ISU-ISU AQIDAH DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR: KAJIAN PERINTIS DI DAERAH TEMERLOH DAN MARAN, PAHANG

Irwan Mohd Subri, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Walid Mohd Said, Nisar Mohammad Ahmad, Amir Shaharuddin, Mohd Aizuddin Abdul Aziz, Mohd Azhar Ibrahim Residi, Mohd Nur Adzam Rasdi, Syadiyah Abdul Shukor, Bilal Jailani

Abstract


Penghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bagi mengumpulkan isu-isu berkaitan aqidah di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap tiga puluh lapan orang responden di empat buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat 8 tema isu aqidah yang dibangkitkan oleh warga pusat pemindahan banjir. Tiga tema paling polular adalah i) banjir itu qada dan qadar Allah, ii) berusaha dan bertawakkal dalam menghadapi banjir, dan iii) banjir mendekatkan diri dengan Allah. Di bahagian perbincangan, penyelidik menghuraikan perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi faktor kepada dapatan kajian. Penyelidik juga mengemukakan cadangan penambah baikan berkaitan isu aqidah dan kaunseling untuk dimuatkan dalam model pengurusan banjir.


Kata kunci: Aqidah, Temerloh, Maran, banjir, isu.


Full Text:

PDF

References


Buku

Al-Quran Al-Karim

Sahih Bukhari

Sahih Muslim

Burn. R. B. 1995. Introduction to Research Methods. Melbourne: Longman.

Lim, Chong Hin. 2007. Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kualitatif Dan Kuantitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Merriam, S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education (2nd ed.). Thousands Oaks, Califf: Sage.

Miles, M.B., & Huberman, A.M. 1994. Qualitative Data Analysis (Second Edition). Thousand Oaks, CA: Sage.

Murray Thomas, R. 2005. Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook. New York, NY: Pearson.

Nadiyah Elias. (1997). Iman Centered Therapy: Faith-Based Approach to Therapy for Muslims. The International Seminar on Counselling and Psychotherapy: An Islamic Perspective. Kuala Lumpur: IIUM.

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Serdang. Penerbit: Universiti Putra Malaysia.

Internet Astro Awani, 2014, http://www.astroawani.com/berita-banjir/banjir-terburuk-di-gua-musang-dalam-tempoh-30-tahun-50817 (diakses pada 25 Ogos 2015). Astro Awani, 2014. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-mangsa-banjir-di-kelantan-terengganu-pahang-meningkat-50767 (diakses pada 28 September 2015). BH Online, 2014, Mangsa Banjir Cecah 49,369 Di Pahang, Temerloh Paling Ramai, http://www.bharian.com.my/node/26064 (Diakses pada 25 Ogos 2015). Mstar, 2014, http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/29/banjir-kelantan-buruk/ (diakses pada 25 Ogos 2015). Mstar, 2014, http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/26/mangsa-banjir-pahang-naik/ (diakses pada 28 September 2015). Nordin Tahir, 2012, http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/bab-9-membina-instrumen-kajian.pdf (diakses pada 28 Ogos 2015). The Rakyat Post, 2014, http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/23/banjir-di-pantai-timur-makin-parah/ (Diakses pada 28 September 2015). The Malaysian Insider, 2014, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-umum-bantuan-khas-rm500-juta-kepada-mangsa-banjir (Diakses pada 9 Oktober 2015).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems