Sumbangan Simbolik Dalam Pembahagian Aset Harta Sepencarian di Malaysia:Satu Permintaan Pasxa Perceraian

Symbolic Contribution In The Distribution of Jointly Acquired Assets in Malaysia:A Post-Divorce Demand

Authors

  • Nur Sarah Tajul Urus UniSHAMS
  • Shahmi Awang UniSHAMS
  • Mohd Syahmil Samsudin UniSHAMS
  • Alias Azhar UniSHAMS

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.349

Keywords:

Sumbangan Simbolik, Perlindungan Harta, Aset Harta Sepencarian, Undang-Undang Keluarga Islam

Abstract

Islamic Family Law Act or Enactment of the States in Malaysia has recognised that such property may be demanded or claimed by the husband and wife during the normal marriage period or when the husband wishes to polygamy. Such property can also be claimed after the death of one of the spouses or the dissolution of marriage through divorce or one of the apostasy couples and the religion of other religions. The Strategic Plan to portray Malaysia's face in the Common Prosperity Vision was born after the end of the National Vision Policy 2020 and the Vision of TN50 championing the same laws to protect women's rights, so that these groups could plan their future finances even as a wife or wives of polygamous husbands (honey), wife who’s husband death (widow), widow, and single mother. Symbolic contribution to jointly acquired property claims is a form of property distribution given specifically for women and this practice is provided under Islamic family law in Malaysia. Symbolic contribution of this property can only be applied in the Syariah High Court during the period of marriage and upon divorce, polygamy or death. The first objective of this study is to identify the provisions of laws relating to jointly acquired property. The second objective is to analyze cases decided by the courts in relation to claims of jointly acquired property. The third objective is to propose a simple, fast and friendly standard operating procedure for jointly acquired property applications. The study used qualitative methodology. Content analysis methods are also applied where most of the library-sourced materials consist of primary and secondary data. The main data is collected from the book fiqh to explain how the fiqh method is applied. The provisions of the law in the Kedah State Islamic Family Law Enactment 2008 and other relevant statutes as well as related legal cases are also referred to. In addition, the method of observation and reference of the original case in court is also implemented. Secondary data is based on published materials, such as textbooks, journal articles, online databases and the Internet. For analysis, this study uses a combined method of data analysis, i.e. descriptive, critical and comparative approach. The judges' statements in each case are thoroughly examined and followed by rational justification. The results show that the harmonisation of fiqh law and legal adaptation on jointly acquired property is the best law to apply especially by islamic family law institutions. The goal of giving symbolic contributions to jointly acquired assets is to maintain the best interests for married couples according to the context of the ‘uruf in Malaysia. Therefore, the laws and guidelines in force are parallel and do not contradict the ruling of fiqh in Islam. It also guarantees that the couple will benefit from the distribution of property in marriage and after a divorce, polygamy or death. What the government has implemented is a necessity to protect the welfare of couples by introducing certain procedures to ensure justice for the husband and wife in the future in safeguarding the welfare and justice of the wife.

