Mitigasi Di Mahkamah Syariah: Penghakiman Berasaskan Keadilan Restoratif Dan Rehabilitasi

Authors

  • Nur Zulfah Binti Md Abdul Salam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.407

Keywords:

Mitigasi, Hukuman, Restoratif, Rehabilitasi, Mahkamah Syariah

Abstract

Sistem keadilan jenayah Islam menggariskan dua bentuk hukuman iaitu hukuman retributif dan keadilan restoratif. Namun, keadilan restoratif tidak dilaksanakan di Malaysia. Mahkamah Syariah negeri dalam mengadili kes-kes jenayah syariah di Malaysia akan mengenakan hukuman retributif kepada pesalah berpandukan kadar dan bentuk hukuman yang telah dinyatakan dalam Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Pindaan 1965) atau Akta 355. Hukuman retributif yang dikenakan adalah hukuman denda, sebatan dan pemenjaraan. Kajian ini memfokuskan satu saranan terhadap perlaksanaan keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi dalam sistem penghakiman bagi kes jenayah syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual,teks penghakiman serta merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Hasil dapatan mendapati, tatacara jenayah syariah memperuntukan prosiding mitigasi memberikan peluang kepada pesalah untuk memohon peringanan hukuman sebaik disabitkan dengan kesalahan. Justeru, semasa pesalah membuat mitigasi, mahkamah boleh melihat kepada penyesalan dan rasa keinsafan yang diluahkan oleh pesalah. Penerimaan mitigasi juga berdasarkan kepada pengakuan salah, keinsafan dan kesedaran pesalah mengakui kesilapannya serta memahami akan kesan perbuatannya itu disisi hukum dan undang-undang. Maka, kajian berpendapat sekiranya pesalah ini telah mengakui kesilapannya dan dengan rela hati bertaubat dan memahami tuntutan agama, maka keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi (pemulihan) adalah lebih sesuai untuk dilaksanakan. Hukuman rehabilitasi membolehkan pesalah mengislahkan diri dan membentuk jiwa menjadi Muslim yang dituntut melalui rawatan pemulihan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa. Daripada teks penghakiman, penyesalan dan pengakuan salah merupakan elemen utama yang dituntut dalam mitigasi sebelum penghakiman dibacakan. Namun, setelah mahkamah mengetahui pesalah mengakui kesilapannya adalah tidak lagi wajar untuk mahkamah melihat kepada hukuman retributif iaitu denda, pemenjaraan dan sebatan sebaliknya mahkamah seharusnya memberi ruang kepada pesalah ini untuk dipulihkan melalui hukuman rehabilitasi. Mahkamah Syariah  juga didapati masih mempunyai ruang dan cara tertentu untuk beranjak dari bentuk hukuman retributif kepada keadilan restoratif dan hukuman rehabilitasi namun ianya perlu kepada prosedur dan justifikasi yang jelas.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adibah Bahori, Siti Zubaidah Ismail &Nik Khazarita. (2017). Keperluan Hukuman Alternatif Terhadap Penyelesaian Krisis Akhlak Di Malaysia; Analisis Pendekatan Undang-Undang Syariah. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, 1– 2 November 2017.

Al-Nawawī (1979). Riyād al-Sālihīn .Beirut: Al-Maktabah al-Islāmiyyah

Arifah Rahimah Ismail & Mohd al-Adib Samuri. (2014). Perintah Khidmat Masyarakat sebagai Hukuman Alternatif di Mahkamah Syariah di Malaysia. KANUN. Bangi. UKM.

Awang Armadajaya bin Awang Mahmud. (2013). Hukuman Alternatif: Satu Perbandingan di antara Mahkamah Sivil dan Syariah. Konvensyen Perundangan Syariah. Anjuran Bahagian Pendakwaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 6 Mac 2013.

Azizah Mat Rashid, Nor 'Adha Abdul Hamid & Norul Huda Bakar. (2015). Krisis Akhlak: Penguatkuasaan Undang-Undang Sebagai Benteng Menanganinya. E–Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. Jilid II, Isu I.

