Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial
Maqasid Syariah As Means Of Spiritual Control In Social Media Usage
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.418Keywords:
Maqasid Syariah, media sosial, pengawalan rohaniAbstract
Globalisasi hari ini membawa manusia hidup dalam kerangka revolusi komunikasi dan teknologi yang kompleks. Tumpuan dan keterujaan manusia terhadap teknologi komunikasi khususnya media sosial seringkali menyerlahkan aspek kekurangan sehingga hampir mengaburkan sisi positifnya. Berbagai-bagai undang-undang dan pendekatan telah dikuatkuasakan bagi mengekang fenomena berkait penyalahgunaan media sosial sama ada di peringkat nasional atau global. Dalam konteks ini Islam melalui maqasid syariah dan tetapan 5 prinsipnya sudah tersedia untuk menjadi satu sistem kawalan rohani yang efektif dalam menangani permasalahan digitalisasi ini. Maqasid syariah perlu digunakan sebagai panduan menguruskan ruangan media sosial. Kajian ini akan menumpukan kepada keperluan maqasid syariah dalam penggunaan media sosial bagi menjamin pemeliharaan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Seterusnya kajian ini juga akan meneliti isu-isu dan fenomena penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat berfokuskan tiga media sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan YouTube serta impaknya dari perspektif maqasid syariah. Maqasid syariah amat wajar dijadikan strategi pengawalan rohani yang ampuh kepada semua pengguna teknologi media sosial demi memperoleh sebanyak mungkin kemaslahatan dan menangkis sebarang kerosakan, membezakan yang halal daripada yang haram serta melindungi masyarakat daripada kesesatan dan penyelewengan. Maqasid syariah juga berupaya membentuk deria rohani yang strategis dalam jiwa seorang pengguna media sosial. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan kefahaman dan amalan Islam pada era ledakan siber di samping menjadikan media sosial diurus dan digunakan berlandaskan tuntutan Syariah Islamiyyah.
Downloads
References
Aiman Jibrin Juwaylis (2014). Al-Dhawabit Al-Syari’yyah Li Istikhdam Wasail Al-Tawasul Al-Hadithah. Kertas kajian dibentangkan dalam Muktamar Wasail Al-Tawasul Al-Hadithah Wa Atharuha ‘Ala Al-Mujtama’ bertarikh 24 April 2014. Jami’ah Al-Najah Al-Wataniah, Nablus, Palestin.
Ahmad Sauffiyan Hasan (2019). Pendemokrasian Media Dan Cabaran Keselamatan Dalam Era Digital. Malaysia Journal of Communication, Jilid 35(1) 2019: muka surat 237-251.
Aḥmad al-Raisūni (2016). Kebebasan dan Pembebasan terjemahan Mohd Khairul Anwar Ismail. Terbitan Institut Darul Ehsan, Selangor.
Asmadi Mohd Naim (2016). Memahami Kerangka Maqasid Al-Syariah Dalam Kewangan Dan Pelaburan. Seminar “Pasaran Modal Islam Malaysia 2016” Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dengan Kerjasama Bursa Malaysia
Alina Dizik (2017). Media sosial: Ketergantungan yang 'lebih parah daripada alkohol atau narkoba' https://www.bbc.com/indonesia/vert-cap-39791239 BBC Capital, dicapai pada 9 Mei 2017.
Bahiyah Abdul Hamid (2018). The Power to Destruct: Online Fat Shaming Bullying in Sosial Media. Muka surat 35-50 dalam Stop Cyberbullying, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hashim Ahmad Nughaimish Al-Hamami Al-Zubi’I (2016). Al-Dhawabit Al-Islamiyyah Fi Istikhdam Al-Intarnet Fi Dhaw’i Al-Quran Al-Karim wa Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. Majallah Al-Ulum Al-Islamiyyah wa Al-Hadharah, bil 4, Disember 2016; muka surat 43-65.