 Abstrak

Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia telah mengiktiraf bahawa harta sepencarian boleh diminta atau dituntut haknya oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan biasa atau ketika suami ingin berpoligami. Harta sepencarian juga boleh dituntut selepas berlakunya kematian salah satu pasangan atau pembubaran perkahwinan melalui perceraian atau salah satu pasangan murtad dan menganut agama lain. Pelan Strategik bagi mempotretkan wajah Malaysia dalam Wawasan Kemakmuran Bersama dilahirkan selepas berakhirnya Dasar Wawasan Negara 2020 dan Visi TN50 memperjuangkan undang-undang yang sama demi melindungi hak wanita, agar golongan ini boleh merancang kewangan masa depan mereka walaupun sebagai seorang isteri atau madu, balu, janda, dan ibu tunggal. Sumbangan simbolik dalam tuntutan harta sepencarian merupakan satu bentuk pembahagian harta yang diberikan khusus untuk wanita dan amalan ini diiktraf oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sumbangan simbolik harta sepencarian ini hanya boleh dipohon di Mahkamah Tinggi Syariah ketika dalam tempoh perkahwinan dan apabila berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan harta sepencarian. Objektif kedua adalah untuk menganalisis kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah berkaitan tuntutan harta sepencarian. Objektif ketiga pula adalah untuk mencadangkan satu prosedur operasi standard yang mudah, cepat dan mesra bagi  permohonan harta sepencarian. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan turut digunakan di mana  sebahagian besar bahan-bahan bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan dari kitab fiqah untuk menjelaskan bagaimana kaedah fiqah diterapkan. Peruntukan undang-undang dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kedah 2008 dan lain-lain statut berkaitan serta kes undang-undang yang berkaitan turut dirujuk. Selain itu, kaedah pemerhatian dan rujukan kes asal di mahkamah juga dilaksanakan. Data sekunder pula adalah berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Pernyataan hakim dalam setiap kes diperiksa dengan teliti dan diikuti dengan justifikasi yang rasional. Hasil kajian menunjukkan bahawa harmonisasi hukum fiqah dan adaptasi undang-undang pada harta sepencarian adalah undang-undang terbaik untuk diguna pakai terutama oleh institusi undang-undang keluarga Islam. Matlamat pemberian sumbangan simbolik harta sepencarian adalah untuk mengekalkan kepentingan terbaik bagi pasangan suami isteri mengikut konteks uruf di Malaysia. Oleh itu, undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa adalah selari dan tidak bertentangan dengan hukum fiqah dalam Islam. Ia juga menjamin bahawa pasangan itu akan mendapat manfaat pembahagian harta dalam perkahwinan dan selepas berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu keperluan untuk melindungi kebajikan pasangan dengan memperkenalkan prosedur tertentu bagi memastikan keadilan bagi suami dan isteri pada masa hadapan dalam menjaga kemaslahatan dan keadilan pihak isteri.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Walid Bin Abu Hassan (2019), Harta Sepencarian: Klasifikasi, Prosedur Dan Pelaksanaan Di Mahkamah Syariah Di Malaysia. Retrieved August 15, 2020, from www.ikim.gov.my › wp-content › uploads › 2019/09

Mohd Anuar Ramli, Mohd Nouhusairi Mat Hussin & Muhammad Aizat Jamaludin (2012), Elemen Sumbangan Dalam Pembahagian Harta Sepencarian : Pengalaman Kaum Wanita Mekayu di Malaysia, Essteem Academic Journal , Volume 8 Issue 2 77-92, Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & UPENA. Retrieved September 1, 2020, from http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25045/V8N2A7F.pdf

Muhammad Liqman bin Ahmad Pauzi (2018), Sumbangan Tak Langsung Dalam Pembahagian Harta Sepencarian : Satu Kajian Di Selangor, Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Retrived https://www.academia.edu/36637072/SUMBANGAN_TAK_LANGSUNG_DALAM_PEMBAHAGIAN_HARTA_SEPENCARIAN_SATU_KAJIAN_DI_SELANGOR

Norazlina Abdul Aziz, Irini Ibrahim & Mohd Norhusairi Mat Hussin (2019 ), Harta Sepencarian/Aset Perkahwinan Bagi Pembubaran Perkahwinan Di Bawah Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 Serta Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Journal of Shariah Law Research, Vol 4 No 1. Retrieved August 29,2020, from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/17588

Sayed Sabiq, Fiqh al Sunnah, jilid 3, Dar al Fikr, Beirut, 1981.

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/tn50-bawa-agenda-wanita 1.485159#ixzz58Y70Oli3 © Utusan Melayu (M) Bhd.

Ahmad Ibrahim, 1968. The Muslims in Malaysia and Singapore: The Law of Matrimonial Property, J.N.D. Anderson (ed.) Family Law in Asia and Africa. London: George Allen and Unwin Limited, hlm. 182.

Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM, hlm. 337.

Amin Al-Jarumi. 2016. Kaedah-Kaedah Fiqah Yang Utama. Kulliyyah Syariah dan Undang- Undang, Kolej Universiti INSANIAH. Kedah, hlm. 98-119.

Azlina Abd Latiff. 2004. Harta Sepencarian: Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 67.

Hammad Mohamad Dahalan. 2014. Pengurusan: Peranan, Pelaksanaan dan Keberkesanannya oleh Pegawai. International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014), hlm. 563.

Miszairi Sitiris & Akmal Hidayah Halim. 2010. Tuntutan Harta Sepencarian Selepas Kematian. 22 Kanun (1), hlm. 34.

