Perlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik COVID-19
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.351Keywords:
Perlindungan, Hak Isteri, Konflik Rumah Tangga, Pandemik COVID-19Abstract
This study focuses constructively on the polemics in the COVID-19 pandemic impact households that plague the world. China, for example, invites high divorce cases during the period of emergency orders in force. In Malaysia, during the movement control order (PKP), complaints of conflict or domestic violence to the Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) received a high response from wives. This indicates the existence of domestic conflict on a large scale. Thus, this study coincides to examine the causes and factors of domestic violence conflict. The second objective is to identify the rights of the wife in the household and third, to propose the standard procedure of a caring household to the State Islamic Religious Affairs Department. This study uses a qualitative methodology. Content analysis methods are used with materials that are largely sourced from libraries consisting of primary and secondary data. The main data is collected from the book of fiqh to explain the rights and responsibilities of the wife in the household. Secondary data based on published material, such as textbooks, journal articles, online databases and the Internet. For analysis, this study uses a combination of data analysis methods, namely descriptive, critical and comparative approaches. The findings show that there are elements of narcissism and gaslighting in the domestic crisis that have a harmonious impact on household institutions. Movement control orders also contribute as a strong factor in the conflict experienced by married couples. Therefore, a standard operating procedure mechanism for caring households needs to be established at the level of the State Islamic Religious Affairs Department to protect the rights of the wife and then develop a strong and strong character to avoid the shackles of negative marriage institutions.
Abstrak
Kajian ini memfokuskan secara konstruktif tentang polemik dalam rumah tangga impak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Negara China misalnya mengundang kes perceraian yang tinggi dalam tempoh perintah darurat yang dikuatkuasakan. Di Malaysia pula, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), aduan konflik atau keganasan rumah tangga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat respons yang tinggi daripada kalangan isteri. Hal ini menunjukkan wujud konflik rumah tangga pada skala yang besar. Maka, kajian ini bertepatan untuk mengkaji punca dan faktor konflik keganasan rumah tangga. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti hak isteri dalam rumah tangga dan ketiga, mencadangkan prosedur standard rumah tangga penyayang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan dengan bahan-bahan yang sebahagian besarnya bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan daripada kitab fiqah untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab isteri dalam rumah tangga. Data sekunder berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan wujud unsur narsisisme dan gaslighting dalam krisis rumah tangga yang memberikan kesan terhadap institusi rumah tangga yang harmonis. Perintah kawalan pergerakan turut menyumbang sebagai faktor yang kuat dalam konflik yang dialami pasangan suami isteri. Oleh itu, satu mekanisme prosedur operasi standard rumah tangga penyayang perlu diwujudkan pada peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi melindungi hak isteri seterusnya membangunkan karakter berjiwa kuat dan kental agar terhindar daripada belenggu institusi perkahwinan yang negatif.
Downloads
References
Al- Qur’an al-Karim.
Al-Ahmad Nukri. 2000. Abd al-Nabi bin Abd al-Rasul. Dustur al-Ulama’ au Jami’ al-Ulum fi
Istilahat al-Funun. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Azharuddin Sahil. 2010. Al-Qur’an Teks Asal dan Terjemahan (Ayat ke Ayat), Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.
Al-Imrani 2000. Abu Al-Hussein Yahya bin Abi al-Khair bin Salem. Pernyataan di Mazhab Imam al-Shafi'i, pengkaji: Qasim Muhammad al-Nuri. Jeddah: Dar al-Minhaj.
Fadillah Ismail. 2016. Faktor Keharmonian dan Keruntuhan Rumah Tangga, Prosiding Perkem Ke-11, (2016) 394 – 399 ISSN: 2231-962X.
Mariam Abd Majid, Sahlawati Abu Bakar, Mohamad Yusuf Marlon, Nursyafiqa Bokhari. 2018. Faktor Konflik Rumah tangga Dan Kaedah Mengatasi: Satu Pendekatan Tinjauan Literatur Sistematik, 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Muhammad Syafiq Mukhtar. 2020. Tiada Istilah Rogol dalam Perkahwinan. Utusan Melayu.
Al-Nawawi. Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Sharaf (wafat: 676 Hijrah). Al-Majmoo Sharh Al-Muhadhdhab, Beirut: Dar Al-Fikr. 18/258.
Norazlina Mohd Kiram, Raja Masittah Raja Ariffin & Jama’yah Zakaria. 2017. Gaya Pengurusan Konflik dan Kesannya Terhadap Institusi Kekeluargaan dalam Novel Saga, Akademika 87(2), Ogos 2017:77-87.
Nur Saadah Mohamad Aun, Nur Shuhada Mohd Mustaffarizan. 2018. Pengetahuan Mahasiswa Tentang Perundangan Dalam Keganasan Rumah Tangga. Jurnal Personalia Pelajar 21(1): 37-42.
Sayid Sabiq (wafat: 1420 Hijrah). Fiqh al-Sunnah. Beirut: Darul Kitab Arab. edisi ketiga, 1397 AH - 1977 CE, 2/179.
Al-Shafi’i, 1990. Abu Abdullah Muhammad bin Idris. Al-Umm, Beirut: Darul Makrifah.
Al-Sharbini. 1994. Muhammad bin Muhammad al-Khatib. Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyya. edisi pertama, 5/151.
Al-Shirazi. 2003. Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf (wafat: 476 H), al-Muhadhdhab fi fiqh al-Imam al-Shafi’i. Beirut: Dar al-Ma’rifah. 3/148
Wida Widiyanti, M. Solehuddin, Aas Saomah. 2017. Profil Perilaku Narsisisme Remaja Serta Implikasinya Bagi Bimbingan Dan Konseling, Indonesian Journal of Educational Counseling, Volume 1, No. 1, Januari 2017: Page 15-26, ISSN 2541-2779 (print) || ISSN 2541-2787 (online).
Siti Marziah Zakaria, Nor Ba’yah Abdul Kadir, Nasrudin Subhi & Khaidzir Ismail. 2018. Kepuasan Hidup Wanita Pertengahan Usia: Perbezaan Gender dan Status Perkahwinan, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 5 Bil 1 (2018).
Soalan No. : 68 Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Negara Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas
https://www.centre.my/post/mco-and-mental-health-living
https://www.nytimes.com/2020/04/06/world/coronavirus-domestic-violence.html
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/28911?language=my
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Sukriah Ismail, Nur Sarah Tajul Urus, Farida Isa Binawae, Ahmad Hussein Abdul Shakoor Siraji
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.