APLIKASI KAEDAH FIQH AL-DARURAH TUQADDAR BIQADARIHA DALAM AGIHAN ZAKAT UNTUK MANGSA BANJIR

Siti Fariza M.F, Hasanah A.K, Irwan M.S, Azman A.R

Abstract


Banjir yang berlaku pada bulan Disember 2014 dikategorikan sebagai paling buruk yang melanda kawasan Pantai Timur, Malaysia. Bencana ini telah melibatkan lebih 100,000 orang mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda dan punca pendapatan. Mangsa memerlukan bantuan segera bagi memulihkan kembali kehidupan seperti sedia kala. Keadaan ini dikategorikan sebagai keadaan mendesak yang mengharuskan penggunaan kaedah fiqh dalam situasi darurat. Walau bagaimanapun, ia dibataskan dengan kaedah fiqh al-darurah tuqaddar biqadariha. Justeru, kajian akan mengkaji penggunaan kaedah fiqh ini dalam agihan zakat untuk mangsa banjir. Kajian juga akan mencadangkan penambahbaikan dalam penyelarasan agihan zakat yang diberikan kepada mereka. Hasil kajian mendapati kelayakan seseorang mangsa banjir dalam situasi darurat dilihat lebih tepat di bawah kaedah fiqh al-Darurat Tubihul Mahzurat (Kemudaharatan Membolehkan Tegahan) tetapi perlu dibatasi dengan kaedah fiqh yang lain iaitu al-Darurat Tuqaddar Bi Qadariha (Keadaan Darurat Ditentukan Mengikut Kadarnya). Implikasi kajian boleh dijadikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan agihan zakat yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.


Kata kunci: Banjir, Kaedah fiqh, darurat, mangsa banjir, had bantuan.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Abdullaah Jalil. (2011). Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kursus Sijil Tinggi Muamalat (Asas) – ILMI. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Abdul Ghafar, I. & Hailani Muji, T. (2006). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

cAli Ahmad al-Nadwiyy. (1994). al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Syria: Dar al-Qalam. Edisi 3.

al-Zuhayliyy, Wahbah. (1996). Fiqh dan Perundangan Islam (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Ab Rahman & Hasanah Abd Khafidz. (2015). Ensiklopedia Asnaf dan Skim Agihan Zakat di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hairunnizam Wahid. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat Di Malaysia, Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Jurnal Syariah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hasanah Binti Abd Khafidz. (2006). “Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa Dan Setempat Dalam Pentafsirannya Di Malaysia” (tesis kedoktoran, Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Idris Ahmad S.H. (1996). Fiqh Shaficiyy. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Kuala Lumpur. Jilid 1.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Indeks Syariah Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kothari, C. (2004). Research Methodology: Methods and Technique. Delhi, India: New Age International Publisher.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Saufi Ismail. (2005). Kajian Terhadap Corak Agihan dan Pembentukan Modul Agihan Zakat di Kalangan Asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Pantai Timur.

Mujaini Tarimin. (2012). Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengalaman di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. (1997). Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Arahan No. 20 (Semakan Semula).

Osman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rifcat Abd Latif Masyhur. (2010). Zakat Penjana Ekonomi Islam. Selangor: Al-Hidayah Publication.

Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid. (2004). Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian. Kertas Kerja dibentangkan di Daya Saing Ekonomi Dan Sosial ke Arah Pemantapan Pembangunan Ekonomi. Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wahbah al-Zuhayliyy. (2005). Fiqh Perundangan Islam: Jilid iv. Terj. Md.Akhir Haji Yaakob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2015). Fatwa Semasa: Kutipan dan Agihan Zakat. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pembentukan Semula Hala Tuju Kutipan dan Agihan Zakat

di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laporan tahunan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ -MAIWP). Laporan tahunan 2003 hingga 2007. http://zakat.com.my/laporan/bukulaporan.html. (diakses pada: 5 Mei 2009).

Portal Bencana. 2014. Bencana Terkini di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/(diakses pada: 5 Julai 2015).

Portal Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. 2013. Pengurusan Banjir, Program & Aktiviti. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar http://www.water.gov.my/our-services-mainmenu-252/flood-mitigation-mainmenu. (diakses pada: 5 Julai 2015).

Tengku Ariff, T. M. (2015). Forum on Flood Mitigation: The Economic Impact. Dalam Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015. 70

Tengku Feissal, T. M. F. (2015). Pembangunan Dan Pengurusan Di Kawasan Terdedah Banjir. Dalam Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems