Pembinaan Rangka Kerja Keluarga Sakinah Berbantukan Teknologi Ict: Kajian Tinjauan Masyarakat Di Selangor

The Development Of Sakinah Family Framework Based On Ict Technology: A Community Survey In Selangor

Authors

  • Hasri Harun Universiti Selangor (UNISEL)
  • Ahmad Tarmizi Zakaria Universiti Selangor (UNISEL)
  • Mohd Wazir Muslat Universiti Selangor (UNISEL)
  • Irny Suzila Ishak Universiti Selangor (UNISEL)
  • Saliyah Kahar Universiti Selangor (UNISEL)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.420

Keywords:

celik syariah, keluarga sakinah, persiapan berkeluarga, teknologi ICT

Abstract

Pembinaan keluarga bahagia menurut Islam dicirikan sebagai al-Sakinah yang berteraskan prinsip mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih sayang). Namun begitu, keruntuhan institusi keluarga banyak berleluasa berlaku pada masa kini akibat daripada kelemahan ilmu pasangan dan persiapan pasangan dalam menempuh alam perkahwinan. Sesuatu pasangan yang berkeluarga memerlukan pelbagai ilmu serta sistem sokongan yang mencukupi untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman pasangan Muslim berkenaan persediaan dan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas perkahwinan serta mengenalpasti keperluan teknologi ICT bagi membantu penerapan ilmu pasangan muslim membentuk keluarga sakinah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan melibatkan 404 responden muslim dari Selangor. Data yang telah didapati dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social Science). Hasil kajian ini mendapati tahap kefahaman persiapan pasangan muslim di Selangor agak baik dan penerapan ilmu berkaitan perkahwinan melalui teknologi ICT amat mendapat sokongan pasangan Muslim Selangor bagi membantu pasangan muslim memahami ilmu bagi melahirkan keluarga sakinah dan menjadikan mereka masyarakat Selangor yang celik syariah. Hasil analisis daripada kajian ini digunakan untuk membangunkan rangka kerja pembentukan keluarga sakinah berbantukan ICT sebagai garis panduan bagi pembangunan aplikasi mudah alih ICT Keluarga Sakinah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

al-Attas (1995), Haqiqat al-Sa‘adah wa Ma‘naha fi al-Islam: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) hlm 19

Al-Ghazali (1992) Menyingkap Hakikat Perkahwinan. Terj. Muhammad al-Baqir. Cetakankeempat. Bandung: Penerbit Karisma.

Al-Ghazali (2007) Kimiya-e Saadat the Alchemy of Happiness. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, hlm. 36

Al-Zuhayli, W. (2000) Al-Usrah al-Muslimah fi al-Alam al-Mu’asirah. Damsyik: Dar al-Fikr

Alyasak Berhan & Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2016) Pengetahuan Masyarakat Islam terhadap Perceraian Luar Mahkamah di Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Syariah and Law. USIM

Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin (2017) Perceraian rumah tangga di Negeri Selangor Darul Ehsan dan pendekatan menanganinya. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (rmc.kuis.edu.my/jpi)

Nabila Huda Zaim & Norsalehah Mohd Salleh (2019) Kesejahteraan Keluarga di Malaysia:Suatu Sorotan Awal Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi

Nurzahidah Jaafar & Raihanah Abdullah (2011) Model Keluarga Bahagia. Jurnal Fiqh, No. 8 hlm. 25-44 Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Noor Syaibah Shabuddin, Norazilah Johari, Norhasima Abdullah & Syazwana Aziz (2016) Perceraian Dalam Kalangan Pasangan Dewasa pertengahan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAIDHL): Eksplorasi Faktor, Jurnal Sains Sosial Malaysian, Journal of Social Science. Kuala Lumpur

Ratna Roshida Abd. Razak (2007) Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun, Jurnal Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Zulkiple Abd. Ghani (2001) Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Published

2021-10-15

How to Cite

Hasri Harun, Ahmad Tarmizi Zakaria, Mohd Wazir Muslat, Irny Suzila Ishak, & Saliyah Kahar. (2021). Pembinaan Rangka Kerja Keluarga Sakinah Berbantukan Teknologi Ict: Kajian Tinjauan Masyarakat Di Selangor: The Development Of Sakinah Family Framework Based On Ict Technology: A Community Survey In Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 347–359. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.420