Pandangan Kanak-Kanak Dalam Kes Hadhanah Di Mahkamah Syariah Di Negeri Selangor

Children Views In Hadhanah Cases In Syariah Courts In The State Of Selangor

Authors

  • Shanizah Ngatiman Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
  • Nurhidayah Muhammad Hashim Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Rafeah Saidon Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.419

Keywords:

Pandangan kanak-kanak, Hadhanah, Mahkamah Syariah, UNCRC 1989

Abstract

Menurut Perkara 12 Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (United Nation Convention on the Rights of the Child) (UNCRC) 1989, kanak-kanak berhak bersuara dalam semua hak melibatkan mereka. Ini termasuklah hal ehwal perundangan dan urusan mahkamah. Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, contohnya Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumayyiz (kecerdikan) dianggap mempunyai hak menyatakan pandangan mereka di mana hakim Syarie boleh bertanyakan pendapat mereka dengan siapa mereka ingin tinggal dengan mengambil kira kebajikan anak tersebut. Bagaimanapun, undang-undang tersebut adalah umum dan tidak menyatakan bagaimana pendapat anak diperolehi, apakah bentuk soalan yang wajar ditanya, perlukan kanak-kanak ditemani oleh kaunselor kanak-kanak dalam prosiding mahkamah dan apakah aspek kestabilan emosi kanak-kanak perlu dipertimbangkan? Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji amalan bagaimana prinsip suara kanak-kanak dilaksanakan di Mahkamah Syariah dalam kes  pertikaian penjagaan anak. Kajian dilakukan terhadap data primer sebanyak 40 fail mahkamah yang diputuskan di antara tahun 2014 sehingga 2020 di Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Fail-fail mahkamah telah  dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah analisis kandungan dengan olahan induktif, deduktif dan komparatif. Terdapat pendekatan yang berbeza iaitu ada hakim memanggil kanak-kanak dan meraikan pandangan mereka dan  ada hakim yang memanggil namun tidak meraikan pandangan tersebut. Ada juga hakim yang tidak memanggil langsung anak untuk memberikan pandangan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa peruntukan umum ini tidak membantu para hakim di mana para hakim secara umum tidak menyentuh tentang kestabilan emosi kanak-kanak semasa soalan ditanya dan tiada kes menunjukkan kaunselor kanak-kanak terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pendedahan lebih meluas diberikan kepada para hakim Syarie yang mengendalikan kes melibatkan kanak-kanak berkenaan UNCRC melibatkan hak bersuara serta panduan bagi memastikan kebajikan emosi serta kaedah bertanya yang bersesuaian disediakan untuk membantu mahkamah supaya penghakiman yang dilakukan adalah lebih selari dengan kehendak konvensyen tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aoife Daly. (2018). Children, Autonomy and the Courts: Beyond the Right to be Heard. Human Rights Quarterly, 40(4), 1041–1045. https://doi.org/10.1353/hrq.2018.0055

Ann Quennerstedt, Carol Robinson & John I’Anson (2018) The UNCRC: The

Voice of Global Consensus on Children’s Rights?, Nordic Journal of Human Rights, 36:1, 38-54, DOI: 10.1080/18918131.2018.1453589

Christina Strandholdt Andersen & Anne-Stine Dolva (2015) Children's perspective on their right to participate in decision-making according to the United Nations Convention on the Rights of the Child article 12, Physical & Occupational Therapy In Pediatrics,35:3, 218-230, DOI: 10.3109/01942638.2014.918075

Deborah Harcourt & Solveig Hägglund (2013) Turning the UNCRC upside down:

a bottom-up perspective on children's rights, International Journal of Early Years Education, 21:4,286-299, DOI: 10.1080/09669760.2013.867167

Fernando, M. (2009). Conversations between judges and children : An argument in favour of judicial conferences in contested children’s matters. Australian Journal of Family Law, 23(1), 48–70.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Universiti Malaya.

Kaliaperumal, W. (2005). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Kasey McCall-Smith (2019) To incorporate the CRC or not – is this really the question?, The International Journal of Human Rights, 23:3, 425-441, DOI:10.1080/13642987.2018.15589

Laman web UNCRC (https://www.unicef.org/child-rights-convention)

Laman web UNICEF (https://www.unicef.org.uk/what-we-do/un-convention-child-rights/)

Nor’Asyikin Binti Hamzah. (2018). Kebajikan Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia : Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989.

Paul McCafferty (2017): Implementing Article 12 of the United Nations Convention on the Rights of the Child in Child Protection Decision-Making: a Critical Analysis of the Challenges and Opportunities for Social Work, Child Care in Practice, DOI:10.1080/13575279.2016.1264368

Quennerstedt, A., Robinson, C., & I’Anson, J. (2018). The UNCRC: The voice of global consensus on children’s rights? Nordic Journal of Human Rights, 36(1), 38–54. https://doi.org/10.1080/18918131.2018.1453589

Roslina Che Soh@Yusoff. (2021). Pandangan Kanak-Kanak dalam Penentuan Hak Jagaan Selepas Perceraian: Dari Perspektif Undang-undang Sivil dan Syariah di Malaysia. 239.

Published

2021-10-15

How to Cite

Shanizah Ngatiman, Nurhidayah Muhammad Hashim, & Rafeah Saidon. (2021). Pandangan Kanak-Kanak Dalam Kes Hadhanah Di Mahkamah Syariah Di Negeri Selangor: Children Views In Hadhanah Cases In Syariah Courts In The State Of Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 334–346. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.419