Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol6no1.80Abstract
Conversion to Islam among the new converts in Malaysia increasing every year. This positive development should be given proper attention, especially in terms of welfare, social support and increase their understanding of Islam, with the intention that they have not turn them back to their religion of origin. Zakat institution is one of the institutions responsible for the management of monetary aid and other aid schemes to the new converts. Giving zakat fund aid schemes to convert is one of the social security to encourage and support them to continue to adhere to the religion of Islam. The purpose of this article is to identify the zakat aid schemes provided by every state in Malaysia. In addition, this article analyzes the types of aid schemes provided by each state in Malaysia to propose additional aid scheme which should be implemented by certain states. The findings suggested that a number of improvements to the scheme of aid recipients of zakat to be considered by the Religious Council in every state in Malaysia to be implemented to ensure the survival of converts. Hopefully this article can be a guide to the management of zakat especially Religious Council in every state in Malaysia to administer and manage the zakat management system by systematic and efficient.
Keywords: Converts, Zakat Scheme, Zakat Distribution in Malaysia, Social Security, Zakat Management System.
Abstrak
Pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Perkembangan positif ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dari sudut kebajikan, sokongan sosial dan peningkatan kefahaman mereka terhadap agama Islam agar mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Institusi zakat merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bantuan berbentuk kewangan dan skim bantuan lain kepada golongan yang baru memeluk Islam atau mualaf. Pemberian skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti skim-skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia. Artikel ini turut menganalisis jenis skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia dengan mengemukakan cadangan skim bantuan tambahan yang wajar dilaksanakan oleh negeri-negeri tertentu. Hasil kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf supaya dapat dipertimbang oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia untuk dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup asnaf mualaf. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.
Kata kunci: Asnaf Mualaf, Skim Bantuan Zakat, Agihan Zakat di Malaysia, Analisis Bantuan Zakat dan Sistem Pengurusan Zakat.
Downloads
References
Al-Quran
Ibn Manzur, Muhammad bin Makran Ibn Manzur al-Afriqiyy al- Misriyy. (t.th). Lisan al- Arab, Beirut: Dar al-Bayrut.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Qal’ajiyy, Muhammad Rawas. (2010). Mu’jam Lughat al-Fuqaha’. Beirut: Dar al-Nafaes.
Buku Dasar agihan Skim Bantuan Zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Agihan Zakat, Laporan Tahunan 2012, Majlis Agama Islam Melaka.
Bahagian Zakat, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Manual Prosedur Pengurusan Agihan Zakat, Pusat Zakat Sabah. Garis Panduan Umum Agihan Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dalam ‘Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat’, 2007.
Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam brosur ‘Zakat Dijana, Asnaf Dibela.
Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam ‘Panduan Permohonan Bantuan Zakat’.
Bantuan Yang Disediakan. http://www.zakatkedah.com/?page_id=715 (diakses pada 9 Julai 2015)
Jenis Agihan. http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/ jenis-agihan (diaskses pada 9 Julai 2015)
MAIWP Salur RM1.5 Juta Wang Zakat Bantu Pesakit Hospital. http:// maiwp.gov.my/i/index.php/berita-maiwp/51-berita-arkib/333- maiwp-salur-rm1-5-juta-wang-zakat-bantu-pesakit-hospital (diakses pada 9 Julai 2015)
Jenis Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan- umum/ (diakses pada 9 Julai 2015)
Hospital Putrajaya Jadi Tuan Rumah Majlis Penyerahan Bantuan Hospital Tahun 2014. http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/ berita-maiwp/483-hospital-putrajaya-jadi-tuan-rumah-majlis- penyerahan-bantuan-hospital-tahun-2014 (diakses pada 9 Julai 2015)
Asnaf. https://www.tbs.org.my/www/?page=101 (diakses pada 9 Julai 2015)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.