Perspektif Kakitangan Hospital Terhadap Hukuman Hudud

Hospital Staff Perspectives on Hudud Punishment

Authors

  • Azarudin Awang UiTM

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol20no1.2

Keywords:

Perspektif, Kakitangan Hospital, Terengganu, Hukum, Hudud

Abstract

Hudud Law is a punishment prescribed by Allah s.w.t to be used as a guide to Muslim countries governments in prosecuting cases involving crimes. In 2015, the government of Kelantan proposed and approved for the implementation of this law and the same intention is also to be implemented by the government of Terengganu. This issue has raised various negative and positive perceptions among the Malaysian Muslim or non-Muslim. This study used purposive sampling to investigate the perception of civil servants, especially among hospital staff in Terengganu specifically in its implementation. This study distributed a total of 200 self-administered questionnaires to hospital staff Hulu Terengganu. The data analysis employed IBMSPSS 20 to obtain mean, percentage and frequency to elaborate the findings. The study found that most of the respondents viewed that Hudud should be implemented with the aim to prevent formidable criminals. Thus, this study also serves to reject the claim that the Hudud law is not relevant for implementation in the future

Abstrak

Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk digunakan sebagai panduan kepada para pemerintah di negara Islam dalam mengadili kes-kes yang melibatkan jenayah. Pada tahun 2015, kerajaan negeri Kelantan mengusulkan dan meluluskan untuk melaksanakan undang-undang ini dan hasrat yang serupa juga ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Perihal ini menimbulkan pelbagai persepsi negatif dan positif sama ada dalam kalangan masyarakat Muslim atau bukan Muslim di Malaysia. Kajian ini adalah bersifat kajian bertujuan (purposive sampling) dan objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji persepsi penjawat awam khususnya dalam kalangan kakitangan hospital di negeri Terengganu terhadap pelaksanaan hukuman hudud di negara ini. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dengan sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada kakitangan hospital Hulu Terengganu. Data-data diukur dengan IBMSPSS 20 dengan menggunakan min, peratus dan kekerapan bagi menerangkan hasil kajian. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden berpandangan hukuman hudud wajar dilaksanakan dengan tujuan menggerunkan penjenayah. Justeru, kajian ini juga berperanan bagi menjelaskan bagi menolak dakwaan bahawa hukum hudud tidak relevan dilaksanakan pada masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2020-03-30

How to Cite

Awang, A. (2020). Perspektif Kakitangan Hospital Terhadap Hukuman Hudud: Hospital Staff Perspectives on Hudud Punishment. Journal of Fatwa Management and Research, 20(1), 24–39. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol20no1.2

Issue

Section

Articles