Perkahwinan Jarak Jauh Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia Menurut Perspektif Fiqh Dan Undang- Undang Keluarga Islam
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.393Keywords:
Perkahwinan, jarak jauh, fiqh, undang-undang keluarga IslamAbstract
Perkahwinan jarak jauh (PJJ) bermaksud satu corak hubungan yang bercirikan pertemuan yang jarang dilakukan antara suami dan isteri dan kebiasaannya pasangan itu tinggal di lokasi geografi yang berbeza dengan tempoh berjauhan antara satu sama lain. Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat merekodkan peningkatan struktur keluarga dalam perkahwinan jarak jauh yang semakin mendominasi model kekeluargaan konvensional, malahan kini hubungan jarak jauh merupakan suatu bentuk ikatan perhubungan yang semakin biasa dalam masyarakat. Amalan ini menjadi satu fenomena yang perlu diberi perhatian kerana kajian menunjukkan PJJ menyumbang kepada jumlah kes perceraian di Malaysia. Justeru objektif utama artikel ini adalah untuk melihat pandangan Islam mengenai amalan PJJ menurut ulama silam dan kontemporari dari sudut tempoh yang dibenarkan berjauhan dan sebab-sebab yang dibolehkan untuk berjauhan. Kajian juga akan menganalisa peruntukan undang-undang berkaitan PJJ yang terdapat dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Metod yang digunakan ialah secara kualitatif melibatkan kajian perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis secara analisis kandungan serta induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pandangan ulama silam dan kontemporari berkaitan PJJ yang sangat signifikan untuk dijadikan panduan. Menariknya, terdapat juga peruntukan undang-undang kekeluargaan Islam yang sedia ada untuk mengawal amalan PJJ khususnya dikalangan masyarakat Islam seperti dalam Akta 303 iaitu Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Bahagian V - Pembubaran Perkahwinan, Seksyen 52 iaitu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh, Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 serta lafaz taklik yang dibaca oleh suami selepas akad nikah bagi setiap negeri di Malaysia. Kajian mencadangkan beberapa prinsip yang perlu dijaga oleh suami dan isteri dalam menjalani PJJ bertujuan untuk mewujudkan PJJ yang sejahtera dan harmoni.
Downloads
References
Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyati al-Bakri.(1995). I’anah al-Tolibin fi Halli Alfaz Fath al- Mu’in. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah: Beirut
Abu Dawud, Abu Dawud Sulayman Bin al-Ash‘ath Bin Ishaq al-Azdi al-Sajastani. (2000). Sunan Abi Dawud dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, ed. Salih Bin ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh. Riyadh: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
Abu Ishaq Ibrahim Asy Syirazi. (t.t.). al-Muhazzab, Juz II. Beirut: Dar al-Fikri.
Al-Bazzar, Abu Bakr Ahmad. (1988). Musnad al-Bazzar. Beirut: al-Risalah al-'Alamiyyah.
Al-Mabarkafuri, Safi al-Rahman. (1994). Al-Rahiq al-Makhtum. Riyad: Maktabah Dar al-Salam.
Al-Nasai, Abu Abd Rahman Ahmad ibn Syuib ibn Ali al-Nasai Imam al-Hafiz. (t.t). Sunan Nasai. Beirut: Dar al- Ihya’.
Al-Tarmizi, Abu ‘Isa Muhammad ibn ‘Isa al-Tarmizi Imam (1975), al-Jami’ al Sahih Sunan Tarmizi. Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi. (2000). Sahih al Bukhari dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
Fatimah binti Ali. (2016). Nafkah Isteri Bekerja: Antara Hukum Dan Realiti. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016. 22 & 23 November 2016.
Ibn Hajar al-‘Asqalani. (1986). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.
Ibn Hisham. 1995. Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi
Ibnu Kathir, Abu al-Fida’ al-Hafiz, al-Imam (2002). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Bairut: al-Maktabah al-‘Asriyyah. Jilid 1-10.
Jamiah Manap. (2019). Hikmah Keluarga Komuter. Jurnal iSejahtera, Jun 2019, Jilid 2 (Isu 3). Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2008). Perkahwinan Semasa Belajar: Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan Pelajar Universiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 pada 22-23 Oktober 2008 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Institut Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kiger, G., & Riley, P.J. (2001). Working hard and hardly working: Domestic labor and marital satisfaction among dual earner couples. Journal of Marriage and Family. 63:514-526.
Lim Yek Chin, Norzaini Azman. (2017). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Guru Yang Berjauhan Dengan Keluarga: Kajian Kes Lawas. - Seminar Pendidikan Transdisiplin (Sted 2017). 266-273.
Lingren, H. G. (1998). A new view of ‘quality time.’ Enriching family relationships. Ohio State University Cooperative Extension. Dicapai pada 21 July 2000, dari http://www.ianr.unl.edu/ianr/fcs/efrdec98.htm
Merolla, A. J. (2012). Connecting here and there: A model of long‐distance relationship maintenance. Personal Relationships, 19(4), 775–795.
Mohamad Supian Taharim, Zaidi Korib, Rosli Suyot. (2020). Meneroka Kesejahteraan Emosi Dalam Kalangan Guru Hubungan Jarak Jauh Di Lembah Klang. Jurnal Psikologi dan Kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya
Muhammad Abdul Aziz al-Halawi. (1999). Fatwa Dan Ijtihad Umar Bin Khattab : Ensiklopedia Berbagai Persoalan Fiqih. Surabaya : Risalah Gusti.
Mustafa al-Khin , Dr., (et.al), (1992). Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e, jil. 3, cet. 2., Damsyik: Dar al-Qalam.
Naomi Gerstel PhD & Harriet Engel Gross PhD. (1982). Commuter Marriages. Marriage & Family Review, 5:2, 71-93. doi: 10.1300/j002v05n02_05.
Norsafatul Aznin A. Razak. (2015). Pengalaman kelangsungan hidup wanita dalam perkahwinan jarak jauh. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Portal Sinar Harian. (2019). Pasangan tinggal berjauhan kerana mencari nafkah diharuskan. Dicapai pada 1 April 2021, dari https://www.sinarharian.com.my/article/41062/LIFESTYLE/Femina/Pasangan- tinggal-berjauhan-kerana-mencari-nafkah-diharuskan
Sayyid Sabiq. (1365H). Fiqh al-Sunnah, Jil. 2, Jeddah: Maktabah al-Khadamat al-Hadithah.
Siaw, Yan Li. (2014). Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Sijil Nikah Negeri Selangor.
Tina B Tessina. (2008). The Commuter Marriage: Keep Your Relationship Close While You're Far Apart. Fort Collins, CO: Adams Media.
Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah (1987), al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah. Kuwait : Dar al-Salasil, 29/64
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Rafeah Saidon, Hidayatul Sakinah binti Mohd Zulkifli, Azhar Abd Aziz
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.