The Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Positif oleh Pendakwah Selebriti

Implementation of Corporate Cultural and Positive Values among Celebrity Preachers

  • Fatimah Syarha Mohd Noordin Ph.D Student
  • Mohammed Yusuf Head of Department
  • Nur Shahidah Paad Lecturer
Keywords: Budaya Korporat, Nilai Positif, Pendakwah selebriti, Keluarga, Pekerja

Abstract

The excitement in dealing with human capital often leads to false judgment so that human capabilities are often seen only from the ability to generate economic returns. However, the true value lies in the unified and balanced development of human beings, and it becomes a corporate culture in its environment. The aim of the study is to identify the corporate culture and the positive values that women preachers make to themselves, families and communities. Using qualitative methods, in-depth interviews were conducted jointly with   Muhaya Mohamad and  Robiah K. Hamzah and the analysis of the documents on his writing books were implemented. While analyzing data, this article uses inductive methods, where it collects and displays information, to clarify and describe the informants' views of positive values practiced in self-management, family and society, and inferring from the information obtained. The discussion found in self-management, there are 10 positive values applied by the informant, namely the net of the faith, the true worship, the strong, the strong in his body, the intellect in thought, the strong in his lust, the earnest of his time, arranged in his affairs, and useful to others. While in managing families, informants practice shura, teamwork and leader-follower concepts. Furthermore, in managing the community, the relationship with God and human relations is emphasized. The findings show that corporate culture and positive values are needed to drive good economic progress, thus creating a distinctive character of humanity. The female celebrity preachers are examining the positive values that include self-management, family and community and include relationships with God and human relationships.

ABSTRAK

Keghairahan dalam memperkatakan tentang modal insan seringkali membawa kepada penilaian yang salah sehingga keupayaan manusia seringkali dilihat hanya dari keupayaan untuk menghasilkan pulangan ekonomi. Walhal, nilai sebenarnya terletak kepada pembangunan insannya yang terpadu dan seimbang, lalu menjadi satu budaya korporat dalam lingkungannya. Matlamat kajian ini ialah untuk mengenal pasti budaya korporat dan nilai-nilai positif yang dilakukan oleh pendakwah selebriti wanita terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, temubual secara mendalam dilaksanakan bersama dengan Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Dr Robiah K. Hamzah serta analisis dokumen terhadap buku-buku penulisan beliau dilaksanakan. Manakala untuk menganalisis data, artikel ini menggunakan kaedah induktif, di mana ia mengumpul dan memaparkan maklumat, bagi menjelaskan dan menghuraikan pandangan informan tentang nilai-nilai positif yang dibudayakan dalam pengurusan diri, keluarga dan masyarakat, seterusnya dibuat kesimpulan daripada maklumat-maklumat yang diperoleh. Perbincangan mendapati dalam mengurus diri, terdapat 10 nilai positif yang diaplikasikan oleh informan, iaitu bersih akidahnya, benar ibadahnya, kukuh akhlaknya, kuat jasmaninya, intelek dalam berfikir, kuat melawan hawa nafsunya, bersungguh-sungguh menjaga waktunya, tersusun dalam urusannya, mampu berusaha sendiri dan bermanfaat bagi orang lain. Manakala dalam mengurus keluarga, informan mengamalkan syura, kerja berpasukan dan konsep kepimpinan-kepengikutan. Seterusnya, dalam mengurus masyarakat, hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia dititikberatkan. Hasil kajian mendapati bahawa budaya korporat dan nilai positif memang diperlukan untuk memacu kemajuan ekonomi yang baik, sekaligus mewujudkan ciri-ciri unggul keinsanan. Pendakwah selebriti wanita yang dikaji menerapkan nilai-nilai positif yang syumul yang merangkumi pengurusan diri, keluarga dan masyarakat serta merangkumi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

 

Author Biographies

Fatimah Syarha Mohd Noordin, Ph.D Student

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Mohammed Yusuf, Head of Department

Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya

Nur Shahidah Paad, Lecturer

Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya

References

Abdul Raouf bin Mohd Dahlan (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), dalam temubual online dengan penulis, 29 Jun 2018.

Abdullah Muhammad Zin. (2015) “Wasatiyyah, Manhaj Dakwah Masa Kini yang dibentangkan dalam Multaqa Pendakwah Negara dan Serantau 2015”, Kertas Kerja anjuran Jakim di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan. Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur, 3 November 2015.

