ISU-ISU FIQH DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR: KAJIAN PERINTIS DI DAERAH TEMERLOH, PAHANG

Irwan bin Mohd Subri, Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, Walid bin Mohd Said, Nisar Mohammad bin Ahmad, Amir bin Shaharuddin, Mohd Aizuddin bin Abdul Aziz, Mohd Azhar Ibrahim bin Residi, Mohd Nur Adzam bin Rasdi, Syadiyah binti Abdul Shukor, Bilal bin Jailani

Abstract


Penghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bertujuan untuk mengumpulkan isu-isu berkaitan fiqh di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap enam puluh orang responden di lima buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat 10 tema isu fiqh yang dibangkitkan oleh mangsa-mangsa pusat pemindahan banjir. Isu aurat dan percampuran lelaki dan perempuan merupakan isu yang paling kerap dibangkitkan. Selain isu ini, terdapat juga isu-isu lain seperti isu solat fardu, isu solat Jumaat dan isu pengisian rohani dan bimbingan. Di bahagian perbincangan, penyelidik mengemukakan cadangan-cadangan penambah baikan kepada pihak pengurusan pusat pemindahan.


Kata kunci: Fiqh, ibadah, Temerloh, banjir, isu.


Full Text:

PDF

References


Buku

cAbd al-Rahman Salman Nasr Dyat. 2010. Athar al-Taghayyurat al-Bi’iyyah Fi Ahkam al-cIbadat al-Sharciyyah Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Tesis Sarjana dalam Fiqh Perbandingan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Gaza.

Al-Suyuti, Jalal al-Din. 1983. al-Ashbah wa an-Nazacir. Cet. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Burn. R. B. 1995. Introduction to Research Methods. Melbourne: Longman.

Lim, Chong Hin. 2007. Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kualitatif Dan Kuantitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Merriam, S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education (2nd ed.). Thousands Oaks, Califf: Sage.

Miles, M.B., & Huberman, A.M. 1994. Qualitative Data Analysis (Second Edition). Thousand Oaks, CA: Sage.

Murray Thomas, R. 2005. Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook. New York, NY: Pearson.

Jurnal

Al-Sufyaniyy, cAbid bin Muhammad. 2009. Macna Al-Nawazil wa Al-Ijtihad Fih. Majallat al-Usul wa al-Nawazil, Tahun 1, Cet. 1. T.tp: t.pt.

Mohd Zulhafiz Said, Salfarina Abdul Gapor, Mohd Nazri Samian dan Abd Malik Abd Aziz, 2013. Konflik di Pusat Pemindahan Banjir: Kajian Kes di Daerah Padang Terap, Kedah. GEOGRAFIA OnlineTM, Malaysia Journal of Society and Space 9. Issue 1.

Internet

Astro Awani, 2014, http://www.astroawani.com/berita-banjir/banjir-terburuk-di-gua-musang-dalam-tempoh-30-tahun-50817 (diakses pada 25 Ogos 2015). BH Online, 2014, http://www.bharian.com.my/node/26064 (Diakses pada 25 Ogos 2015) Mstar, 2014, http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/29/banjir-kelantan-buruk/ (diakses pada 25 Ogos 2015) Nordin Tahir, 2012, http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/bab-9-membina-instrumen-kajian.pdf (diakses pada 28 Ogos 2015).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems