Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.412Keywords:
Tilawah Surah al-Fatihah, Kesalahan Bacaan, Kesahan SolatAbstract
Sebagaimana yang diketahui, bacaan surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib ditunaikan. Sekiranya ia tidak dibaca, dari sudut pandang ilmu fekah, maka solat seseorang itu tidak sah dan tidak diterima di sisi syarak. Namun begitu, terdapat pelbagai prasangka yang wujud pula tentang kesahan sesuatu solat apabila kualiti bacaan surah al-Fatihah itu tidak menepati hukum tajwid seperti sebutan huruf dari sudut makhraj dan sifatnya, kadar harakat mad, waqaf bacaan pada tempat yang tidak sesuai dan sebagainya. Isu ini semakin menarik perhatian masyarakat apabila ramai yang sudah mula ada kesedaran untuk menilai kualiti bacaan imam solat berjemaah di masjid dan surau. Malahan, terdapat pelbagai institusi mahupun individu tertentu yang mula mengambil inisiatif dalam isu ini dengan menganjurkan kursus bacaan surah al-Fatihah dan sebagainya dengan menggunapakai objektif dan trademark: “Tak sah bacaan surah al-Fatihah, maka tak sah solat”. Menyedari hal ini, kertas kerja ini akan mengupas isu tersebut dari dua perspektif ilmu agama iaitu ilmu tajwid yang berkaitan dengan hukum bacaan serta ilmu fekah yang berkaitan dengan hukum kesahan solat. Kertas kerja ini yang bersifat kualitatif dengan menggunapakai metode perpustakaan akan menyentuh isu yang sering timbul di kalangan masyarakat mutakhir ini berkaitan tentang kesalahan bacaan surah al-Fatihah dan perkaitannya dengan penerimaan sah solat. Dapatan awal kajian ialah terdapat beberapa bentuk kesalahan bacaan dari sudut ilmu tajwid yang boleh membawa kepada ketidaksahan solat dari sudut ilmu fekah. Diharap agar dengan pendedahan kajian ilmiah ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas perkaitan antara kualiti bacaan surah al-Fatihah dengan syarat penerimaan solat.
Downloads
References
Buku
al-Arabiy, A.-Q. M. (2003). Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Barr, A. U. (2013). Al-Kafi Fi Fiqh Ahl al-Madinah. Beirut: Dar Ibn Hazm.
al-Bukhariy, M. b. (2001). Sahih al-Bukhariy. Beirut: Dar Tauq al-Najah.
al-Hawariy, A. A. (1996). Al-Masail al-Fiqhiyyah. Hadramaut: Markaz al-Mustafa Li al-Dirasat al-Islamiyyah.
al-Husainiy, A. B.-M. (2001). Kifayah al-Akhyar Fi Hal Ghayah al-Ikhtisar. Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.
Alias, N. b. (2016). Smart Tajwid Al-Quran. Selangor: Darul Syakir.
al-Jassas, A. b.-R. (1992). Ahkam al-Quran. Beirut: Dar Ihya' al-Kutub al-Arabiyyah.
al-Jazariy, M. b. (2001). Al-Tamhid Fi Ilm al-Tajwid. Beirut: Muassasah al-Risalah.
al-Mawardiy, A. a.-H. (2000). Al-Iqna' Fi al-Fiqh al-Shafi'iy. Iran: Dar Ihsan.
al-Naisaburiy, M. b.-H. (2006). Sahih Muslim. Beirut: Dar Taybah.
al-Shafi'iy, M. b. (2013). Al-Umm. Damascus: Dar al-Nawadir.
al-Suyutiy, A. a.-R. (2004). Al-Itqan Fi Ulum al-Quran. Dar al-Hadith: Cairo.
al-Syaukaniy, M. b. (2015). Nayl al-Autar. Cairo: Dar Ibn al-Qayyim.
al-Syiraziy, A. I. (2003). Al-Muhazzab Fi Fiqh al-Imam al-Shafi'iy. Beirut: Dar al-Ma'rifah.
al-Tirmidhiy, M. b. (1998). Al-Jami' al-Kabir Sunan al-Tirmidhiy. Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiy.
Bahram, I. b. (2002). Masail al-Imam Ahmad Wa Ishaq bin Rahawayh. Medina: Universiti Islam Antarabangsa Madinah.
Bassah, M. b. (2004). Al-'Amid Fi Ilm al-Tajwid. Alexandria: Dar al-Aqidah al-Islamiyyah.
Hassan, S. S. (2016). Perbahasan Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim Melalui Toriq al-Syatibiyyah. Selangor: Percetakan Salam.
Kathir, I. b. (1999). Tafsir al-Quran al-Azim. Riyadh: Dar Tayyibah.
Malik, M. b. (1994). Al-Mudawwanah al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Mustafa al-Khin, M. a.-B.-S. (2015). Al-Fiqh al-Manhaji Ala al-Mazhab al-Shafi'iy. Selangor: Darul Syakir.
Nasr, A. Q. (2000). Ghayah al-Murid Fi Ilm al-Tajwid. Jeddah: Maktabah Kunuz al-Ma'rifah.
Rushd, M. b. (2004). Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Hadith.
Syukri, A. K., & al-Qudhoh, A. M. (2013). Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Dar Ammar.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Dr. Norazman bin Alias, Dr. Zainora binti Daud, Dr. Anuar bin Hasin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.