Parameter Bagi Pembelian Emas Dalam Talian Secara Kaedah Kunci Harga (Lock Price) : Satu Analisis

Parameters For Buying Gold Online Through Lock Price Method: An Analysis

Authors

  • Muhamad Zuhaili Saiman Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no4.474

Keywords:

kunci harga (lock price), emas, bertangguh, taqabud, parameter

Abstract

Pembelian emas menerusi kaedah kunci harga (lock price) merupakan kaedah yang popular urusniaga emas kontemporari. Kelebihan kaedah kunci harga (lock price) ini memberikan kelebihan kepada pembeli untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari berlakunya perubahan harga sekiranya nilai emas melonjak naik. Dengan kunci harga (lock price), pembeli akan mendapat harga emas sewaktu kunci harga dilakukan dan ia tidak akan berubah atau terjejas dengan perubahan nilai emas. Menjadi persoalan kajian ialah bagaimana kaedah kunci harga (lock price) diaplikasikan agar tidak wujud unsur bertangguh yang membawa kepada isu riba memandangkan urusniaga emas yang merupakan item ribawi mestilah berlaku secara tunai dan wujudnya taqabud dari kedua-dua pihak dalam satu majlis. Tumpuan kajian ini ialah mengkaji kaedah kunci harga (lock price) dalam urusniaga emas yang berlaku bagi mengalisis kepatuhan syariah berdasarkan garis panduan urusniaga emas menurut perspektif kewangan Islam. Metodologi yang digunakan ialah reka bentuk kajian kualitatif iaitu menerusi pendekatan kajian kepustakaan berdasarkan analisis kandungan dan dokumen yang berkaitan. Dapatan hasil kajian ialah pembentukan satu parameter yang khusus dalam kaedah kunci harga (lock price) dihasilkan bagi memastikan urusniaga emas dilakukan dengan jelas tanpa wujud unsur bertangguh dan berlakunya taqabud dalam satu majlis. Selain itu, dengan parameter yang dihasilkan ini akan membezakan kaedah kunci harga (lock price) yang merupakan hanya perjanjian dan belum lagi terbentuk akad jual beli emas.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Ghuddah, Abdul Sattar. 2006. al-Muwata’ah ‘ala Ijra’ al-‘Uqud wa al-Muwa’adah al-Muta’addidah, Kertas Kerja yang dibentangkan pada Majma’ al-Fiqh al-Islami, Daurah ke 17, Amman, Jordan, hlm. 4.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOFI). ‘Shari’ah Standard No.49 (4/2): Unilateral and Bilateral Promise,’ 1166.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOFI). 2016. The AAOFI Shariah Standard No.57. on Gold and its Trading Controls.

Azlin Alisa Ahmad, Hailani Muji Tahir, Shoffian Ahmad & Mat Noor Mat Zain. (2012). Kontrak Hadapan Mata Wang Asing Menurut Islam sebagai Mekanisme Lindung Nilai : Analisis Penggunaan Wa’d. Jurnal Islamiyyat UKM siri 34 (2012) : 33 – 43.

Bank Negara Malaysia. 2007. Syariah Resolutions in Islamic Finance. Ed. 1. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. Hlm. 99

Bank Negara Malaysia, ‘The Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia (the SAC) 157th Meeting BNM,’ laman sesawang Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_about&pg=en_ sac_updat; Bank Negara Malaysia,

Fadziani Yaakub dan Ahmad Hidayat Buang. 2019. Cabaran Pengaplikasian Janji (Wa’d)

Dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, Jil. 27, Bil 2 (2019) 233-260.

Islamic Fiqh Academy, 5th Session, Resolution No. 40-41 (5/2), 1988, Islamic Fiqh Academy, laman sesawang Islamic Fiqh Academy. http://www.iifa-aifi.org/1751.html.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, ‘Kompilasi Keputusan Syariah 2011-2017,’ laman sesawangSacbnm: https://www.sacbnm.org/?page_id=1770&lang=ms

Mohamad Syahir bin Mohamad, Salmy Edawati bt Yaacob & Azlin Alisa bt Ahmad. 2017. Transaksi Jual Beli Emas Melalui Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing) Dalam Islam : Sorotan Literatur. Journal of Contemporary Islamic Law. Vol 2(1)(2017).

Mohd Bahroddin Bin Badri. 2015. Qabd (Possession): An Overview. International Shariᶜah Research Academy For Islamic Finance (ISRA) Jun: 1-2.

Muhamad Zuhaili bin Saiman & Ahmad Dahlan bin Salleh. 2015. Helah Riba Dalam Transaksi Jual Bel I Emas Secara Bertangguh. Tesis Sarjana Jabatan Syariah Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.

Muhamad Zuhaili bin Saiman & Ahmad Dahlan bin Salleh. 2018. Hukum Pemakaian Kaedah “Lock Price” dalam Urusniaga Emas Fizikal. Jurnal Islamiyyat. Vol. 40(1) 2018: 3 - 13

Muhamad Zuhaili bin Saiman. 2021. Implimentasi Muwa’adah dalam Urusniaga Emas Fizikal Secara Easy Payment Purchase (EPP). Proceeding of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021). FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia. 6-7 Oktober 2021.

al-Qurrah Daghi, Ali Muhy al-Din. 2002. Buhuth fi al-Iqtisad al-Islami. Beyrut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah. Hlm. 403.

Shofian Ahmad dan Azlin Alisa Ahmad, 2008. Konsep Wacd dan Aplikasinya dalam Sukuk. Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-III, jilid 1, Negeri Sembilan 20-22 Ogos 2008.

Usmani, Taqi. 2005. An Introduction to Islamic Finance. New Delhi: Idara Isha’at-E-Diniyat (P) Ltd. Hlm 88.

al-Qaradawi, Yusuf. 2006. Fiqh al-Zakah. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.

Zaharuddin Abd Rahman. 2009. Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram Dalam Kewangan Pembankan. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd

al-Zuhayli, Wahbah. 2002. al-Mucamalat al-Maliyyah al-Mucasirah. Damshiq: Dar al-Fikr.

al-Zuhailiy, Wahbah. 2004. al-Fiqh al-Islamiy wa ‘Adillatuh. Cetak ulang. Jil. 5. Damsyik: Dar al-Fikr

Zulkifli Al-Bakri. 2018. Al-Kafi 706 : Hukum Jual Beli Emas Secara Atas Talian Dan Penyerahan Ke Dalam Akaun Pembeli

Published

2022-09-15

How to Cite

Saiman, M. Z. (2022). Parameter Bagi Pembelian Emas Dalam Talian Secara Kaedah Kunci Harga (Lock Price) : Satu Analisis: Parameters For Buying Gold Online Through Lock Price Method: An Analysis. Journal of Fatwa Management and Research, 27(4), 176–192. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no4.474