Komitmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pbmalns) Ketika Era Covid 19 Di Negeri Sembilan

Authors

  • Anwar Muttaqin Anwar bin Muttaqin

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol25no1.330

Keywords:

Covid 19, Perbadanan Baitulmal, Pembayar Zakat, Asnaf, Ekonomi

Abstract

Pandemik Covid-19 merupakan wabak berjangkit yang menggemparkan dunia pada tahun 2020. Kesannya begitu besar dan jelas meragut nyawa, melembabkan ekonomi dan mengakibatkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat dunia. Malaysia juga turut terjejas sehinggakan pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 secara berperingkat di seluruh negara. Terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini yang bertitik tolak daripada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Majlis Agama Islam Negeri memainkan peranan yang tepat dalam dakwah dan seruan kepentingan berzakat sehingga mampu menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Seterusnya, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula menyatakan bahawa MAINS sentiasa peka dan prihatin mengenai situasi wabak bermula daripada hari pertama pelaksanaan PKP khususnya kepada golongan asnaf dan masyarakat yang terjejas akibat penularan wabak Covid 19. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti peranan zakat di Negeri Sembilan dalam usaha mendepani Covid 19 ketika PKP diisytiharkan serta menyenaraikan peranan agihan MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMalNS) melalui sumber agihan zakat tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan yang merujuk kepada data dan dokumen rasmi jabatan, laporan akhbar, buku-buku dan penerbitan artikel yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini, dapat dinyatakan bahawa MAINS melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan telah menggerakkan bantuan khas yang dikenali sebagai Inisiatif Covid-19 berjumlah RM4.3 juta. Sejajar dengan itu, sumber peruntukan khas ini diperoleh daripada hasil kutipan zakat yang dibayar oleh semua pembayar zakat di Negeri Sembilan. Justeru, penyaluran harta pembayar zakat kepada golongan asnaf ini mampu meringankan beban mereka untuk membeli keperluan asas dan menambahkan sumber pendapatan isi rumah golongan tertentu sekaligus menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anwar Muttaqin. 2018. Pembangunan Islam di Negeri Sembilan. Ucaptama Kolokium Siswazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam (KOSPATI 2.0), Pusat Penyelidkan Ukm Langkawi, 24 Februari.

Anwar Muttaqin. 2020. Pengurusan dan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam menerajui sosioekonomi ummah di Negeri Sembilan. Tesis PHD, Universiti Kebangsaan Malaysia.

BAIT-NS 100-24/5 Fail Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan)

Calvin Cheng. 2020. COVID-19 in Malaysia: Economic Impacts & Fiscal Responses. Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia Issue 1-20.

Chitra Rathore. 2020. The Covid-19 Lockdown: Testimony Of Some Brighter Perspectives. International Journal of Advanced Research (IJAR) 6 (08): 784-791

Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 (Undang-Undang Negeri Sembilan Enakmen A22)

Mohamed Husein. 2020. MAINS sediakan peruntukan khas Covid-19 [28 Mac 2020].

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pembayar Zakat Hero Asnaf. Harian Metro [13 April 2020].

Published

2021-07-14

How to Cite

Muttaqin, A. (2021). Komitmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pbmalns) Ketika Era Covid 19 Di Negeri Sembilan. Journal of Fatwa Management and Research, 25(1), 34–48. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol25no1.330

Issue

Section

Articles