Kesepadanan Fungsi Terjemahan Derivasi Ifta’ala Dalam Surah Al-Baqarah

Correspondence Of The Translation Functions Of Ifta’ala Derivation In Surah Al-Baqarah

Authors

  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mohd. Asyran Safwan Kamaruzaman Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mohd. Kamel Mat Salleh Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.436

Keywords:

Derivasi, Fungsi, Ifta’ala, Terjemahan

Abstract

Ramai dalam kalangan penterjemah menghadapi kesukaran untuk mencari padanan terjemahan derivasi kata kerja berimbuhan Arab yang paling tepat ke dalam bahasa Melayu. Ini disebabkan kegagalan untuk menentukan padanan terjemahan derivasi sesuatu kata kerja berimbuhan antara kedua-dua bahasa tersebut. Makalah ini memberikan tumpuan kepada padanan terjemahan derivasi kata kerja berimbuhan yang paling sejadi dalam surah al-Baqarah. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penterjemahan Arab-Melayu ini dapat dilakukan dengan baik terhadap kata akar yang dimasuki oleh imbuhan awalan alif pada hadapan sesuatu kata kerja dan imbuhan sisipan ta’ yang diletakkan selepas huruf pertama daripada kata akar. Sebanyak enam sampel yang ditemui dalam surah al-Baqarah dikaji menggunakan analisis kontrastif dan teori konteks. Berdasarkan enam fungsi imbuhan bagi kata kerja ifta’ala, hanya fungsi al-mubalaghah fi ma’na al-fi’l, al-musharakah, al-ijtihad, al-ittikhadh dan al-izhar sahaja didapati dalam keenam-enam sampel kajian tersebut, mewakili 83.3% daripada keseluruhan fungsi yang dinyatakan. Hanya fungsi kata imbuhan al-mutawa’ah yang mewakili 16.7%, tidak ditemui dalam mana-mana sampel kajian. Kesimpulannya, penterjemahan dilihat berjaya kerana dapat dilakukan dengan baik dan difahami, bersesuaian dengan konteks ayat. Justeru, tiada sebarang cadangan terjemahan dikemukakan. Hasil kajian boleh dijadikan sebagai input dalam membangunkan modul penterjemahan derivasi kata kerja berimbuhan ifta’ala Arab-Melayu dan mampu memberikan implikasi penting kepada golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan, iaitu para pelajar, guru serta peminat ilmu terjemahan.       

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abd al-Hamid, M. M. (2009). Durus al-Tasrif. Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyyah.

Abdullah, S., & Khalid, O. (2009). Tafsir Mubin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz, M. B. (2010). Ketepatan Padanan Terjemahan Puisi Arab dalam Kitab La Tahzan: Satu Analisis Bandingan. (Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Abdul Talib, A. A. (1996). Menguji Kemahiran Bahasa; Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Wahid, P. R. (2012). Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

al-Hamlawi, A. M. A. (2003). Shadha al-‘Arf fi ‘Ilm al-Sarf. Beirut: Dar al-Fikr.

Hasan, A. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Ibrahim, Z., Mat Yassim, A. R. & Shoniah, S. (2006). Kajian Bahasa dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ismail, M. R. (2003). Bahasa Arab Mikro; Binaan Kata dan Fungsi Makna. Kota Bharu: Arabic Language and Consultancy.

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Lubis, M. B., Jumingan, M. F., & Mohamad, K. (1998). Penerjemahan Arab Melayu Arab; Peraturan dan Dasar. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nida, E. A. (1964). Towards a Science of Translation. Leiden: Brill, E. J.

Newmark, P. (1981). Approaches to Translation. Oxford: Pergamon Press.

Qaddur, A. M. (1996). Mabadi’ al-Lisaniyyat. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’aṣir.

al- Rajihi, A. S. D. A. (2008). Al-Tatbiq al-Sarfi. Beirut: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah.

Sulaiman, M. H. (2011). Penguasaan Kemahiran Penterjemahan Perkataan Arab Berimbuhan di Kalangan Pelajar IPTA. (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya).

Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim. 2013. Selangor: Al-Hidayah House of Quran Sdn Bhd.

al-Zuhayli, W. (1998). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Shari’ah wa al-Manhaj. Damsyik: Dar al-Fikr.

Published

2022-01-31

How to Cite

Abdul Manaf, M. F. ., Kamaruzaman, M. A. S. ., & Mat Salleh, M. K. . (2022). Kesepadanan Fungsi Terjemahan Derivasi Ifta’ala Dalam Surah Al-Baqarah: Correspondence Of The Translation Functions Of Ifta’ala Derivation In Surah Al-Baqarah. Journal of Fatwa Management and Research, 27(2), 37–54. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no2.436

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.