PENGURUSAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR: PENENTUAN KEPERLUAN ASAS BERASASKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA

Azman A.R, Mohd Faez Abu Bakar, Siti Zulaikha Mokhtar

Abstract


Bah Banjir yang berlaku pada penghujung 2014 dikenali sebagai bah kuning. Bah banjir tersebut mengakibatkan keadaan rumah, kawasan dan sekitar daerah rosak akibat kesan kedatangan banjir tersebut. Pengurusan banjir dikategorikan dengan tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas. Isu ketidaktepatan dalam penentuan kutipan dan agihan barangan sumbangan kepada mangsa banjir sering ditimbulkan oleh mangsa banjir dan pihak-pihak tertentu. Justeru, objektif kajian ini membincangkan konsep Indeks Syariah Malaysia (ISM) dan pendekatan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan ISM. Kajian ini juga akan menilai jenis-jenis sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir semasa berlakunya banjir di samping penentuan keperluan asas berasaskan keutamaan. Rekabentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian mendapati 7 jenis kit kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir semasa banjir iaitu kit ibadah, kit makanan, kit kesihatan, kit pakaian, kit pendidikan, kit penempatan dan kit simpanan barang berharga. Hasil kajian juga mendapati pengurusan sumbangan mangsa banjir semasa berlakunya banjir memerlukan satu garis panduan yang khusus berasaskan ISM bagi tujuan penentuan keperluan asas dan jenis-jenis sumbangan mengikut keutamaan. Penentuan keperluan asas ini amat penting bagi mewujudkan kit-kit kecemasan yang boleh menjadi garis panduan kepada kerajaan, NGO-NGO dan pihak-pihak sukarelawan dalam membantu mangsa banjir. Kajian lanjutan berkaitan penentuan keperluan asas sebelum dan selepas banjir diperlukan bagi memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sebagaimana yang diperlukan.


Kata kunci: Pengurusan, Sumbangan, Keperluan, Banjir, Mangsa banjir, Indeks Syariah Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Indeks Syariah Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kothari, C. (2004). Research Methodology: Methods and Technique. Delhi, India: New Age International Publisher.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. (1997). Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Arahan No. 20 (Semakan Semula)

Osman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tengku Ariff, T. M. (2015). Forum on Flood Mitigation: The Economic Impact. Dalam Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015. 70

Tengku Feissal, T. M. F. (2015). Pembangunan Dan Pengurusan Di Kawasan Terdedah Banjir. Dalam Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015.

Temubual bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya. 2015.

Temubual bersama Pegawai Majlis Keselamatan Negara di Cyberjaya. 2015.

Temubual bersama kakitangan Mercy di Kuala Lumpur. 2015.

Temubual bersama kakitangan Islamic Relief Malaysia di Bangi, Selangor. 2015.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems