Persepsi dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor

University Students Perception and Acceptance on Fatwa in State of Selangor

Authors

  • Ahmad Hidayat Buang
  • Che Rozaihan Che Rosli

DOI:

https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol9no1.44

Abstract

In Malaysia the issuance or pronouncement of fatwa or Islamic edict is regulated and institutionalized by state law. Established under the law, Mufti and fatwa committee issue fatwas to provide guidance to Muslim society and state in matters relating to religion of Islam. However, issues on the effectiveness of fatwa especially its acceptance among Muslim society and even state agencies still continue to be debated. Past literature has shown that society generally questioning some controversial fatwa. This article, although will analyse the administration, management and legal background of the fatwa, it is primarily aimed at ascertaining on the acceptance of fatwa by society through the sampling of public university students. With reference to a number of fatwa issued and gazzeted as laws in the state of Selangor, using questionnaire technique this article will identify their level of knowledge and acceptance to these fatwas. Analysis by way of frequency tabling on the result of the questionnaire shows that at average more than 69% of the students were very statisfied and very agreed as well as satisfied and agreed on all the questions asked. This result indicates there is a change in society’s attitude especially university students towards the acceptance of fatwa. Based on quanlitative analysis, this change is due to the improvement of the Mufti department administration as well as the effect on the use of internet in distributing information relating to fatwa.

Keywords: Fatwa, Mufti, Islamic Management, University Students, Selangor.

Abstrak

Di Malaysia pengeluaran fatwa ditadbir dan diinstitusikan melalui undang-undang negeri. Melalui peruntukan undang-undang, jawatan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa ditubuhkan yang berperanan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada masyarakat Islam dan kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan urusan agama Islam. Namun begitu isu berkaitan dengan keberkesanan fatwa, terutama mengenai penerimaannya oleh masyarakat dan juga agensi kerajaan masih lagi dipersoalkan. Kajian dan penulisan lepas menunjukkan masyarakat secara umumnya mempertikaikan beberapa keputusan fatwa yang kontroversi. Sehubungan dengan itu, kajian ini di samping cuba menganalisis latarbelakang pentadbiran, pengurusan serta perundangan fatwa di Malaysia, secara utamanya bertujuan mengenalpasti penerimaan masyarakat terhadap fatwa dengan mengambil mahasiswa sebagai sampel kajian. Dengan merujuk kepada beberapa fatwa yang telah diwartakan di negeri Selangor, melalui penggunaan instrument soal selidik, kajian ini akan menguji kefahaman dan penerimaan mereka terhadap fatwa berkenaan. Analisis dengan menggunakan jadual frekuensi daripada data soal selidik mendapati secara purata melebihi 69% mahasiswa di institusi pengajian awam sangat berpuashati dan sangat bersetuju serta berpuashati dan bersetuju bagi semua soalan yang ditanya. Dapatan ini mengandaikan terdapat perubahan dalam sikap masyarakat khususnya mahasiswa terhadap penerimaan fatwa. Analisis secara kualitatif menyimpulkan bahawa perubahan ini berpunca daripada penambahbaikan pentadbiran jabatan Mufti di samping pengaruh penggunaan internet dalam penyebaran maklumat berkaitan fatwa.

Kata Kunci: Fatwa, Mufti, Pentadbiran Islam, Mahasiswa Universiti, Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Ahmad Hidayat Buang

Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

 

