Status 'Akad Nikah Terhadap Sumbangan Pemilikan Harta Sepencarian Antara Pasangan Suami Isteri menurut Perspektif Syariah
Status of 'Akad Nikah Ownership of Jointly Acquired Property Between Married Couples According To Shariah Perspective
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.353Keywords:
Akad nikah, Harta sepencarian, keadilan agihanAbstract
'Akad nikah' is a 'syar'ie contract' which binds married relationships as a bond that stipulates some of the rights that their spouses must fulfill either physical and inner maintenance (nafkah) of wife. The ruling of this maintenance is obligatory to be adorned according to the rates and conditions set by syara'. However, the maintenance rate varies between an individual and another. It is based on the individual capabilities of the giver and the individual position of the recipient. Some maintenance rates are referring to the 'urf of a place. The obligatory nafkah given to the spouse is the absolute possession of the recipient without being withdrawn by the giver. While every gift other than a mandatory maintenance is included in the category (tabarru') or a donation that is permissible or required. This type of grant will specify the occurrence of transfer if the recipient has already received it in cash (qabadh). While jointly acquired property is essentially any property that is jointly owned by two or more parties, by sharing the capital for its ownership. If referred to a jointly acquired property issue that becomes an international polemic either in a civil court or a sharia court, it is again associated with the context of a married relationship that has been legally charged. Does a valid marriage academy become one from the reason of ownership or vice versa? Does the wife's work at home be calculated as the company's capital against the husband's work? Therefore, this paper will answer the question from the point of view whether the property exists typically, simply because of a valid marriage academy, or it must only be through the partnership of a spouse on a joint venture property. However, in some cases, there are also claims made by couples even on property that do not share together with equal capital or energy, only on the grounds as a married couple, or with arguments of helping spouses from a homework standpoint etc. It is hoped that this paper can resolve problems relating to cases of spousal rights claims for jointly acquired assets legally and in line with shariah. This study with a strong objective is to be given the right to the right and not to take non-rights. It is a predetermined justice of syara' which overcomes the customary rulings that are thought to be fairer. But the truth is that the rule of syara' overcomes all other stipulations.
Asbtrak
‘Akad nikah’ adalah ‘kontrak syar’ie’ yang mengikat hubungan suami isteri sebagai ikatan yang melazimkan beberapa hak yang mesti ditunaikan oleh pasangan masing-masing sama ada nafkah fizikal dan batin. Hukum nafkah ini adalah wajib dilunaskan mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’. Namun kadar nafkah adalah berbeza antara seseorang individu dengan yang individu lain. Ia adalah berdasarkan kemampuan individu pemberi dan kedudukan individu penerima. Sesetengah kadar nafkah adalah merujuk kepada ‘urf sesuatu tempat. Nafkah yang wajib diberikan kepada pasangan adalah menjadi milik mutlak penerimanya tanpa boleh ditarik balik oleh pemberi. Manakala setiap pemberian selain daripada nafkah yang wajib adalah termasuk dalam kategori (tabarru’) atau sumbangan yang diharus atau disunnatkan. Pemberian jenis ini akan melazimkan berlakunya pindah milik jika penerima sudah menerimanya secara serah tunai (qabadh). Manakala harta sepencarian pada dasarnya ialah mana-mana harta yang dimiliki secara bersama oleh dua pihak atau lebih, dengan berkongsi modal untuk pemilikannya. Jika dirujuk kepada isu harta sepencarian yang menjadi polemik antarabangsa sama ada di mahkamah sivil atau mahkamah syariah, ia sekali lagi dikaitkan dengan konteks hubungan suami isteri yang telah diakadnikah secara sah. Adakah akad nikah yang sah menjadi satu dari sebab pemilikan atau sebaliknya? Adakah kerja isteri di rumah boleh dikira sebagai modal syarikat terhadap kerja suami? Justeru, kertas ini akan menjawab persoalan dari sudut adakah harta sepencarian itu wujud secara lazim, semata-mata kerana akad nikah yang sah, atau ia mestilah hanya melalui perkongsian suami isteri pada sesuatu harta secara usaha bersama. Namun bagi sesetengah kes tuntutan harta sepencarian di mahkamah, ada juga tuntutan yang dilakukan oleh pasangan walau pada harta yang tidak berkongsi secara bersama sama modal atau tenaga, hanya atas alasan sebagai pasangan suami isteri, atau dengan hujah membantu pasangan dari sudut kerja-kerja rumah dan sebagainya. Diharapkan kertas ini dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan kes tuntutan hak pasangan bagi harta sepencarian secara undang-undang dan syariah. Kajian ini dengan objektif kukuh iaitu supaya diberi hak kepada yang berhak dan tidak mengambil hak yang bukan hak. Ia adalah suatu keadilan yang telah ditetapkan syara’ yang mengatasi hukum adat yang disangkakan lebih adil. Namun hakikatnya ketetapan undang syara’ itu mengatasi segala ketetapan selainnya.
Downloads
References
Al-Quran al-Karim.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail al-Ja’fi, A;-Jami’ Al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Inmu Kathir, Beirut, 1987=1407.
Muslim, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj Al-Qusyairi al-Naisaburi, Darul Jil dan Darul Afaq al-Jadidah, Arab Saudi.
Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa al-Sullami, daru Ihya al-Turath ah-‘Arabiy, Beirut. Tahkik Ahmad Muhammad Syakir.
Abu Daud, Sulaiman bin al-Ahs’as, Sunan Abi daud, Darul Kitab al-‘Arabiy, Beirut.
Ibnu Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwiniy, Sunan Ibnu Majah, tahkik Muhammad Fuad al-Baqi, Darul Fikr, Beirut.
AL-Sarakhsy, Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl, tahkik Khalil Muhyiddin al-Mis, darul Fikr, 1421M.
Ibnu Nujaim, Al-bahr al-Raik Syarh Kanz al-Daqaiq, Darul Ma’rifah, Beirut.
Al-Juzjaniy, Al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah,
Ibnu Abidin, Hasyiah Radd al-Mukhtar ‘Ala Radd Al-Mukhtar, Darul fikr, 14321H, Beirut.
Al-Syarbini, Muhammad bin Al-Khatib, Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifati alfaz al-Minhaj, Darul Fikr, Beirut.
Al- Syarbini, al-Khatib, al-Iqna’ Fi Hall Alfaz Abi Syuja’, cetakan Darul Fikr, 1415H, Beirut
Ibnu Taimiyah, Ahmad bin Abdul Halim al-Harraniy, Al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah, tahkik Ali bin Muhammad bin Abbas al-ba’li al-Dimashqi. Darul makrifah, Beirut. 1397H=1978.
Al-Uthaimin, Muhammad bin Soleh, Fatawa Nur ‘ala al-Darb, Muassasah al-Syeikh Muhammad bin Soleh bin Uthaimnin al-khairiyah, 1427H=2006M.
Uthaimin, al-Syarh al-Mumti’’ala Zaad al-Mustaqni’, Dar Ibnu al-Jauziy’, 1428H.
Al-Sabtiy, ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh al-Maliki, al-Maktabah al-‘Atiqah wa Dar al-Thurath.
Penafian
Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Akli Ahmad, Rohani Desa
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.