TY - JOUR AU - Roslan, Muhammad Mustaqim AU - Zainuri, Anwar Osman PY - 2023/01/15 Y2 - 2024/03/28 TI - Kekhilafan Menerapkan Maqasid Syariʻah Dalam Pengeluaran Fatwa: Analisis Ijtihad Maqasidi: Arguments In Applying Maqasid Syariʻah In The Fatwa Issuance: An Ijtihad Maqasidi Analysis JF - Journal of Fatwa Management and Research JA - j. ftw. mgt. res. VL - 28 IS - 1 SE - Articles DO - 10.33102/jfatwa.vol28no1.464 UR - https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/464 SP - 132-148 AB - <p style="font-weight: 400;"><em>Ijtihad maqasidi ialah penerapan maqasid syariah dalam semua proses hal ehwal ijtihad untuk mendapatkan hukum-hakam yang harmoni demi menjaga lima prinsip asasnya iaitu agama, jiwa, akal, keturunan mahupun harta serta menolak segala kerosakan. Namun begitu, sesuatu fatwa akan terkesan apabila berlakunya perselisihan dalam menerapkan maqasid syariah. Oleh yang demikian artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu mengenal pasti konflik penerapan maqasid syariah dalam pengeluaran fatwa. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran dan Sunnah. Ia&nbsp; dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa proses ijtihad melalui pemahaman nas sahaja tanpa saduran maqasid syariah dan proses ijtihad melalui saduran maqasid syariah yang berlebihan dari pemahaman nas merupakan antara konflik ijtihad maqasidi yang perlu diawasi. Oleh yang demikian, pihak-pihak berautoriti perlu sentiasa berhati-hati dalam memahami nas syarak agar pengeluaran fatwa yang dilakukan adalah lebih harmoni berkonsepkan ijtihad maqasidi.</em></p><p><strong><em>Kata kunci:</em></strong><em style="font-weight: 400;"> Fatwa, ijtihad, konflik, Maqasid Syariah, penerapan</em></p> ER -