Mohd Anuar Ramli, Mohd Norhusairi Mat Hussin & Mohd Hafiz Jamaludin. 2012. Elemen Sumbangan Dalam Pembahagian Harta Sepencarian: Pengalaman Kaum Wanita Melayu di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Teknologi MARA. Hlm. 81.

Norliah Ibrahim. 2007. Masalah Tuntutan Harta Sepencarian, dalam Najibah Mohd Zin et al, Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia: Undang-undang Keluarga Islam, Jilid 14, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 216-220.

Nur Shafiqqah Mudaran & Zuliza Mohd Kusrin. Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah Sabah, dalam Isu Syariah dan Undang-undang Siri 22 @ Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

P.M. Bromley & N. V. Lowe, 1992. Bromley’s Family Law. London: Edisi ke-8. Butterworth & Co. Ltd., hlm. 105.

Siti Noraini Haji Mohd Ali & Zulkifli Hasan t.th. Pelaksanaan dan Keberkesanannya di Mahkamah Syariah Selangor. Hlm. 11

Suwaid Tapah. 2001. Wanita dan Hak Pembahagian Harta Sepencarian: Satu Perbincangan Wanita dan Perundangan Islam, suntingan Raihanah Abdullah. Petaling Jaya, Ilmiah Publishers Sdn. Bhd.

Zaini Yusnita Mat Jusoh. 2016. Isu-Isu Terhadap Tuntutan Harta Sepencarian Di Bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003). International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah (IRSYAD 2016), hlm. 123-131.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-negeri.

SENARAI TEMU BUAL

Syeikh Amiruddin Putera bin Zainol Abidin (Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah) dalam temu bual beliau bersama penulis pada 17 September 2020, jam 9.00 pagi.

Syeikh Muhammad Faizal bin Mohd Mahayadin (Pendaftar, Mahkamah Tinggi Syariah Negei Kedah) dalam temu bual beliau bersama penulis pada 17 September 2020, jam 11.00 pagi.

KES-KES

Aimee Nadia Abdullah @ Jeslin Binti Beliku lwn Jumain Bin Sainoh (12100-017-0517-2013).

Bunga Bt Ibrahim lwn Ila@ Zila bt Abdullah & lain-lain (1999), 9 JH 198.

Chong Yaw Kiong @ Muhammad Asif Chong Abdullah lwn Affidah Binti Sarudin (12100-017-0186-2014).

Habsah Bt Saad lwn Surianata Baharom & Shaari Samad (2004) XVI 83.

Haji Saudah Lwn Hanafi, (1990), 8 JH 66.

Hajjah Lijah binti Jamal lwn Fatimah bt Mat Diah [1950] MLJ 63.

Ibrahim bin Ag. Ali lwn Maisarah Maidol Abdullah @ Mascila Maidol (12100-017-02902014).

Kamsinah Binti Malik lwn Kadir Bin Gani (12100-017-0085-2013).

Malizah Binti Oldy lwn Matyasin Bin Jamil (12100-017-0581-2013).

Mohd Khamal Bin Sahak lwn Julia Adlin Binti Musa (12100-017-0173-2013).

Nikmah Binti Abdullah lwn Ridwan Bin Tenriranran (12100-017-0414-2013).

Roberts @ Kamarulzaman lwn Ummi Kalthom [1981] 2 JH 82.

Saudah Binti Ali Baki lwn Junit Bin Yusup (12100-0170315-2015).

Siti Jurinah Asmat lwn Musmulyady Matlin (12100-0170096-2015).

Suhaini Binti Abdul Hamid lwn Chee Rodzmi Ismail (12100-017-0009-2014).

Suzane Binti Adzmin @ Amin lwn Ayatullah Bin Yampalera (12100-017-0133-2015

Yang Chik lwn Abdul Jamal [1985] 6 JH 146.

Zaharin Bin Naamat lwn Nurhanisah Binti Abdullah @ Sumini (12100-017-0461-2011).

Penafian

Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.

Published

2021-04-30

How to Cite

Tajul Urus, N. S., Awang, S., Samsudin, M. S., & Azhar, A. (2021). Sumbangan Simbolik Dalam Pembahagian Aset Harta Sepencarian di Malaysia:Satu Permintaan Pasxa Perceraian: Symbolic Contribution In The Distribution of Jointly Acquired Assets in Malaysia:A Post-Divorce Demand. Journal of Fatwa Management and Research, 24(2), 1–39. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol24no2.349

Issue

Section

Seminar Papers