@article{Nabilah Shahrom_Basir_2023, title={Langkah Pelaksanaan Titik Kawalan Kritikal Syariah Dalam Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Mahkamah Syariah Negeri Melaka: Implementation of Shariah Critical Control Points in the Quality Management System MS 1900 in the Malacca Syariah Court}, volume={28}, url={https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/503}, DOI={10.33102/jfatwa.vol28no1.503}, abstractNote={<p><em>Artikel ini membincangkan tentang pelaksanaan Titik Kawalan Kritikal Syariah (TKKS) dalam Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah SPK MS 1900 di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) yang merupakan antara Mahkamah Syariah terawal yang dipersijilkan dengan SPK MS 1900. Kajian ini dilaksanakan dengan strategi kajian kes dengan menggunakan teknik temubual separa berstruktur yang melibatkan 11 orang informan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900 di MSNM. Hasil kajian ini didapati menggunakan teknik analisis tematik dengan bantuan perisian Atlas.ti 8. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat lima langkah utama dalam pelaksanaan TKKS di Mahkamah Syariah Negeri Melaka iaitu langkah penubuhan Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900, perbincangan ahli Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900, pengenalpastian dan Penetapan Isu Kritikal Syariah dan Nilai Islam, proses pendalilan dan akhir sekali langkah pendokumentasian dan pelaksanaan TKKS. </em><em>Hasil kajian ini mengetengahkan secara teliti keperluan dalam langkah pelaksanaan TKKS seperti penetapan isu kritikal syariah dalam proses kerja, dalil-dalil autoriti yang bersesuaian untuk didokumentasi serta pengamalan nilai-nilai Islam yang terpilih bagi menyempurnakan keperluan pelaksanaan TKKS. Hasil kajian ini tidak pernah diketengahkan oleh pengkaji lepas dalam konteks pelaksanaan TKKS dalam SPK MS 1900 di institusi kehakiman syariah mahupun dalam organisasi awam.</em></p>}, number={1}, journal={Journal of Fatwa Management and Research}, author={Nabilah Shahrom, Nur Fatin and Basir, Siti Arni}, year={2023}, month={Jan.}, pages={96–115} }