Centre For Justice & Reconciliation At Prison Fellowship International. (2005). Restorative Justice. Washington DC.

Chua Ming Zuan. (2010). The Appropriateness Between The Death Penalty And Murder Offence Under The Malaysian Penal Code. Malayan Law Journal 5: XCIV-CXIII.

Dusuki bin Haji Ahmad (2012). Kamus Pengetahuan Islam. (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Jasri Jamal, Hasnizam Hashim. 2016. Hukuman Alternatif Di Mahkamah Syariah: Keperluan Penambahbaikan Peruntukan Perundangan Syariah Negeri-negeri. Malaysian Journal Of Syariah And Law. Jilid 4. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Jasri Jamal. (2003).Konsep Hukuman Takzir di dalam Kanun Jenayah Syariah di Malaysia. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa. Bangi : UKM.

Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Jabatan Pendakwaan Jenayah Syariah Selangor (JPSS). Temubual 8 September 2020.

Mohammad Adib Bin Husain (2019). Keadilan Restoratif Dan Rehabilitasi Mengikut Ajaran Islam Dan Mahkamah Syariah. Konvensyen Kebangsaan Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan (Hukuman Alternatif) 2019. Shah Alam, Selangor.

Mohd Afizul Hakim Bin Ibakarim (2018), Hukuman Pemulihan Dan Pelaksanaannya dalam Perundangan Islam Di Negeri Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Fathi Yusof. (2014). Kesesuaian Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia. Bangi : UKM.

Nik Muhammad Zawawi Salleh. (2013). Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk, Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia-56 Tahun Merdeka: Halangan & Penyelesaian. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Noresah Baharom (2005). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Ramizah Wan Muhammad. (2018). Keadilan Restoratif Dan Retributif Dalam Syariah dan di Malaysia: Satu Sorotan. Journal of Contemporary Islamic Law, Jilid 3(1).

Salehuddin Bin Saidin (2019). Pengenalan Bahagian Ar-Riqab, Baitul Iman dan Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor. Konvensyen Kebangsaan Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan (Hukuman Alternatif) 2019. Shah Alam, Selangor.

Sharifuddin Mustapha, Hashim bin Mehat, Mohd Sirajuddin Mohamed Shith, Ahmad Zulkifli bin Mohamad & Ahmad bin Salleh. (2016). Faktor-Faktor Peringanan Hukuman Dalam Undang-Undang Islam Dan Undang-Undang Sivil. Journal of Techno Social. Penerbit UTHM: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sri Rahayu Haji Dollah & Khadijah Mohd Hambali @ Khambali. (2016). Konsep Taubat Menurut Islam Dan Kristian Dari Perspektif Perbandingan. Afkar.Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

United Nations. (2006).Handbook of Restorative Justice Programmes: Criminal Justice Handbook Series. New York: United Nations Office on Drugs & Crime.

Zulfikri Bin Yasoa. (2021). Peranan Peguam Syarie dalam Pembelaan Kes Jenayah Syariah. Industrial Talk Fakulti Syariah dan Undang-undang, KUIS [5 Februari 2021]. Bangi: Selangor.

Temubual

Temubual secara dalam talian bersama Dr. Azizah Binti Mat Rashid. Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Bangi, Selangor pada 5 Mei 2021. Jam 3 petang.

Temubual bersama Tuan Abu Bakar bin Daud. Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Jenayah Syariah Selangor. Shah Alam, Selangor pada 7 September 2020 jam 10pagi.

Senarai Kes

PS lwn. SNS (No.Kes: 10005-143-0058 Tahun 2019)

PS lwn. M (No. Kes: 10008-143-0083 Tahun 2016)

Published

2021-10-15

How to Cite

Nur Zulfah Binti Md Abdul Salam. (2021). Mitigasi Di Mahkamah Syariah: Penghakiman Berasaskan Keadilan Restoratif Dan Rehabilitasi. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 227–240. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.407