Adanan Mat Junoh, et. al. (2013). Profil Penyertaan Dalam Pendidikan Non-Formal Di Masjid: Implikasi Terhadap Pembangunan Modal Insan Belia. ʻUlūm Islāmiyyah Journal, 197(1559), 1-31.

Adanan Mat Junoh. (2009). Memperkasa integriti masyarakat melalui pembelajaran non-formal: satu pendekatan bagi pembangunan modal insan. t.p.

Ahmad Mohamad Said. (2007). Pembangunan Modal Insan: Konsep, Perkembangan, Cabaran dan Implikasi. dalam Ahmad Mohamad Said dan Khalidah Salekan (Ed.), Pembangunan Insan, Aspirasi dan Realiti (pp. 1). Kajang: Kolej Dar al-Hikmah.

Berita Harian Online. (26 Jun 2018). Suami dibuli isteri merana sepanjang hayat. Diakses daripada https://www.bharian.com.my/node/110534.

Erneza binti Mohd Talhah. (1997). Wanita Profesional Melayu: Satu Kajian Kes Terhadap Penduaan Peranan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Harlina Halizah Siraj. (2009). Citra Wanita Kontemporari, Kuala Lumpur: JIMedia.

Haryana Rozana Abdul Rahim. (2015). Wanita Melayu berpendidikan tinggi: alasan meninggalkan kerjaya (Disertasi kedoktoran, Rancangan Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).

John W. Creswell. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publication.

Kelly J. Devers & Richard M. Frankel (2000). Study design in qualitative research--2: Sampling and data collection strategies. Education for health, 13(2), 263.

Mek Wok Mahmud, et. al. (2014). Ilmuan Wanita Islam, Globalisasi dan Hak. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.

Muhammad Hilmi Jalil & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2013). Kepentingan Kesihatan Diri Dalam Pembangunan Insan: Analisis Karya Falsafah Hamka. Jurnal Hadhari, 5(2), 53-66.

Muhaya Muhammad. (2011). Refleksi Diri, Kuala Lumpur: As-Sohwah Interprise.

Muhaya Muhammad. (2018, 29 Jun). Promo Pelancaran Butik Modest Culture. Diakses daripada https://www.youtube.com/watch?v=Sk-2zZNLXqo.

Noraini Md Noor & Nor Diana Mohd Mahudin. (2016). Work, Family and Women’s Well-Being in Malaysia dalam Handbook on Well-Being of Working Women, 717–734. Springer, Dordrecht. https://doi.org/10.1007/978-94-017-9897-6_40.

Panel Akademi Pengurusan YaPEIM. (2005). Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM.

Ranjit Kumar. (2011). Research Methodology-A Step-by-Step Guide for Beginners. Singapore: Sage Publications.

Refik Culpan and John Trussel (2005). Applying the agency and stakeholder theories to the Enron debacle: an ethical perspective. Business and Society Review 110(1), 59- 76.

Robiah K. Hamzah. (2012). Pujuklah Rasa. Kuala Lumpur: Karangkraf.

Rozninah Abd. Azib. (2013). Biografi Inspirasi Muhaya, Kuala Lumpur: As-Sohwah Publication.

Sulaiman Ibrahim. (2000). Tarbiah Da’awiah untuk Golongan Remaja: Satu Tinjauan Terhadap Manhaj al-Ikhwan al-Muslimin. Dalam Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot (Ed.), Dakwah dan Perubahan Sosial (pp. 63-81). Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Suraiya Ishak. (2011). Model kepemimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad SAW Jurnal Hadhari: An International Journal, 3(2), 23-44.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2001). Pembangunan di Malaysia: ke arah satu kefahaman baru yang lebih sempurna. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam.

Yusuf al-Qaradhawi. (2005). Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas-tugas Kaum Muslimin): Satu Kajian Baru Dari Pespektif al-Quran dan al-Sunnah, terj. Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Yusuf al-Qaradhawi. (2000). Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan, terj. Abdul Ghani Samsudin dan Pauzi Awang. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2009). “Islam dan Integriti: Konsep Ketauhidan Terhadap al-Khaliq,” Integriti dan Islam, Aplikasi Berkesan Membangun Ummah. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia (IIM).

Published
2018-12-30
How to Cite
Mohd Noordin, F. S., Yusuf, M., & Paad, N. S. (2018). The Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Positif oleh Pendakwah Selebriti. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 235-251. Retrieved from http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/183
Section
Seminar Papers