HUJAN DAN BANJIR DALAM HADIS NABI SAW

Zulhelmi M.N, Azman A.R

Abstract


Dewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya.
Kata kunci: Hujan, Banjir, Kemusnahan, Bencana alam, Sunnah Nabi SAW.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Abu Daud, Sulayman bin al-Asycath. (2009). al-Sunan. Tahqiq: Shucaib al-Arnauth. Dar al-Risalah al-cAlamiyyah.

Ahmad, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. (2001). al-Musnad. Tahqiq: Syucaib al-Arnauth. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Al-Bukhariyy, Muhammad bin Ismail. t.t. Sahih al-Bukhariyy. Tahqiq: Muhammad Zuhair bin Nasir, Dimasyq: Dar Tauq al-Najah.

Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. (2009). al-Sunan. Tahqiq: Muhammad Fuad Abd al-Baqiyy. Beirut: Dar Ihya al-Kutub al-cArabiyyah.

Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. t.t. Sahih Muslim. Tahqiq: Muhammad Fuad Abd al-Baqiyy. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-cArabiyy.

Al-Nasaiyy, Ahmad bin Syucaib. (1986). al-Sunan. Tahqiq: Muhammad Fuad Abd al-Baqiyy. Halb: Maktab al-Matbucat al-Islamiyyah.

https://saaid.net/mktarat/sh/5.htm. (diakses pada: 3 Januari 2016).

http://www.3llamteen.com/2013/11/18/sunna/. (diakses pada: 3 Januari 2016).

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=289622. (diakses pada: 7 Januari 2016).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal of Fatwa Management and Research

Open Journal Systems