Jasser Auda (2014). Maqasid Syariah-Peranan Maqasid Dalm Pembaharuan Islam Kontemporari -Terjemahan oleh Marwan Bukhari b. A.Hamid, PTS Islamika Sdn Bhd Batu Caves, Selangor, Malaysia
Jonathan Mark Ervine (2020). Five years on from the Charlie Hebdo attack, 'Je suis Charlie' rings hollow -The Conversation, Academic Rigour, Journalistic Flair J.Clement (2020). Number of digital sosial network users 2017-2025 di https://www.statista.com/statistic/278414/number-of-worldwidw-sovial-network-users/ dicapai pada 29 September 2020.
Kamarul Azmi Jasmi (2017). Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan Penyelesaiannya dalam Remaja Hebat Siri 4: Batasan dan Halangan Kecemerlangan 36-60.
Mohd Anuar Ramli, Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain, Mohammad Fuad Mohd Rozib & Mohd Farhan Md Ariffin (2016). Pemakaian Maqasid al-Shari’ah Seismografi Dalam Penilaian Isu Semasa. Maqasid al-Syariah Konsep dan Pendekatan, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nu’man Jughaim (2016). Maqasid Al-Syariah Mafhumuha wa Fawaidu Ma’rifatiha. Jurnal al-Tajdid Jilid 20, bil 39(A) muka surat 33-65. Universiti islama Antarabangsa, Malaysia.
Nur Farahiyah binti Mat Daud, Ahmad Irdha Mokhtar & Zulkifli Aini (2016). Kepentingan Maqasid al-Shari’ah dalam Pengurusab Media Massa bagi Menangani Masalah Sosial Masyarakat di Malaysia. Prosiding Seminar Pengurusan Islam Ke Arah Pemantapan Ummah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakuti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.
Rasmida binti Amir Hassan, Normirrah Afina binti Kamaruddin, Zul Amirul Asraf bin Karto'on, Nasim Khan bin Esmail (2019). Hubungan antara jenayah penipuan internet dengan pengurusan produktiviti
pekerjaan. Universiti Malaysia Sabah.
Rosli Tasnim, Muniandy Yogenathan & Kamarul Azmi Jasmi (2019). Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 115-130.
Muhammad ‘Ali Al-Salibiy (2014). Wasail al-tawasul al-ijtimaie fi mizan al-maqasid al-syar’iyyah dalam buku Al-muktamar al-i’lmi al-dawli al-sanawi al-rabi’ bertajuk Wasail –al-tawasul al-ijtima’ie wa atharuha ‘ala al-mujtama’, Fakulti Syariah, Universiti al-Najah al-Wataniah, Palestin.
Mohammed Isah Shehu, Muhammad Fuad Bin Othman dan Nazariah Binti Osman (2017). The Sosial Media and Islam. Journal of Management Sciences (Vol.15, No.4, 2017). University of Maiduguri,muka surat 67-80.
Nor Azlina Mohd Noor, Ahmad Shamsul Abd Aziz, Rusniah Ahmad (2020). Penyalahgunaan Media Sosial: Kerangka Institusi dan Undang-Undang di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), Vol 5 Issue 18 (March 2020): muka surat 57-67.
Suhail Muhammad Amin (2006). Qaedah Dar’u Al-Mafasid Awla min Jalbi Al-Masalih-Dirasah Tahliliyah. Kajian Sarjana Fakulti Sains Sosial dan Al-Ulum Al-Islamiyyah, Jami’ah Al-Ifriqiyyah Al-‘Aqid Ahmad Dirayah, Adrar, Algeria.
Taha Abul Raof Sa’ad (1991). Qawaid Al-Ahkam fi Masalih Al-Anam. Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah, Kaherah, Mesir.
Tasnim, Samia, Md Mahbub Hossain dan Hoimonty Mazumder (2020). Impact of Rumors or Misinformation on Coronavirus Disease (COVID-19) in Social Media, SocArXiv.Mac 29. Doi:10.31235/0sf.io/uf3zn.
Yusof al-Qaradhāwi (2008). Dirasah Fī Fiqhi Maqaṣid Al-Syarīah Baina Al-Maqaṣid Al-Kulliyah Wa Al-Nuṣuṣ Al-Juziyyah, cetakan ke 8. Dar Al-Syuruq, Kaherah, Mesir.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Aina Sabariah Bt Md. Isa, Kamariah Bt Yusoff, Halipah Bt Hamzah
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.