Che Rozaihan Che Rosli

Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

References

RUJUKAN

Buku
Abdul Monir Yaacob. 1998. Perkembangan Institusi Mufti di Malaysia. Dalam Abdul Monir Yaacob dan Wan Roslili Majid (eds.). Mufti dan Fatwa di Negara-negara ASEAN. Kuala Lumpur: IKIM. 113-44
Ahmad Hidayat Buang (ed.). 2004. Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Ahmad Hidayat Buang. 2006. Kearah Penyelarasan Fatwa: Masalah, Kemungkinan dan Cara Penyelesaian. dalam Abdul Samat Musa et.al. Prinsip dan Pengurusan Fatwa di Negara-negara Asean. Nilai: KUIM. 25-54.
Ahmad Ibrahim. 1997A. Hakim, Pegawai Undang-undang, Pegawa Hal Ehwal Islam: Perspektif dan Cabaran. Dalam Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM: 97-115.
Ahmad Ibrahim. 1997B. Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil. dalam Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM: 75-95.
Bunt, Gary R. 2014. Islam, Social Networking and the Cloud. dalam Jeffrey T. Kenny dan Ebrahim Moosa (eds). Islam in the Modern World. London: Routledge. 177-208.
Hasnan Kasan. 2008. Institusi Fatwa di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
Farid Sufian Shuaib. 2008. Strengthening Administrative Institutions of Islamic Law in Malaysia: An Overview. Jurnal Syariah 16 (Special Edition): 443-464.
Farid Sufian Shuaib. 2009. Pentadbiran dan Institusi Islam di Malaysia: Cadangan kearah Pemantapan. Kanun 21(1): 12-28.
Pejabat Mufti Negeri Selangor (n.d.) Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (1995 hingga 2009).
Ismail Mat dan Ideris Endut. 1992. Haji Yusuf Shahabuddin (1889-1973) Mufti Pertama Selangor. dalam Ismail Mat (ed.). Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi: Penerbit UKM. 119-128.
Najwa Hayati Mohd Alwi. 2006. The Implementation of ICT in the Promulgation of Fatwa: Needs and Implication. dalam Abdul Samat Musa et.al. (eds.). Prinsip dan Pengurusan Fatwa di Negara-negara Asean. Nilai: KUIM. 295-302
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Othman Ishak. 1981. Fatwa dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 2004. Fatwa dan Isu Semasa: Masalah dan Cabaran di Malaysia. Jurnal Syariah 12(2): 79-93.
Mazni Abdul Wahab. 2002. Sejarah Penubuhan Institusi Fatwa di Negeri Selangor. Jurnal Syariah. 10(2): 1-18.
Mazni Abdul Wahab. 2004. Pewartaan Fatwa Menurut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 dan Penguatkuasaannya. Jurnal Syariah 12(2): 123-147.
Mohamed Ajmal Abdul Razak. 2103. Mencari Nama Tuhan: Penganut Kristian dan Hak Penggunaan Kalimah Allah. Kuala Lumpur.
Mohammad Hashim Kamali. Mohammad Hashim Kamali. 1997-1998. Islamic Law in Malaysia: Issues and Developments. dalam Euguen Contran and Chibli Mallat (eds.), Yearbook of Islamic and Middle Eastern Law 1997-1998, volume 4, London: Kluwer Law International. 153-179.
Mohd Hisham Mohd Kamal. 2009. Office of the Mufti in Malaysia: Legal History and Constitutional Role. Shariah Law Reports 3: 20-43.
Mohd Sanusi Mahmood. 1984. The Role of the Mufti in the Administration of the Court System. Syariah Law Journal November 53-61.
Muhammad Ikhlas Rosele et.al. 2013. Konflik Fatwa di Malaysia: Satu Kajian Awal. Jurnal Fiqh 10: 31-56.
Nooh Gadot. 2005. Kedudukan dan Peranan Fatwa dalam Pelaksanaan Undang-undang di Malaysia. Dalam Siti Shamsiah Supi (ed.). Asas dan Kerangka Perundangan Negara Islam-Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM. 49-66.
Nurjaanah Abdullah @ Chew Li Hua. 2007. Legislating Faith in Malaysia. Singapore Journal of Legal Studies December 264-289.
Razli Ahmad, Hanum Hassan dan Mohamad Hafiz Mohamad Shokri. 2014. Tahap Kesedaran Mahasiswa Kejuruteraan Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) Terhadap Isu Perpaduan. Dalam Kamaruddin M. Said. Perpaduan Nasional Dalam Pelbagai Perspektif. Putrajaya: Majlis Profesor Negara dan Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin. 126-138.
Salmi Amalia Jamil et.al. 2007. Pemakaian Fatwa di Mahkamah Syariah di Malaysia: Satu Kajian Perbandingan. Shariah Law Reports 3: 33-48.
Suwaid Tapah. 2004. Perundangan dan Penguatkuasaan Fatwa. dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang 25-41.
Uthman El-Muhammady. 1998. Bank Fatwa dan Internet. Dalam Abdul Monir Yaacob dan Wan Roslili Abd Majid (eds.). Mufti dan Fatwa di Negara-negara ASEAN. Kuala Lumpur: IKIM. 191-194.
Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Lukmanul Hakim Hj Hanafi. 2011. Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT: ‘Urf, Fatwa dan Perundangan. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 2: 91-113.

Jurnal
Shad Saleem Faruqi 1997. Beauty Contests and Syariah Law in Selangor. Current Law Journal 4: i-xiv.
Shad, S. F. 1998. Constitutional supremacy, fundamental rights & fatwas. INSAF 1: 25-56.
Shahrin Tarmizi Che Abdullah, Azarisman Shah Mohd Shah and Puteri Melor Azarisman Shah and Ab. Rahman Jamalludin and How Soon Hin. 2007). Perception of the Islamic ruling on smoking among Muslim adults in Malaysia: A Preliminary Survey. International Medical Journal Malaysia 6(2): 1-9.
Suwaid Tapah. 1993. Undang-undang Pentadbiran Fatwa di Malaysia. Jumal Syariah 2(1): 347-353.

Lampiran
Senarai mufti-mufti negeri Selangor dari tahun 1935-sekarang
(1) Tengku Sheikhul Islam Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman (1935-1952)
(2) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Yusuf bin Sahabuddin (1953-1968)
(3) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Ghazali bin Haji Abdullah (1968-1973)
(4) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Md Salleh bin Hassan Farid (1974-1976)
(5) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Hassan bin Haji Omar (1976-1985)
(6) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Ishak bin Haji Baharom (1985-1997)
(7) Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid (1998- sekarang)

Published

2018-07-12

How to Cite

Buang, A. H., & Che Rosli, C. R. (2018). Persepsi dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor: University Students Perception and Acceptance on Fatwa in State of Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 9(1), 129–147. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol9no1.44

Issue

Section

Articles