Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia

Analysis of Ziswaf Fund Management by Dompet Dhuafa in the Socio-Economic Empowerment of Dhuafa in Indonesia

Authors

  • Marina Abu Bakari Calon PhD, UKM
  • Shofian Ahmad Prof. Madya, UKM
  • Ahmad Dahlan Salleh Pensyarah Kanan, UKM
  • Mohd Fairuz Md Salleh

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.277

Keywords:

Dompet Dhuafa, ZISWAF, Sosio-ekonomi dhuafa

Abstract

The Dompet Dhuafa Republika Foundation or better known as Dompet Dhuafa is a non-profit institution established to assist dhuafa through social and humanitarian activities in Indonesia. The Foundation manages ZISWAF funds (Zakat, Infaq, Sadaqah and Waqf) as well as other funds from individuals, groups, companies or institutions in Indonesia. Until now, the Dompet Dhuafa Foundation has been collecting and channeling ZISWAF funds for various   humanitarian   programs,   including   social   and   economic   programs   for   the development of dhuafa in almost all areas of Indonesia.  The success of Dompet Dhuafa's management and professionalism in transforming and expanding the benefits of zakat and waqf to help this asnaf have been recognized globally through the Ramon Magsaysay Award Foundation(RMAF) in 2016. The objective of this study was to analyze the management of ZISWAF fund by   Dompet   Dhuafa   for   socio-economic   empowerment   of  dhuafa  in   Indonesia.   This   is   a qualitative   study   using   case   study   design.  Data   were   collected   through   documents   and interviews   with   focus   groups.   Data   were   analyzed   using   content   analysis   method.   The findings show that the program organized by Dompet Dhuafa through ZISWAF funds can support the socio-economic empowerment of dhuafa in Indonesia. The results of this study are expected to assist the zakat and waqf fund management parties in managing the funds that are able to develop the social and economic aspects of dhuafa in the future.

Abstrak

Yayasan Dompet Dhuafa Republika atau lebih dikenali sebagai Dompet Dhuafa ialah institusi bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk membantu dhuafa melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kemanusiaan di Indonesia. Yayasan ini menguruskan dana ZISWAF (Zakat, Infaq, Sadaqah dan Wakaf) serta dana-dana lain daripada individu, kumpulan, syarikat atau institusi di Indonesia. Sehingga kini, Yayasan Dompet Dhuafa telah mengumpul dan menyalurkan dana ZISWAF untuk pelbagai program kemanusiaan, termasuklah program sosial dan ekonomi untuk pembangunan asnaf di hampir seluruh pelusuk Indonesia. Kejayaan pengurusan dan profesionalisme Dompet Dhuafa dalam mentransformasi dan memperluas manfaat zakat dan wakaf untuk membantu dhuafa ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penghargaan dari Ramon Magsaysay Award Foundation (RMAF) pada tahun 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pengurusan dana ZISWAF oleh Dompet Dhuafa dalam memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual bersama kumpulan berfokus. Data kemudiannya dianalisis menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa program yang dianjurkan oleh Dompet Dhuafa melalui dana ZISWAF dapat membantu memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak pengurus zakat dan wakaf dalam menguruskan dana yang mampu membangunkan aspek sosial dan ekonomi dhuafa di masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

al-Jarhi, M.A. Towards an Islamic Macro Model Distribution: A Comparative Approach. Journal of Research in Islamic Economics. jil ke-2. Pakistan: Institute of Policy Studies. 1985.

Laporan Tahunan Dompet Dhuafa 2017. Jakarta: Yayasan Dompet Dhuafa Republika. Mac 2019.

al-Maududi, Abu A’la. Economic Problem of Man and Its Solution. Lahore, Pakistan: Islamic Publications. 1975.

Mohd Harun, M.F & Abdullah, A.F. Kemiskinan Mengikut Teori Konvensional dan Perspektif Islam. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. 2007.

Rahman, A. Economic Doctrines of Islam, ed. ke-2, jil ke-1. Lahore, Pakistan: Islamic Publications. 1990.

al-Qaradhawi, Yusuf. Economic Security in Islamic. Render by Muhammad Iqbal Siddiqi. Lahore, Pakistan: Kazi Publications. 1991.

Temu bual bersama Adi Kurniawan, Ketua Komunikasi Dalaman dan Protokol Yayasan Dompet Dhuafa Republika bersama team ZISWAF di Bangunan Filantropi. Jl. Buncit Raya Ujung No. 18 Jakarta Selatan, jam 10.00 pagi, 20 Februari 2019.

Profil Indonesia. Dicapai 10 Julai 2019. https://ilmupengetahuanumum.com/profil-negara-indonesia/

Published

2019-09-30

How to Cite

Abu Bakari, M., Ahmad, S., Salleh, A. D., & Md Salleh, M. F. (2019). Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia: Analysis of Ziswaf Fund Management by Dompet Dhuafa in the Socio-Economic Empowerment of Dhuafa in Indonesia. Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 119–140. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.277

Most read articles by the same author(s)