PERSEPSI MANGSA BANJIR TERHADAP PENGURUSAN PENGAGIHAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR

Azman A.R, Norlina Ismail

Abstract


Fenomena banjir menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar dan harta benda, bahkan kehilangan nyawa. Kejadian ini menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu, kerajaan, NGO dan pihak-pihak yang lain untuk membantu mangsa banjir. Bantuan kepada mangsa banjir diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan bantuan kelengkapan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya. Namun terdapat beberapa kes yang melibatkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan ataupun bantuan yang diperolehi tidak dapat melengkapi keperluan asas mereka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat persepsi mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan bencana banjir. Artikel ini juga akan membincangkan faktor-faktor ketidakpuas hati mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan. Hasil kajian mendapati sebahagian responden tidak berpuashati dengan pengurusan pengagihan sumbangan mangsa banjir dan faktor utama adalah disebabkan sumbangan tidak sampai kepada mangsa banjir. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan atau NGO-NGO, individu yang terlibat dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir supaya meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumbangan. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi menentukan kaedah yang terbaik dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di Malaysia.


Kata kunci: Persepsi, Mangsa banjir, Pengagihan, Sumbangan, Pengurusan.


Full Text:

PDF

References


Asiah Sarji, et. al. (2014) Musibah Banjir. Menghadapinya Gaya Perlis. Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj II).

Balek J (1983). Hydrology and Water Resources in Tropical Regions. Developments in Water Science 18. pp. 3-271. ISBN: 978-0-444-99656-5.

Chan NW. (1996). Vulnerable of Urban Areas to Floods. The Star, 26 Jan. 1996. pp.4-6. Climate Change Research, United Kingdom.

Higgins RJ. (1982). An Economic Comparison of Different Flood Mitigation Strategies in Australia. (PhD dissertation). University of New South Wales, Australia.

Krejcie, Robert V; Morgan Daryle W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. n.p.

Kothari, C. (2004). Research Methodology: Methods and Technique. Delhi, India: New Age International Publisher.

Laporan Banjir Kedah (2010) Jabatan Parit dan Saliran Negeri Kedah.

Marvin D. (1969). Flood plain management. Iowa Experience. Iowa University Press Limeted.

Mohd Zulhafiz Said, et. al. (2013). Menangani Masalah Banjir di Daerah Padang Terap, Kedah: Analisis Persepsi dan Tindakan Pemimpin Masyarakat Tempatan. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 9 Issue 4. pp. 142 – 149. ISSN 2180-2491.

Muhd. Barzani Gasim, et. al. (2010). Analisis banjir Disember 2006: Tumpuan di kawasan bandar Segamat, Johor. Sains Malaysiana 39 (3), 353-361.

Sharifah Meryam Shareh Musa, et. al. (2011). Amalan semasa dan pendekatan baru dalam pengurusan banjir di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), Universiti Sains Malaysia.

Status Banjir. e-Bencana Alam, Jabatan Kerja Raya Malaysia. http://bencanaalam.jkr.gov.my. Diakses pada: 29 Januari 2016.

UNEP Finance Initiative. (2006). Adaptation and vulnerability to climate change: The role of the finance sector.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems