-Nilai Keusahawanan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Kontemporari Terhadap Keinginan Membuka Perniagaan Selepas Tamat Pengajian

Authors

  • Noor Aznaim Abd Latib Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.408

Keywords:

Nilai-Nilai Keusahawanan, Keinginan Membuka Perniagaan

Abstract

Bidang keusahawanan di Malaysia sangat berkembang hasil daripada bantuan pelbagai pihak  dalam memberi ruang kepada usahawan untuk menyertai aspek keusahawanan ini. Jika dilihat peranan kerajaan amat penting dalam melahirkan usahawan yang berjaya yang mempunyai latar belakang pendidikan keusahawanan melalui bantuan sama ada dari segi kewangan dan khidmat nasihat kepada yang berminat menjadi usahawan. Selain pihak kerajaan, institusi pendidikan juga telah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan minat para pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. Namun begitu, bidang keusahawanan dilihat sebagai peluang terakhir kerana kurangnya kesedaran terhadap potensi kerjaya sebagai usahawan ini. Berdasarkan kepada permasalahan ini, satu kajian telah dijalankan bagi meninjau nilai-nilai keusahawanan yang mendorong keinginan pelajar  Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Cawangan  Shah Alam terhadap keinginan mereka membuka perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 326 orang pelajar  yang mengikuti kelas keusahawanan dijadikan sampel kajian yang dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian mendapati nilai-nilai keusahawanan dalam diri  telah membawa kepada peningkatan keyakinan pelajar untuk membuka perniagaan adalah pada tahap sederhana iaitu julat purata min antara 2.95 hingga 3.91. Pekali korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang signifikan, lemah dan sederhana positif (0.25 ≤ r ≤ 0.58) pada aras signifikan 0.01. Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada pelajar tahun akhir yang telah mengambil kursus keusahawanan bagi semester 2020/2021 di ACIS dan generalisasi perlu dibuat berdasarkan data yang terkumpul. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak pentadbir pendidikan melakukan inovasi dan transformasi terhadap kurikulum pendidikan keusahawanan terutamanya di peringkat IPT dengan lebih berkesan supaya dapat memupuk ciri-ciri keusahawanan pada tahap yang tinggi dalam diri pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Affzalina Mamat dan Nor Aisyah Buang (2017). Perbandingan Tahap Sikap, Pemikiran Dan Tingkah Laku Keusahawanan Dengan Tahap Perancangan Berniaga Mahasiswa Jurusan Sains. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no.1 (2017) page 86–99

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof (2004). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya : Prentice Hall.

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behaviour. Organisational Behavior and Human Decision Process, 50(2), 179 – 211.

Baharu Kemat Al-Haj & Mohammed Zain Yusof (2013). Sikap keusahawanan dan hasrat keusahawanan: Satu penilaian instrumen dalam mengkaji kecenderungan keusahawanan. Jurnal Personalia Pelajar, 15, 61-69.

Hariyaty Ab Wahid (2008). Tinjauan awal pemikiran keusahawanan di kalangan

pentadbir Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Krueger Jr, N. F., Reilly, M. D., & Carsrud, A. L. (2000). Competing models of entrepreneurial intentions. Journal of business venturing, 15(5-6), 411-432.

Kuratko, D. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. 6th ed. Mason, Ohio: South-Western, Thompson

Mohd Shahrir Abdullah (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan politektik dalam menceburi bidang keusahawanan. Universiti Tun Hussien

Sekaran, U. & Bougie, R. (2013). Research Method for Business: A Skill Building Approach. United Kingdom: John Wiley & Sons. Inc.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior Modification: Principles and Procedures. 2nd ed. Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.

Norasmah Othman & Salmah Ishak. (2011). Kecenderungan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Mengikut Persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa. Jurnal Teknologi 56 (Sains Sosial), Sept. 2011: 47–63. Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi

Published

2021-10-15

How to Cite

Noor Aznaim Abd Latib. (2021). Nilai-Nilai Keusahawanan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Kontemporari Terhadap Keinginan Membuka Perniagaan Selepas Tamat Pengajian. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 172–183. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.408