KEFAHAMAN FIQH DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR: KAJIAN PERINTIS DI DAERAH TEMERLOH DAN MARAN, PAHANG

Irwan Mohd Subri, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Walid Mohd Said, Nisar Mohammad Ahmad, Amir Shaharuddin, Mohd Aizuddin Abdul Aziz, Mohd Azhar Ibrahim Residi, Mohd Nur Adzam Rasdi, Syadiyah Abdul Shukor, Bilal Jailani

Abstract


Penghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan Fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan Daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87.


Kata kunci: Fiqh, Temerloh, Maran, banjir, kefahaman


Full Text:

PDF

References


Buku

Al-Zahabi, Abu Abdullah Muhammd b Ahmad b Othman (1413H). Sair Aclam al- Nubalac. Suntingan Shucaib l-Arnut dan Muhammad Nacim, cetakan ke-9, Beirut : Muasasah al-Risalah

Lim, Chong Hin. 2007. Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kualitatif Dan Kuantitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Internet

AS Rosman & Salmiah Binti Mohd Jupri (2010). Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai Ilmu Fikah Menurut Al-Hafiz Al-Khatib Al-Baghdadi Dalam Kitab Al-Faqih Wa Al-Mutafaqqih. Universiti Teknologi Mara Institutional Repository.http://eprints.utm.my/10883/1/Kepentingan_Mempelajari_Dan_Menguasai_Ilmu_Fikah_Menurut_Al.pdf (diakses pada 7 Januari 2016)

Astro Awani, 2014, http://www.astroawani.com/berita-banjir/banjir-terburuk-di-gua-musang-dalam-tempoh-30-tahun-50817 (diakses pada 25 Ogos 2015). BH Online, 2014, http://www.bharian.com.my/node/26064 (Diakses pada 25 Ogos 2015) Mstar, 2014, http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/29/banjir-kelantan-buruk/ (diakses pada 25 Ogos 2015) Sinar Online (2015), http://www.sinarharian.com.my/nasional/im4u-akan-agih-khemah-tertutup-bagi-mangsa-banjir-1.453223 (Diakses pada 20 Januari 2016).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems