Pemerkasaan Institusi Zakat Dalam Menangani Keperluan Individu Muflis di Bawah Asnaf Al-Gharimin di Brunei Darussalam

Empowering Zakat Institutions In Handling Individual Needs Of Muflis Under Asnaf Al-Gharimin In Brunei Darussalam

Authors

  • Azme Matali UNISSA, Brunei
  • Azman Ab Rahman iFFAH, USIM

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.292

Keywords:

Muflis, al-Gharimin, Brunei Darussalam.

Abstract

The cause of an individual being declared bankrupt is among the main criteria in determining one’s eligibility to receive zakat under asnaf al-Gharimin. Therefore, not all individuals who have the status of bankruptcy are entitled to zakat as it depends on the leading cause or the cause for debt. The burden borne not only has a negative impact on him, but also the family members. This article aims to examine and identify the three key aspects of addressing individual bankruptcy needs under asnaf al-Gharimin. Firstly, the role and governance of zakat implementers. Secondly, the debt factor and statistics of the zakat and thirdly, application — the action of the Brunei Islamic Religious Council (MUIB) in addressing individual bankruptcy needs. The methodology of this study is qualitative; it uses library research, documentation and interview methods to obtain secondary and primary data related to the objectives of the study. The findings of the study observe that individuals who get bankrupt are given the necessary assistance in settling their debts through zakat money by referring to the guideline and according to the criteria set. This study is expected to provide a positive impact, especially in the more systematic and relevant management in Brunei Darussalam. This study can also be used as an additional reference by authorized parties in Brunei Darussalam, in particular the bodies involved in the collection and distribution of zakat as a whole.

Abstrak

Punca seseorang itu diisytiharkan muflis menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kelayakannya untuk menerima zakat di bawah asnaf al-Gharimin. Oleh itu, tidak semua individu yang berstatus muflis layak menerima zakat kerana kelayakan menerimanya bergantung kepada sebab atau punca hutang. Beban yang ditanggung bukan sahaja memberi impak negatif kepada dirinya, malah ahli keluarga juga turut merasa beban yang sama. Artikel ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti tiga aspek utama dalam menangani keperluan individu muflis di bawah asnaf al-Gharimin. Pertama, peranan dan urus tadbir pelaksana zakat. Kedua, faktor berhutang dan statistik permohonan zakat dan ketiga, tindakan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam menangani keperluan individu muflis. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan, dokumentasi dan temubual bagi mendapatkan data sekunder dan primer berkaitan objektif kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa individu muflis mendapat bantuan sewajarnya dalam menyelesaikan hutang mereka melalui wang zakat dengan merujuk garis panduan dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Kajian ini diharapkan boleh memberikan impak yang positif khususnya dalam pengurusan yang lebih sistematik dan relevan di Brunei Darussalam. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan tambahan oleh pihak-pihak berautoriti di Brunei Darussalam khususnya badan-badan yang terlibat dengan kutipan dan agihan zakat secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-10-21

How to Cite

Matali, A., & Ab Rahman, A. (2019). Pemerkasaan Institusi Zakat Dalam Menangani Keperluan Individu Muflis di Bawah Asnaf Al-Gharimin di Brunei Darussalam: Empowering Zakat Institutions In Handling Individual Needs Of Muflis Under Asnaf Al-Gharimin In Brunei Darussalam. Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 413–445. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.292

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>