Naqul Insan™: Reka Bentuk Wasilah Dakwah Abad Ke-21 Cendekiawan Islam Pintar Berbakat (GTMS)

NAQul Insan™: A Design of 21st Century Method Of Dakwah By Gifted And Talented Muslim Scholars

Authors

  • Faszly Rahim Pensyarah Kanan
  • Ahmad Bazli Ahmad Hilmi Pensyarah

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.201

Keywords:

ayat kawniyyat, pidato umum, sains moden, tadabbur dan tafsir ilmi

Abstract

One of the themes discussed in Makkiah verses is invitation to Tawhid and the apporach in which Allah SWT confronts the musyrikin is the use of rasional evidences, analogy, and kawniyyat verses as methods to face the musyrik. This article aims to introduce a design of 21st century method of dakwah through kawniyyat verse discussion as a da’wah approach among Gifted And Talented Muslim Scholars. Library research method was used in designing NAQul Insan ™; an academic scholarly talk on the modern science-oriented exegesis of kawniyyat verses (tafsir ‘ilmi) using a casual public speaking presentation techniques with multimedia features. The streaming audiovisual display accompanies speakers at the background which details the meaning for the stand upper. The study found NAQul Insan™ is a medium of dakwah that is in line with the era of knowledge developmental and technological sophistication which demanded an empirical evidences. The ayat kawniyyat thematic discussion are relevant as current approach for dakwah because Allah SWT knows best more about things that touches the human heart and the nature of the human event itself, to make things effective. What makes a different in acceptance is the level of knowledge and progress the current state of civilizational progession during that time in pursuit to understanding the meaning of the verses. This design is an ongoing effort for tadabbur of the Quran as well as being a model of presentation in teaching and learning processes, public speaking style, and as a fresher and effective national and international competitions to be introduce widely.

ABSTRAK

Tema ayat-ayat Makkiah antaranya ialah ajakan kepada mentauhidkan Allah SWT dan salah satu pendekatan yang Allah SWT gunakan ialah berhujah dengan bukti rasional, analogi dan ayat kawniyyat bagi mendepani golongan musyrik. Artikel ini bertujuan memperkenalkan satu reka bentuk wasilah dakwah abad ke-21 melalui perbincangan ayat kawniyyat sebagai pendekatan dakwah dalam kalangan Cendekiawan Islam Pintar Berbakat. Metodologi kajian perpustakaan telah digunakan dalam mereka bentuk NAQul Insan™; satu persembahan bicara ilmiah mengenai pentafsiran ayat kawniyyat berorientasikan fakta sains moden (tafsir ilmi) dan format persembahannya menampilkan paparan audiovisual berterusan. Paparan audiovisual tersebut mengiringi pembicara tanpa henti sebagai latar belakang (background) yang memperincikan maksud kepada pembicara di hadapan (foreground). Kajian mendapati NAQul Insan™ merupakan satu medium dakwah yang seiring dengan uslub zaman perkembangan pengetahuan dan kecanggihan teknologi yang menuntut sesuatu bukti empirikal. Perbincangan ayat kawniyyat adalah relevan kerana Allah SWT lebih mengetahui perkara yang dapat menyentuh jiwa manusia dan hakikat kejadian manusia itu sendiri. Apa yang berbeza hanyalah tahap pengetahuan dan kemajuan tamadun pada zaman tersebut dalam memahami maksud ayat tersebut. Reka bentuk ini merupakan usaha berterusan dalam mentadabbur Al-Quran selain menjadi model pembentangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pidato umum, serta menjadi wadah pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang lebih segar dan efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Faszly Rahim, Pensyarah Kanan

Kolej PERMATA Insan, USIM

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Pensyarah

Kolej PERMATA Insan, USIM

Published

2018-12-31

How to Cite

Rahim, F., & Ahmad Hilmi, A. B. (2018). Naqul Insan™: Reka Bentuk Wasilah Dakwah Abad Ke-21 Cendekiawan Islam Pintar Berbakat (GTMS): NAQul Insan™: A Design of 21st Century Method Of Dakwah By Gifted And Talented Muslim Scholars. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 605–621. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.201

Issue

Section

Seminar Papers