Analisis Garis Panduan Agihan Zakat (Hadd Al-Kifayah) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
An Analysis Of Zakat Distribution Guideline (Ḥadd Al-Kifāyah) In Terengganu Malay Customs And Islamic Council (MAIDAM
DOI:
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.267Keywords:
Ḥadd Al-Kifāyah, Zakat, Indeks Harga Pengguna (IHP), Kos Sara Hidup, AsnafAbstract
Ḥadd al-kifāyah in zakat system is an instrument to measure eiatheir a Muslim should be payer or receiver of zakat. Besides, it is also important to the zakat institution to make sure the relevencies of ḥadd al-kifāyah with the current living cost because th living cost is rising from time to time. Data from Department of Statistic Malaysia (DOSM) which appear every twice year shows the increasing of Malaysians living cost yaerly especially in Terengganu. Therefore, the objective of this study is to identify and analysis the concept ḥadd al-kifāyah used by the Terengganu zakat institute by comparing some of the items selected and appropriate to ḥadd al-kifāyah elements in the Consumer Price Index used by the Department of Statistics Malaysia. This dissertation is a qualitative study with exploratory research design. The findings revealed that there is a significant difference between ḥadd al-kifāyah practiced by the Council of Islamic Religion and the Malay Customs of Terengganu with the concept of ḥadd al-kifāyah integrated from elements that can be accapted as the ḥadd al-kifāyah element in the Consumer Price Index. Therefore, the practice of ḥadd al-kifāyah needs to be renewed periodically in order to make sure it’s relevencies with ḥadd al-kifāyah which is required by the present society.
Abstrak
Ḥadd al-kifāyah di dalam sistem zakat adalah satu instrumen bagi mengukur sama ada seseorang Muslim perlu membayar zakat atau menjadi penerima zakat. Selain itu, menjadi satu perkara yang penting bagi institusi-institusi zakat memastikan kerelevenan ḥadd al-kifāyah dengan kos sara hidup semasa kerana peningkatan kos sara hidup sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) yang dikeluarkan secara dwitahunan menunjukkan berlaku peningkatan kos sara hidup rakyat Malaysia khususnya di Terengganu dari tahun ke tahun. Maka kajian ini akan mengenalpasti dan menganalisis ḥadd al-kifāyah yang digunakan oleh institusi zakat di Terengganu dengan perbandingan beberapa item yang terpilih dan bersesuaian dengan elemen-elemen ḥadd al-kifāyah di dalam Indeks Harga Pengguna yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian dalam bentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian penerokaan (exploratory research). Hasil kajian mendapati terdapat satu jumlah perbezaan yang ketara antara ḥadd al-kifāyah yang digunakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan konsep ḥadd al-kifāyah yang dibina daripada elemen-elemen yang boleh diterima pakai sebagai elemen ḥadd al-kifāyah dalam Indeks Harga Pengguna. Oleh itu, ḥadd al-kifāyah yang diamalkan perlu diperbaharui secara berkala agar sentiasa releven dengan ḥadd al-kifāyah yang diperlukan oleh masyarakat semasa.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.